Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz | |
---|---|
![]() | |
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) | |
Menyandang jawatan 1 Julai 2020 | |
Didahului oleh | Wan Zulkiflee bin Wan Ariffin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tengku Muhammad Taufik bin Tengku Kamadjaja Aziz 6 Februari 1976 Malaysia |
Tan Sri Tengku Muhammad Taufik bin Tengku Kamadjaja Aziz (lahir 6 Februari 1976) merupakan tokoh korporat Malaysia yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).[1]
Kehidupan awal
Tengku Muhammad Taufik memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Kewangan & Perakaunan dari Universiti Strathclyde, Glasgow, Scotland. Beliau adalah Felo Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW) serta Ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA).[2]
Kerjaya
Tengku Muhammad Taufik dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS pada 1 Julai 2020, bertanggungjawab untuk penggubalan, hala tuju dan pemanduan strategi utama organisasi Fortune Global 500.
Beliau kini memegang jawatan Lembaga Pengarah dalam PETRONAS Carigali Sdn Bhd dan PETRONAS International Corporation Ltd. Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Gentari dan Tabung Amanah Negara dan Majlis Perniagaan Emiriah Arab Bersatu Malaysia (MUBC). Beliau juga merupakan ahli Lembaga Bersama Malaysia-Thailand (MTJA) dan Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka.
Tengku Muhammad Taufik ialah Pengerusi Bersama Komuniti Gabenor Minyak & Gas Forum Ekonomi Dunia (WEF) dan WEF ASEAN Leaders for Just Energy Transition Community. Beliau juga merupakan Pro-Canselor Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).[3]
Anugerah
Malaysia :
Panglima Jasa Negara (PJN) – Datuk (2021)[4]
Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (2023)[5][6]
Sarawak :
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) - Datuk (2022)[7]
Rujukan
- ^ "Siapa Tengku Taufik, presiden baharu Petronas?". Sinar Harian. 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.
- ^ YM Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz. Dicapai pada 12 Jun 2023.
- ^ Tengku Muhammad Taufik
- ^ "Senarai Penerima Panglima Jasa Negara Tahun 2021" (PDF). www.istiadat.gov.my.
- ^ "Semakan Penerima Panglima Setia Mahkota Tahun 2023" (PDF).
- ^ "839 terima darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Agong". Sinar Harian. 5 Jun 2023. Dicapai pada 5 Jun 2023.
- ^ PM dahului senarai penerima darjah kebesaran Sarawak