| Tengku Amir Shah | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor | |||||||||
| Raja Muda Selangor | |||||||||
| Pemerintahan | 3 Mei 2002 - kini | ||||||||
| Pemasyhuran | 8 Oktober 2016 | ||||||||
| Didahului oleh | Tengku Idris Shah | ||||||||
| Keputeraan | Tengku Amir Shah ibni Tengku Idris Shah 12 Disember 1990 Hospital Pacific Presbyterian, San Francisco, Amerika Syarikat | ||||||||
| Pasangan | YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Dato' Abdul Aziz (k. 2025)[1] | ||||||||
| |||||||||
| Kerabat | Diraja Bugis Luwu Opu Daeng Chelak | ||||||||
| Ayahanda | Sultan Sharafuddin Idris Shah | ||||||||
| Bonda | YM Puan Nur Lisa Idris Abdullah (née Lisa Davis) | ||||||||
| Agama | Islam Sunni | ||||||||
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (Jawi: تڠکو أمير شاه ابن سلطان شرف الدين إدريس شاه الحاج; diputerakan pada 12 Disember 1990) merupakan Raja Muda Selangor.
Baginda ialah putera tunggal kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang Mulia Puan Nur Lisa Idris Abdullah yang juga merupakan warganegara Amerika Syarikat.[2][3] Tengku Amir dilantik sebagai Raja Muda Selangor mulai 3 Mei 2002, dimasyhurkan sebagai Raja Muda Selangor pada 8 Oktober 2016.[4]
Latar Belakang
Baginda merupakan putera tunggal (dan juga anakanda bongsu) kepada baginda Sultan Selangor. Baginda mempunyai dua orang kekanda sebapa iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah. Baginda telah berjaya menamatkan pengajian di Wellington College, United Kingdom pada tahun 2009.
Baginda sangat dikenali sebagai seorang putera yang berjiwa rakyat dan sentiasa mengambil berat akan kebajikan rakyat jelata khususnya di Selangor.Baginda juga merupakan penaung kepada pertubuhan kebajikan, Selangor Cheshire Home dan Yayasan Raja Muda Selangor.
Kerabat diraja
Majlis permasyhuran akan dilaksanakan apabila umur Tengku Amir mencapai umur 21 tahun. Tengku Amir tinggal bersama bapanya dan masih belajar.
Ayahandanya menjadi Sultan Selangor ke-9 .Dahulu, perlantikan Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Raja Muda ke-8 pada 3 September 1960 dan dimasyhurkan pada 14 Mac 1970. Ketika itu Sultan Idris berusia 15 tahun dan pemasyhuran baginda sebagai Raja Muda Selangor ketika baginda berusia 25 tahun. [5] Sultan Idris berkahwin dengan Raja Zarina binti Raja Tan Sri Zainal serta dikurniakan dua orang puteri, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah. Baginda bagaimanapun berpisah pada 1986. Pada 1988 baginda berkahwin pula dengan Puan Nur Lisa Idris Binti Abdullah, warganegara Amerika Syarikat dan dikurniakan seorang putera, Tengku Amir Shah ibni Tengku Idris Shah. Baginda berpisah dengan Puan Nur Lisa Idris pada 1997. Tengku Amir Shah kini bersemayam di Istana Mestika, Shah Alam.[6]
Sebagai Raja Muda
Ketika berusia 11 tahun, Tengku Amir dilantik sebagai Raja Muda Selangor mulai 3 Mei 2002.
Dato' Menteri Besar Selangor ketika itu YAB Dato' Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo mengumumkan perkara itu selepas mengadakan mesyuarat ke-109 pada 20 April 2002.
Pelantikan Raja Muda mengikut Klausa 2 Artikel XIV Undang-Undang Tubuh Selangor.[1]
Kerja kebajikan
Pada 6 April 2012 , Masjid Jamek Ar-Rahimiah di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah , Klang akibat banjir kilat mendapat perhatian Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Orang Kaya Maha Bijaya Klang (Orang Besar Daerah Klang), Datuk Setia Diraja Abdul Ghani Pateh Akhir dan ahli jawatankuasa masjid turut mengiringi baginda.[7]
Perkahwinan
Pada 2 Oktober 2025, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz, dalam satu upacara yang berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.[8]
Istiadat pernikahan ini disempurnakan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Selangor, YAD Dato’ Setia Dr. Haji Anhar Opir, dengan dua orang saksi iaitu YAM Tengku Panglima Raja Selangor Tengku Ahmad Shah Alhaj dan YAD Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj.
Akad nikah dimeterai tepat jam 10.08 pagi dengan sekali lafaz, disusuli dengan 11 das tembakan meriam sebagai simbolik peristiwa tersebut.[9]
Istiadat ini disaksikan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, serta dihadiri oleh paduka bonda kandung baginda, kerabat Diraja Selangor, keluarga pengantin perempuan dan sahabat handai terdekat.
Pada hari yang sama, DYMM Sultan Selangor telah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Kelas Pertama Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datin Paduka Seri kepada Cik Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz setelah beliau sempurna diijabkabulkan dengan DYTM Raja Muda Selangor.
Sehubungan dengan itu, gelaran rasmi bagi konsort kepada Raja Muda Selangor ialah Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz.[10]
Isu dan tengkarah
Fitnah murtad
Pada 30 Julai 2014, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah menggesa PDRM dan SKMM mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melemparkan fitnah di laman sosial baru-baru ini kononnya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, telah murtad.Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar . [11]
Anugerah dan pengiktirafan
Darjah kebesaran
Darjah kebesaran Selangor
Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK I) (2016)[12]
Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) – Dato' Seri (2005)[13]
Darjah Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) – Dato' Setia (2010)[13]
Darjah kebesaran Malaysia
Kelantan:
Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) – Dato' (5 Januari 2011)[13]
Luar Malaysia
Rujukan
- ^ "Tengku Amir Shah, Afzaa Fadini selamat diijabkabulkan". Sinar Harian. Kumpulan Karangkraf. 2 Oktober 2025. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ Kuala Lumpur | The only son and heir of Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Shah
- ^ "Raja Muda of Selangor weds girl he met on holiday in San Francisco". The Straits Times : Weekly Overseas Edition. 3 December 1988.
- ^ Yaacob, Fuad Hadinata (2016-10-16). "Pulang ke istana". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-25.
- ^ "Tengku Amir Shah, 11, appointed Raja Muda of Selangor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-12. Dicapai pada 2014-07-25.
- ^ Tengku Idris Shah berpengalaman luas
- ^ Kerosakan masjid dapat perhatian Tengku Amir
- ^ "Tengku Amir Shah selamat diijabkabulkan, 11 das tembakan dilepaskan". Harian Metro. Media Prima. 2 Oktober 2025. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ "DYTM Raja Muda Selangor diijabkabulkan dengan YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini". Facebook. Selangor Royal Office. 2 Oktober 2025. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ "Pengurniaan Darjah SPMS kepada YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini". Facebook. Selangor Royal Office. 2 Oktober 2025. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ Fitnah Raja Muda Selangor murtad, polis digesa bertindak
- ^ "DK I 2016". awards.selangor.gov.my. Dicapai pada 6 March 2018.
- ^ a b c Gigablog, Article about Tengku Amir Shah Diarkibkan 12 Disember 2013 di Wayback Machine mentioning the orders received.
- ^ "Monaco's Prince Albert II accorded state welcome at Istana Negara". Malay Mail. 27 November 2023. Dicapai pada 27 November 2023.








