Latar Belakang
Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1991 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 2009. Pada tahun 2009 dan tahun 2013 berfasa penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 198 buah rumah dan memberi manfaat kepada 881 orang penduduk Daerah Kuala Muda Negeri Kedah.
Sejarah Kampung
Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang dibina dan diduduki secara berfasa pada tahun 2009 hingga 2013 yang terletak di kawasan cerun yang tinggi.
Info Desa
| Nama Desa | Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang |
| Mukim | Bedong |
| DUN | Gurun |
| Parlimen | Jerai |
| Daerah | Kuala Muda |
| Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang merupakan sebuah kampung yang terletak di Mukim Bedong iaitu 9.1 km dari Pekan Gurun dan 9.4 km dari susur keluar Tol Gurun.
Kepimpinan
Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 7, Kuala Muda/ Yan yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang bagi sesi 2024/2026 adalah seperti berikut:
| Jawatan | Penyandang |
| Pengerusi | Noorarzlinda binti Awang |
| Timbalan Pengerusi | Muhammad Zikir bin Zulkifli |
| Setiausaha | Nur Fatin Munirah binti Mohd Taib |
| Bendahari | Sarina binti Musa |
| Biro Kebersihan, Alam Sekitar & Keceriaan | - |
| Biro Keselamatan | - |
| Biro Pendidikan & Inovasi | - |
| Biro Sosial & Kebudayaan | - |
| Biro Belia, Sukan & Rekreasi | Muhammad Faris Suhaily bin Abdul Syukur |
| Biro Pembangunan Prasarana | - |
| Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi | - |
| Biro Kebajikan | - |
| Biro Hal Ehwal Wanita | Mazlina binti Ahmad |
| Biro Ekonomi | - |
| Biro Agama & Sivik | - |
Maklumat Penduduk
Maklumat penduduk Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang adalah seperti berikut:
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Jumlah Keseluruhan Penduduk | 881 |
| Jumlah Keluarga | 198 |
| Bilangan Penduduk Lelaki | 498 |
| Bilangan Penduduk Perempuan | 383 |
Pendidikan
Tahap pendidikan penduduk Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang adalah seperti berikut:
| Kelulusan | Bilangan (Orang) |
| Ijazah / Diploma/ Sijil Kemahiran Bertauliah | 70 |
| Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 436 |
| Jumlah | 506 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
Penduduk Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut:
| Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
| <RM530.00 | 150 |
| RM531.00 - RM790.00 | 100 |
| RM791.00 – RM1,319.00 | 120 |
| >RM1,319.00 | 35 |
Kegunaan Tanah
Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang ialah sebanyak 0.864 hektar yang merangkumi tapak kediaman seluas 0.576 hektar, tapak bangunan awam/ masyarakat 0.288 hektar dan kawasan lapang/ rekreasi 0.288 hektar.
Hak Milik Penduduk
Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang adalah seperti berikut:
| Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
| Kereta | 98 |
| Motosikal | 158 |
| Lori | 5 |
| Van | 3 |
| Lain-lain (bas) | 1 |
Kemudahan Asas
Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 5.08 km. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi beberapa rumah iaitu sebanyak 181 buah rumah dan 30 buah rumah mengunakan sistem bekalan air alternatif. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman sebanyak 181 buah rumah. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas, mangkuk tandas, slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air bagi setiap rumah.
Dari segi capaian/akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang dilengkapi sebuah surau, sebuah rumah ibadat lain, sebuah balai raya, sebuah perpustakaan, sebuah Pusat ICT, sebuah Bilik Gerakan, sebuah dewan orang ramai, hentian bas, taman permainan, gelanggang permainan/ kompleks sukan, dan kemudahan kitar semula.
Golongan Khas
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Taman Sejahtera Rakyat Sungai Toh Pawang adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Orang Kurang Upaya (OKU) | |
| Bapa Tunggal | |
| Ibu Tunggal | |
| Anak Yatim | 25 |









