Tengku Muhammad Shawal | |
---|---|
Yang Amat Mulia | |
Ketua Waris dan Pemangku Adat Sultan Hussein Muhammad Shah (Ketua Keluarga Diraja Singapura) | |
Tempoh | 2009 – kini |
Didahului oleh | Tengku Abdul Aziz bin Tengku Husain Al-Haj |
Keputeraan | Tengku Muhammad Shawal bin Tengku Abdul Aziz 21 Disember 1968[1] Singapura |
Pasangan | Cik Saadah binti Haji Othman[2] |
Anakanda | 1. Tengku Bahrullah 2. Tengku Zakiyah[3] |
Kerabat | Wangsa Bendahara |
Ayahanda | Tengku Abdul Aziz bin Tengku Husain Al-Haj |
Bonda | Tengku Hajah Fatima Munira Hanim binti Tengku Abdul Aziz |
Agama | Sunni Islam |
Tengku Muhammad Shawal bin Tengku Abdul Aziz ialah Ketua Waris dan Pemangku Adat Sultan Hussein Muhammad Shah (Ketua Keluarga Diraja Singapura) sejak tahun 2009. Beliau merupakan keturunan ke-7 Sultan Hussein Muhammad Shah.[4][5][6]
Kehidupan awal
Tengku Muhammad Shawal dilahirkan pada 21 Disember 1968 di Singapura.[7] Semasa beliau kecil, beliau tinggal dan membesar di Istana Kampong Gelam yang merupakan kediaman peribadi waris Sultan Hussein Muhammad Shah.[8]
Menurut satu temu bual dengan The Straits Times, Tengku Muhammad Shawal mengingati zaman kanak-kanaknya di Istana Kampong Gelam di mana pada setiap pagi, beliau meluncur di palang tangga istana untuk menunggu penjual roti dan beliau juga bermain syiling di beranda istana.[9]
Istana Kampong Gelam dijadikan Taman Warisan Melayu
Pada 7 Julai 1989, Kampong Gelam diwartakan sebagai kawasan pemuliharaan. Pada tahun 1993, kerajaan Singapura mengumumkan rancangan untuk membangunkan Istana Kampong Gelam memandangkan istana tersebut berada dalam kawasan pemuliharaan Kampong Gelam seluas 16 hektar. Penghuni istana tersebut diberikan masa yang mencukupi untuk membuat persiapan bagi mencari tempat tinggal mereka yang baru.[10]
Pada 12 Mac 1999, kerajaan Singapura mengumumkan bahawa Istana Kampong Gelam akan dijadikan sebagai Taman Warisan Melayu.[11] Seramai 79 penghuni dan pewaris termasuk Tengku Muhammad Shawal menerima wang pampasan sebanyak $350,000 setahun untuk tempoh masa selama 30 tahun.[12][13] Selepas mereka berpindah keluar meninggalkan kediaman asal mereka, istana tersebut dibangunkan semula sebagai Taman Warisan Melayu dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada bulan Jun 2005.[14][15] Istana Kampong Gelam kemudian diwartakan sebagai Monumen Kebangsaan Singapura pada 6 Ogos 2015.[16]
Sebagai Ketua Waris dan Pemangku Adat
Tengku Muhammad Shawal menjadi Ketua Waris dan Pemangku Adat Sultan Hussein Muhammad Shah pada 27 Mac 2009.[17] Keluarganya telah memberi keizinan kepadanya untuk mengadakan sebuah istiadat di mana beliau secara rasmi dikurniakan gelaran "ketua waris". Gelaran tersebut menjadikan beliau sebagai Ketua Keluarga Diraja Singapura.[18][19]
Beliau sering mengunjungi Taman Warisan Melayu, Masjid Sultan dan Makam Diraja di Jalan Kubor. Walaupun beliau mempunyai kerjaya lain, beliau tetap meluangkan masanya untuk menjaga warisan leluhurnya supaya tidak hilang ditelan zaman dengan mengenakan busana diraja dan menghadiri aktiviti kebudayaan.[20]
Beliau juga berharap agar pengiktirafan yang lebih besar boleh diberikan untuk mengiktiraf peranan Istana Kampong Gelam dalam sejarah awal Singapura sejajar dengan status istana tersebut sebagai Monumen Kebangsaan Singapura dan meningkatkan kesedaran rakyat Singapura tentang kewujudan waris Sultan Hussein Muhammad Shah di Singapura.[21]
Pada tahun 2024, beliau menghadiri sebuah forum sejarah bertajuk "Sempena 200 Tahun Perjanjian London (1824-2024) dan Kesannya Terhadap Empayar Johor, Riau-Lingga, Pahang & Alam Melayu" yang diadakan di Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. Forum sejarah tersebut juga dihadiri oleh waris-waris Sultan dan para pembesar Kesultanan Johor Lama. Dalam forum tersebut, beliau dan waris-waris tersebut menandatangani satu memorandum persefahaman di mana mereka bersetuju untuk mengetepikan segala persengketaan leluhur mereka dan bersatu dalam memelihara warisan budaya Melayu.[22]
