The Cheetah Girls | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Juga dikenali sebagai | TCG |
| Asal | Bandar Raya New York |
| Genre | Pop, R&B |
| Tahun aktif | 2003–2008 |
| Diskografi | Lihat: The Cheetah Girls discography (en) |
| Syarikat rakaman | Walt Disney Records Hollywood Records |
| Kegiatan berkaitan | Raven-Symoné, 3LW |
| Anggota | Adrienne Bailon-Houghton Kiely Williams Sabrina Bryan Raven-Symoné |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
The Cheetah Girls ialah sebuah kumpulan vokal Amerika yang ditubuhkan oleh Syarikat Walt Disney, dan dimasyhurkan oleh telefilem asli Disney Channel The cheetah Girls dan sekuel-sekuelnya, The Cheetah Girls 2 dan The Cheetah Girls: One World. Kumpulan ini telah mengeluarkan tiga album studio, iaitu Cheetah-licious Christmas, In Concert: The Party's Just Begun Tour dan TCG di samping runut bunyi yang bersijilkan Platinum dari RIAA termasuk, The Cheetah Girls , The Cheetah Girls 2 dan The Cheetah Girls: One World. Kesemua album dan runut bunyi mereka pernah memasuki carta Billboard 200. Album pertama mereka dijual mencecah 2 juta salinan.
Kumpulan ini telah turut menjayakan jenama busana, wangian, anak patung, hiasan rumah, siri buku dan permainan video, di samping menjayakan dua jelajah seluruh negara, iaitu Cheetah-licious Christmas Tour dan The Party's Just Begun Tour. The Cheetah Girls telah meraih lebih AS$26 juta dari jelajah mereka,[1] sementara cenderahati dagangan Cheetah Girls pula memperoleh hasil melebihi AS$17 juta.[2] Kumpulan ini telah meraih satu anugerah Radio Disney dan satu 'Communications Award'.
Filmografi
| Tahun | Judul | Peranan | Catatan |
|---|---|---|---|
| 2003 | The Cheetah Girls | The Cheetah Girls [Raven-Symoné sebagai Galleria Garibaldi, Adrienne Bailon sebagai Chanel Simmons, Sabrina Bryan sebagai Dorinda Thomas dan Kiely Williams sebagai Aquanetta Walker] | Dirakam di Toronto, Kanada dan Manhattan, Bandar Raya New York |
| 2006 | The Cheetah Girls 2 | The Cheetah Girls [Raven-Symoné sebagai Galleria Garibaldi, Adrienne Bailon sebagai Chanel Simmons, Sabrina Bryan sebagai Dorinda Thomas dan Kiely Williams sebagai Aquanetta Walker] | Dirakam di Barcelona, Sepanyol |
| 2008 | The Cheetah Girls: One World | The Cheetah Girls [Adrienne Bailon sebagai Chanel Simmons, Sabrina Bryan sebagai Dorinda Thomas dan Kiely Williams sebagai Aquanetta Walker] | Dirakam di Udaipur, India. Tidak dibintangi Raven-Symoné. |
Diskografi
Album studio
- 2007: TCG
Album runut bunyi
- 2003: The Cheetah Girls
- 2006: The Cheetah Girls 2
- 2008: The Cheetah Girls: One World
Album lain
EP
- 2007: TCG EP
- 2008: The Cheetah Girls Soundcheck









