Tanjungpinang
Kota Tanjungpinang | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bandar Tanjungpinang | |||||||
Transkripsi tempatan | |||||||
• Jawi | تنجوڠ ڤينڠ | ||||||
• Cina | 丹戎檳榔/廖都 | ||||||
Dari atas, kiri ke kanan: Pandangan bandar dari Pulau Dompak, rumah gabenor Kepulauan Riau, makam raja Riau, Tugu Raja Haji Fisabilillah, dan Muzium Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah | |||||||
Nama panggilan: Bandar Gurindam | |||||||
Cogan kata: Jujur Bertutur, Bijak Bertindak | |||||||
Koordinat: 0°55′08″N 104°27′19″E / 0.918773°N 104.455415°EKoordinat: 0°55′08″N 104°27′19″E / 0.918773°N 104.455415°E | |||||||
Negara | Indonesia | ||||||
Wilayah | Sumatera | ||||||
Provinsi | Kepulauan Riau | ||||||
Diduduki | Awal abad ke-3 | ||||||
Diasaskan | 6 Januari 1784[1] | ||||||
Diperbadankan | 21 Jun 2001[2] | ||||||
Pentadbiran | |||||||
• Pemangku Datuk Bandar | Hasan | ||||||
Keluasan | |||||||
• Jumlah | 812.7 km2 (313.8 batu persegi) | ||||||
• Tanah | 144.56 km2 (55.81 batu persegi) | ||||||
Aras | 18 m (59 ft) | ||||||
Penduduk (anggaran pertengahan 2023[3]) | |||||||
• Jumlah | 234,840 | ||||||
• Kepadatan | 290/km2 (750/batu persegi) | ||||||
Zon waktu | UTC+7 (Waktu Indonesia Barat) | ||||||
Area code | (+62) 771 | ||||||
Laman sesawang | tanjungpinangkota |
Tanjungpinang, juga sering ditulis Tanjung Pinang, ialah bandar utama bagi provinsi Kepulauan Riau, Indonesia. Ia meliputi tanah seluas 144.56 km2, terutama di bahagian selatan Pulau Bintan, begitu juga pulau-pulau lain yang lebih kecil seperti Pulau Dompak dan Pulau Penyengat.[4] Dengan penduduk seramai 227,663 setakat Bancian 2020,[5] ia menjadi bandar kedua terbesar bagi provinsi tersebut, selepas Batam;[6] anggaran rasmi setakat pertengahan 2023 ialah 234,840 (merangkumi 118,600 lelaki dan 116,250 perempuan).[3] Tanjungpinang ialah bandar bersejarah bagi budaya Melayu, dan pernah menjadi bandar utama bagi Kesultanan Johor dan Kesultanan Riau-Lingga.
Tanjungpinang – yang namanya diambil dari kedudukan pokok pantai yang menjulur ke laut – menempatkan tempat strategik di selatan Pulau Bintan, mengawal muara Sungai Bintan. Tanjungpinang mempunyai hubungan feri dan bot laju ke Batam, Singapura (40 km jauh), dan Johor Bahru. Bandar ini tersedia dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Haji Fisabilillah, terletak kira-kira 7 km timur pusat bandar.
Melangkaui abad, Tanjungpinang pernah berada di bawah kawalan Sumatera (Srivijaya), Melaka, Belanda, Inggeris, dan Jepun. Sentuhan asing ini mempengeruhai budayanya, juga menjadi pusat laluan kebudayaan dan perdagangan Melayu. Pada abad ke-18, iamenjadi bandar utama bagi Empayar Johor-Riau-Lingga.
Pentadbiran
Bandar ini (yang ditadbir berasingan dengan Kabupaten Bintan) dibahagikan kepada empat kecamatan, dijadualkan di bawah dengan kawasan dan penduduk mereka pada Bancian 2010,[7] dan 2020,[5] bersama-sama anggaran rasmi pada petengahan 2023.[3]
Kecamatan | Keluasan (km2) | Bancian Penduduk | Bilangan kampung | Poskod | ||
---|---|---|---|---|---|---|
2010 | 2020 | Anggaran 2023 | ||||
Bukit Bestari | 45.64 | 54,157 | 54,410 | 52,590 | 5 | 29122-124 |
Tanjungpinang Timur | 58.95 | 70,867 | 109,780 | 120,320 | 5 | 29122-125 |
Tanjungpinang Kota | 35.42 | 17,026 | 19,226 | 19,220 | 4 | 29111-115 |
Tanjungpinang Barat | 4.55 | 45,309 | 44,247 | 42,710 | 4 | 29111-113 |
Demografi
Agama
Islam ialah agama utama bagi bandar ini, dengan 78.57% daripada jumlah penduduk mengenal pasti diri mereka sebagai Muslim. Agama lain ialah Buddhisme, yang membentuk 13.58% jumlah penduduk, Kristian, yang membentuk 7.56% jumlah penduduk, Hinduisme, yang membentuk 0.02% jumlah penduduk dan Konfusius, yang membentuk 0.27% jumlah penduduk.[9]
Mercu tanda
Pusat kebudayaan bagi pentas persembahan muzik dan tarian Melayu terletak di Tanjungpinang. Pusat ini biasanya menganjurkan pesta dan persembahan lain, seperti muzik dan tarian. Tokong Buddha yang terkenal terletak di luar pusat Tanjungpinang di pekan kecil bernama Senggarang.
Pulau Penyengat
Istana pemerintah lama dan makam diraja, termasuk makam Raja Ali Haji (yang mencipta dan mengarang buku tatabahasa Melayu pertama), adalah salah satu daripada peninggalan Kesultanan Riau–Lingga. Masjid wakil diraja lama, Masjid Raya, masih digunakan.
Nota
- ^ Sani, Muhammad (2013-02-08). Untung Sabut Muhammad Sani (dalam bahasa Indonesia). Gramedia Pustaka Utama. ISBN 978-602-03-5358-6.
- ^ RI, Setjen DPR. "J.D.I.H. - Dewan Perwakilan Rakyat". www.dpr.go.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-06-03.
- ^ a b c Badan Pusat Statistik, Jakarta, 28 February 2024, Kota Tanjungpinang Dalam Angka 2024 (Katalog-BPS 1102001.2172)
- ^ "Kabupaten - Kementerian Dalam Negeri - Republik Indonesia". 2013-10-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2013. Dicapai pada 2020-06-03.
- ^ a b Badan Pusat Statistik, Jakarta, 2021.
- ^ "Badan Pusat Statistik Provinsi Kepulauan Riau". kepri.bps.go.id. Dicapai pada 2020-06-03.
- ^ Biro Pusat Statistik, Jakarta, 2011.
- ^ "Religion in Indonesia".
- ^ "Riau Islands Province in Figures 2017". BPS Kepulauan Riau. Dicapai pada July 22, 2018.
Bacaan lanjut
- Muftih, Fatih (2023-08-03). "Ode to Making a Coffee Shop an Office". This Is Southeast Asia. Translated from Bahasa Indonesia by Isles, Lise. Dicapai pada 2023-08-10.
Pautan luar
- (Indonesia) Laman sesawang rasmi Kota Tanjungpinang
- (Indonesia) Laman sesawang perlancongan Sumatera Utara
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tanjungpinang |
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Tanjungpinang. |