Kehidupan peribadi
Tengku Muhammad Shawal berkahwin dengan Cik Saadah binti Haji Othman dan mempunyai dua orang anak yang bernama Tengku Bahrullah dan Tengku Zakiyah.[23]
Keturunan
Keturunan Tengku Muhammad Shawal bin Tengku Abdul Aziz | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Lihat juga
- Tengku Alam Shah ibni Sultan Ali Iskandar Shah
- Istana Kampong Gelam
- Kampong Gelam, Singapura
- Sejarah Johor
- Sejarah Singapura
Nota kaki
- ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 01 July 2025. Dicapai pada 17 July 2025. Check date values in:
|archive-date=
(bantuan) - ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 01 July 2025. Dicapai pada 17 July 2025. Check date values in:

(bantuan) - ^ Zaccheus, M. (2015, September 13). Growing up in a historic monument. The Straits Times. Diambil daripada https://www.straitstimes.com/singapore/growing-up-in-a-historic-monument
- ^ Chen, L., Su, E., & Geddie, J. (2020, October 27). Cabbies and office workers: Meet Singapore's ordinary royals. Reuters. Diambil daripada https://www.reuters.com/article/world/cabbies-and-office-workers-meet-singapores-ordinary-royals-idUSKBN27C06W/
- ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 01 July 2025. Dicapai pada 17 July 2025. Check date values in:
|archive-date=
(bantuan) - ^ Zaccheus, M. (2015, September 13). Growing up in a historic monument. The Straits Times. Diambil daripada https://www.straitstimes.com/singapore/growing-up-in-a-historic-monument
- ^ Zaccheus, M. (2015, September 13). Growing up in a historic monument. The Straits Times. Diambil daripada https://www.straitstimes.com/singapore/growing-up-in-a-historic-monument
- ^ Cornelius, V. (n.d.). Istana Kampong Glam. National Library Board (NLB) of Singapore. Diambil daripada https://www.nlb.gov.sg/main/article-detail?cmsuuid=36750cb4-e1df-45ed-90e4-db07e0e96365

- ^ Paul, M. (2024, November 12). Johor Royal Descendants Gather To Mark Bicentenary Of The Anglo-dutch Treaty, Honouring Heritage And Unity. TNS News. Diambil daripada https://tnsnews.com.my/johor-royal-descendants-gather-to-mark-bicentenary-of-the-anglo-dutch-treaty-honouring-heritage-and-unity/
- ^ "The Bendahara Dynasty of Johor". royalark.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 01 July 2025. Dicapai pada 17 July 2025. Check date values in:
|archive-date=
(bantuan)
Rujukan
- Chen, L., Su, E., & Geddie, J. (2020, October 27). Cabbies and office workers: Meet Singapore's ordinary royals. Reuters. Diambil daripada https://www.reuters.com/article/world/cabbies-and-office-workers-meet-singapores-ordinary-royals-idUSKBN27C06W/
- Cornelius, V. (n.d.). Istana Kampong Glam. National Library Board (NLB) of Singapore. Diambil daripada https://www.nlb.gov.sg/main/article-detail?cmsuuid=36750cb4-e1df-45ed-90e4-db07e0e96365
- Paul, M. (2024, November 12). Johor Royal Descendants Gather To Mark Bicentenary Of The Anglo-dutch Treaty, Honouring Heritage And Unity. TNS News. Diambil daripada https://tnsnews.com.my/johor-royal-descendants-gather-to-mark-bicentenary-of-the-anglo-dutch-treaty-honouring-heritage-and-unity/
- Zaccheus, M. (2015, September 13). Growing up in a historic monument. The Straits Times. Diambil daripada https://www.straitstimes.com/singapore/growing-up-in-a-historic-monument
Tengku Muhammad Shawal bin Tengku Abdul Aziz Tarikh keputeraan: 21 Disember 1968
| ||
Didahului oleh Tengku Abdul Aziz bin Tengku Husain Al-Haj |
Ketua Waris dan Pemangku Adat Sultan Hussein Muhammad Shah (Ketua Keluarga Diraja Singapura) 2009 – kini |
Diikuti oleh: Masih hidup |