| Raja Permaisuri Agong | |
| 00 | |
| 00 | |
|---|---|
| Raja Permaisuri Agong ke- | 07 |
| Yang di-Pertuan Agong | 00 |
| Negeri | 00 |
| Kelahiran | 00 |
| Kemangkatan | 00 |
| Mula jawatan | 00 |
| Tamat jawatan | 00 |
| Penyandang terdahulu | 00 |
| Penyandang kemudian | 00 |
Tengku Afzan binti Tengku Muhammad diputerikan pada 4 Disember 1932 di Kuala Terengganu merupakan Tengku Ampuan Pahang dan Raja Permaisuri Agong ke 07.
Baginda ialah anakanda ke empat p kepada Tengku Muda Pahang, Menteri Besar Terengganu, dan Menteri Besar Pahang, Tengku Muhammad ibni Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah dan Tengku Puan Muda Pahang, Tengku Aishah Mandak binti Tengku Mustafa dan cucunda Sultan Haji Sir Ahmad al-Mu’azzam Shah ibni Datuk Bendahara (Bendahara Sri Maharaja) Tun Ali, Sultan Pahang.
Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Perempuan Melayu Pekan dan menerima kelas bimbingan khas dalam bahasa Inggeris.
Pada 22 April 1954, ketika berusia 22 tahun, baginda diijabkabulkan dengan Tengku Ahmad ibni Sultan Abu Bakar, Tengku Mahkota Pahang dan bergelar Tengku Puan Pahang.
Baginda dikurniakan tujuh anakanda, dua putera dan lima puteri iaitu Tengku Meriam, Tengku Muhaini, Tengku Aishah, Sultan Abdullah, Tengku Abdul Rahman, Tengku Nong Fatimah III dan Tengku Shahariah.
Pada tahun 1974, apabila Sultan Ahmad Shah naik takhta negeri Pahang sebagai Sultan Pahang, baginda telah ditabalkan sebagai Tengku Ampuan Pahang.
Baginda juga merupakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong antara tahun 1979 sehingga 1984.
Pada 29 Jun 1988, baginda mangkat di Istana Pahang, Kuala Lumpur pada hari Rabu pukul 8:42 pagi di usia 55 tahun akibat kanser.
Baginda mangkat satu minggu selepas kemangkatan bonda mentua baginda iaitu Tengku Ampuan Besar Raja Fatimah binti Sultan Alang Iskandar Shah II dan satu minggu selepas itu, bonda kandung baginda pula mangkat Tengku Aishah Mandak binti Tengku Mustafa. Jenazah baginda telah dimakamkan di Makam diraja Pekan.









