![]() | Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|

TeamGym (Jawi: تيمڬيم) atau Gimnastik Berpasukan (Jawi: ڬيمنستيک برڤاسوقن) adalah satu bentuk pertandingan yang diwujudkan oleh European Gymnastics. Pertandingan rasmi pertama telah diadakan di Finland pada tahun 1996. Pada asalnya dinamakan EuroTeam, TeamGym menerima nama semasanya pada tahun 2002. Dari tahun 1996 hingga 2008, Kejohanan Eropah adalah acara untuk kelab-kelab. Namun sejak tahun 2010, pertandingan ini dipertandingkan dengan pasukan kebangsaan yang mewakili negara-negara berbeza. Acara TeamGym terdiri daripada tiga kategori utama: pasukan wanita, pasukan lelaki dan pasukan campuran. Gimnas akan mempamerkan kemahiran mereka dalam tiga disiplin berbeza: lantai, tumbling dan trampet.[1] Aspek penting yang ditekankan dalam persembahan ini termasuk kerjasama berpasukan yang efektif, teknik yang baik dalam setiap elemen dan kemahiran akrobatik yang menakjubkan.[2]
Di Amerika Syarikat, terdapat variasi sukan ini yang ditadbir oleh USA Gymnastics di bawah disiplin Gimnastik untuk Semua (Gymnastics for All - GfA).[3]
Acara
Lantai
Semua ahli pasukan akan mengambil bahagian dalam program lantai, yang terdiri daripada gabungan tarian, kelenturan dan kemahiran. Rutin ini perlu dikoreografikan dengan mahir dan para hakim akan memerhatikan perubahan bentuk. Rutin lantai dipersembahkan mengikut iringan muzik. Rutin lantai mesti mengandungi sekurang-kurangnya:
- Dua pusingan (spins)
- Dua lompatan/lonjakan (jumps/leaps)
- Dua elemen akrobatik
- Dua elemen imbangan/kekuatan
- Dua elemen seksyen
- Satu gabungan elemen
Elemen seksyen ini berbeza mengikut kategori pasukan:
- Untuk pasukan wanita: Gelombang badan (bodywaves)
- Untuk pasukan lelaki: Elemen kekuatan
- Untuk pasukan campuran: Angkatan (lifts)
Trampet

Trampet ialah trampolin kecil berbentuk segi empat sama yang digunakan dalam gimnastik. Dalam TeamGym, trampet diletakkan di hujung landasan sepanjang 25 meter, di hadapan tikar. Trampet dilaraskan pada sudut, condong ke arah gimnas, yang akan berlari mendekati trampet. Gimnas melompat ke atas trampet dan melakukan balik kuang, lalu mendarat di atas tikar. Sebahagian daripada program trampet TeamGym dipersembahkan dengan alat melombol, yang diletakkan di antara trampet dan tikar.
Program trampet dipersembahkan mengikut iringan muzik. Setiap pasukan akan melengkapkan tiga pusingan berturut-turut. Semasa setiap pusingan, enam gimnas akan melakukan satu kemahiran masing-masing. Sekurang-kurangnya satu pusingan dipersembahkan menggunakan meja melombol. Pusingan pertama biasanya adalah "pusingan pasukan", di mana setiap gimnas melakukan kemahiran yang sama. Setiap atlet akan bergerak rapat mengikut atlet sebelumnya tanpa henti, menghasilkan program berkelajuan tinggi. Ini dirujuk sebagai streaming. Sekurang-kurangnya dua gimnas perlu bergerak (biasanya seorang sedang berlari dan seorang lagi akan melompat dari trampet dan melakukan elemen), jika tidak, akan ada pemotongan mata terhadap pasukan.
Gimnas pemula biasanya bermula dengan lompatan mudah, seperti lompatan lurus, tuck, star, kangkang dan pike. Gerakan peringkat pertengahan termasuk tuck front, pike front dan balik kuang depan lurus, manakala gerakan lanjutan termasuk straight halves, straight fulls dan doubles, sama ada dengan atau tanpa pusingan. Gerakan ke belakang seperti tuck back atau straight back biasanya tidak dilakukan kerana gimnas mendekati trampet dengan larian ke hadapan, menjadikannya sukar untuk mendaratkan gerakan tersebut.
Tumbling
Again, here there are three runs (rounds) involved. One of which has to include all six gymnasts doing a forwards series. Another run also has to include the gymnasts completing the same move. Each series must have at least three different acrobatic elements.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "European Gymnastics". European Gymnastics (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Julai 2025.
- ^ "TeamGym - British Gymnastics". www.british-gymnastics.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2013. Dicapai pada 6 Julai 2025.
- ^ "DISCIPLINES GYMNASTICS FOR ALL". USA Gymnastics (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2023. Dicapai pada 23 Mac 2024.