Tengku Amir Shah | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor | |||||||||
Raja Muda Selangor | |||||||||
Pemerintahan | 3 Mei 2002 - kini | ||||||||
Pemasyhuran | 8 Oktober 2016 | ||||||||
Didahului oleh | Tengku Idris Shah | ||||||||
Keputeraan | Tengku Amir Shah ibni Tengku Idris Shah 12 Disember 1990 Hospital Pacific Presbyterian, San Francisco, Amerika Syarikat | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Diraja Bugis Luwu Opu Daeng Chelak | ||||||||
Ayahanda | Sultan Sharafuddin Idris Shah | ||||||||
Bonda | Cik Puan Nur Lisa Idris Abdullah (née Lisa Davi) | ||||||||
Agama | Islam Sunni |
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah (diputerakan pada 12 Disember 1990) ialah seorang putera di Malaysia yang kini merupakan Raja Muda Selangor.
Baginda ialah putera tunggal kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Cik Puan Nur Lisa Idris Abdullah yang juga merupakan warganegara Amerika Syarikat.[1][2] Tengku Amir dilantik sebagai Raja Muda Selangor mulai 3 Mei 2002, dimasyhurkan sebagai Raja Muda Selangor pada 8 Oktober 2016.[3]
Latar Belakang
Baginda merupakan putera tunggal (dan juga anakanda bongsu) kepada baginda Sultan Selangor. Baginda mempunyai dua orang kekanda sebapa iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah. Baginda telah berjaya menamatkan pengajian di Wellington College, United Kingdom pada tahun 2009.
Baginda sangat dikenali sebagai seorang putera yang berjiwa rakyat dan sentiasa mengambil berat akan kebajikan rakyat jelata khususnya di Selangor.Baginda juga merupakan penaung kepada pertubuhan kebajikan, Selangor Cheshire Home dan Yayasan Raja Muda Selangor.
Kerabat diraja
Majlis permasyhuran akan dilaksanakan apabila umur Tengku Amir mencapai umur 21 tahun. Tengku Amir tinggal bersama bapanya dan masih belajar.
Ayahandanya menjadi Sultan Selangor ke-9 .Dahulu, perlantikan Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Raja Muda ke-8 pada 3 September 1960 dan dimasyhurkan pada 14 Mac 1970. Ketika itu Sultan Idris berusia 15 tahun dan pemasyhuran baginda sebagai Raja Muda Selangor ketika baginda berusia 25 tahun. [4] Sultan Idris berkahwin dengan Raja Zarina binti Raja Tan Sri Zainal serta dikurniakan dua orang puteri, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah. Baginda bagaimanapun berpisah pada 1986. Pada 1988 baginda berkahwin pula dengan Puan Nur Lisa Idris Binti Abdullah, warganegara Amerika Syarikat dan dikurniakan seorang putera, Tengku Amir Shah ibni Tengku Idris Shah. Baginda berpisah dengan Puan Nur Lisa Idris pada 1997. Tengku Amir Shah kini bersemayam di Istana Mestika, Shah Alam.[5]
Sebagai Raja Muda
Ketika berusia 11 tahun, Tengku Amir dilantik sebagai Raja Muda Selangor mulai 3 Mei 2002.
Menteri Besar Selangor ketika itu Datuk Mohamad Khir Toyo mengumumkan perkara itu selepas mengadakan mesyuarat ke-109 pada 20 April 2002.
Pelantikan Raja Muda mengikut Klausa 2 Artikel XIV Undang-Undang Tubuh Selangor.[1]
Kerja kebajikan
Pada 6 April 2012 , Masjid Jamek Ar-Rahimiah di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah , Klang akibat banjir kilat mendapat perhatian Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Orang Kaya Maha Bijaya Klang (Orang Besar Daerah Klang), Datuk Setia Diraja Abdul Ghani Pateh Akhir dan ahli jawatankuasa masjid turut mengiringi baginda.[6]
Isu dan tengkarah
Fitnah murtad
Pada 30 Julai 2014, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah menggesa PDRM dan SKMM mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melemparkan fitnah di laman sosial baru-baru ini kononnya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, telah murtad.Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar . [7]
Anugerah dan pengiktirafan
Darjah kebesaran
Darjah kebesaran Selangor
Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK I) (2016)[8]
Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) – Dato' Seri (2005)[9]
Darjah Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) – Dato' Setia (2010)[9]
Darjah kebesaran Malaysia
Kelantan:
Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) – Dato' (5 Januari 2011)[9]
Luar Malaysia
Rujukan
- ^ Kuala Lumpur | The only son and heir of Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Shah
- ^ "Raja Muda of Selangor weds girl he met on holiday in San Francisco". The Straits Times : Weekly Overseas Edition. 3 December 1988.
- ^ Yaacob, Fuad Hadinata (2016-10-16). "Pulang ke istana". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-25.
- ^ "Tengku Amir Shah, 11, appointed Raja Muda of Selangor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-12. Dicapai pada 2014-07-25.
- ^ Tengku Idris Shah berpengalaman luas
- ^ Kerosakan masjid dapat perhatian Tengku Amir
- ^ Fitnah Raja Muda Selangor murtad, polis digesa bertindak
- ^ "DK I 2016". awards.selangor.gov.my. Dicapai pada 6 March 2018.
- ^ a b c Gigablog, Article about Tengku Amir Shah Diarkibkan 12 Disember 2013 di Wayback Machine mentioning the orders received.
- ^ "Monaco's Prince Albert II accorded state welcome at Istana Negara". Malay Mail. 27 November 2023. Dicapai pada 27 November 2023.