Tahajjud Cinta | |
---|---|
![]() | |
Genre | Drama Agama |
Ditulis oleh | Eirma Fatima Mazelan Manan |
Pengarah | Eirma Fatima |
Dibintangi oleh | Eman Manan Nur Fazura Fouziah Gous Remy Ishak Tiz Zaqyah Eirma Fatima Shahz Jaszle Ziela Jalil Ahmad Tarmimi Siregar Melissa Saila Azizah Mahzan Jins Shamsuddin Norish Karman Aaron Aziz |
Lagu pembukaan | "Merpati Putih" oleh Chrisye |
Lagu penutup | "Merpati Putih" oleh Zamani dan Astrid |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Fadhilah Mohd Shariff Nabila Hizam |
Penerbit | Eirma Fatima |
Penyunting | Damien Wu Kong Chuen Aliff JJ Abd Majid |
Syarikat penerbitan | Rumah Karya Citra |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 8 Julai 2011 – 14 Oktober 2011 |
Kronologi | |
Mengikuti | Keranamu Laila |
Diikuti oleh | Dingin Lavenda |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Tahajjud Cinta adalah sebuah drama televisyen 2011 arahan Eirma Fatima yang ditayangkan menerusi slot Zehra di saluran TV3 bermula pada 8 Julai 2011. Drama ini menampilkan 18 orang pelakon berstatus dan mencatat kedudukan tertinggi untuk slot Zehra sejak drama Nur Kasih pada 2010.
Sinopsis
Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (Fazura) dan rakan sekuliahnya Seri (Fouziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (Tiz Zaqyah) kakak kepada Citra ada masalah dengan suaminya dan dia sangat lemah untuk menghadapi masalah dalam kehidupan berumahtangga.
Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada Ustaz Shauki (Eman Manan), bapa kepada Solahuddin (Remy Ishak).
Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri (Fouziah Gous) dari menjadi isteri keempat? Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dalam kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.
Pelakon
- Eman Manan sebagai Ustaz Shauki
- Nur Fazura sebagai Citra Maisarah
- Remy Ishak sebagai Solahuddin Shauki
- Fouziah Gous sebagai Seri Mohd Azim
- Eirma Fatima sebagai Ustazah Hamani
- Tiz Zaqyah sebagai Emelda
- Jins Shamsuddin sebagai Tan Sri
- Azizah Mahzan sebagai Puan Sri
- Shahz Jaszle sebagai Azihan
- Norish Karman sebagai Puan Nora Asyikin
- Aaron Aziz sebagai Iskandar
- Ziela Jalil sebagai Qadirah
- Melissa Saila sebagai Sharifah
- Dira Abu Zahar sebagai Umairah
- Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Mohd Azim
- Fadilah Mansor sebagai Habibah
- Chomatt Samad sebagai Mohd Yusof Mohd Azim
- Haeriyanto Hassan sebagai Tengku Irfan
- Anne Abdullah sebagai Zulaikha
- Fazren Rafi sebagai Wahdi
- Neelofa sebagai Suraya
- Zack Taipan sebagai Karim
Lagu Tema
Judul : Merpati Putih
Ciptaan: Allahyarham Chrisye
Nyanyian: Chrisye (asal), Zamani & Astrid Sartiasari (duet)
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Kerja pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2011 | Anugerah Profima | Pengarah Terbaik | Erma Fatima | Menang |
Pengarah Seni Terbaik | Rabiati Adawiyah Ismail | Menang | ||
Operator Kamera Terbaik | Asrar Lukmanal Hakim | Menang | ||
Drama Bersiri Terbaik | Tahajjud Cinta | Menang |