Terowong SMART | |
---|---|
Lokasi di Malaysia | |
Maklumat gambaran | |
Nama rasmi | Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir |
Nama lain | Inggeris: Stormwater Management and Road Tunnel |
Lokasi | Kuala Lumpur |
Koordinat | 3°09′17″N 101°41′18″E / 3.15475°N 101.68833°EKoordinat: 3°09′17″N 101°41′18″E / 3.15475°N 101.68833°E |
Status | Beroperasi |
Laluan air | Dari Sungai Klang ke Kolam Takungan Kg. Berembang[1] |
Laluan | Terowong SMART Lebuhraya E38 |
Mula | Jalan Tun Razak (Jalan Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur) |
Akhir | Lapangan Terbang Sungai Besi di Lebuhraya Link Timur–Barat Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban |
Maklumat operasi | |
Kerja bermula | 2003 |
Dibuka | 2007 |
Pemilik | Kerajaan Malaysia Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) |
Operator | Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) |
Ciri-ciri | Terowong lebuh raya Terowong laluan air |
Tol | RM 3.00[2] |
Maklumat teknikal | |
Pembinaan | Gamuda Berhad MMC Corporation Berhad |
Panjang | 4 km (2.5 bt) |
Bil. lorong | 4 |
Kelajuan operasi | 60 km/j |
sunting |
Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Inggeris: Stormwater Management and Road Tunnel; kependekannya: SMART; kod: Terowong SMART) merupakan suatu struktur jalan dan perparitan yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan satu projek kebangsaan di negara tersebut. Panjang terowong tersebut adalah 9.7 kilometer tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer. Ia merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia.[1]
Objektif utama terowong ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak. Secara asasnya, terowong ini mempunyai dua dek laluan sehala bagi kenderaan manakala ruang paling bawah adalah untuk laluan air.[3]
Terowong ini bermula di tasik Kampung Berembang berdekatan dengan Sungai Klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berdekatan Sungai Kerayong di Salak Selatan. Projek ini diketuai oleh kerajaan, termasuklah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga satu syarikat pakatan kerjasama di antara Gamuda Berhad dan Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC).
Terowong SMART direkabentuk bagi kegunaan kenderaan ringan dengan ketinggian maksimum 2 meter serta had laju yang ditetapkan adalah 60 km/j. Motosikal serta kenderaan berat seperti lori dan bas tidak dibenarkan melalui terowong tersebut. Terowong ini telah dibuka kepada lalu lintas pada 7 April 2007 dan kadar tol yang dikenakan adalah sebanyak RM 3.00.[2]
Spesifikasi teknikal
Terowong laluan air
- Kos pembinaan: RM1,887 juta (AS$514.6 juta)
- Panjang terowong: 9.7 km (6.0 bt)
- Diameter: 13.2 m (43.3 ft) (diameter luar)
- Kaedah penerowongan: Mesin pengorek terowong (TBM)
- Jenis TBM: Perisai buburan
Terowong lebuh raya
- Panjang terowong: 4 km (2.5 bt)
- Jenis struktur: Dua tingkat
- Jalan masuk dan keluar: 1.5 km (0.93 bt) di Jalan Sultan Ismail dan Jalan Imbi
- Panjang: 1.4 km (0.87 bt) di Jalan Tun Razak
- Laluan: 1.6 km (0.99 bt) di Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban berdekatan Lapangan Terbang Sungai Besi dan Pusat Bandaraya berdekatan Bulatan Kg. Pandan
Kadar tol
Kelas | Jenis kenderaan | Kadar (dalam RM) |
Nota |
---|---|---|---|
1 | Kereta persendirian (Kenderaan dengan dua gandar dan tiga atau empat roda (tidak termasuk teksi)) |
RM 3.00 | TnG dan juga tersedia di plaza tol. |
4 | Teksi | RM 3.00 | TnG tersedia di plaza tol |
Galeri
-
Pintu masuk terowong yang menuju ke utara