T-72 | |
---|---|
T-72 di Muzium Kereta Kebal Worthington, Pangkalan Angkatan Tentera Kanada Borden | |
Jenis | Kereta kebal utama |
Tempat asal | Kesatuan Soviet |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1973–kini |
Digunakan oleh | Berbilang negara |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Kartsev-Venediktov |
Direka | 1967–73 |
Pengeluar | Uralvagonzavod |
Kos unit | Anggaran kos 0.5-1.2 juta dollar amerika |
Dihasilkan | 1971–kini |
Jumlah dibina | 25,000+ |
Aneka | T-72Ural (1973)
T-72A (1979) T-72M (Model eksport untuk model T-72Ural) T-72B T-72B3 (2011) T-72B3M (2016) |
Spesifikasi | |
Berat | 41.0 tan (T-72Ural)
41.5 tan (T-72A) 44.5 tan (T-72B) 46.0 tan (T-72B3) |
Panjang | 9.53 m |
Lebar | 3.59 m |
Tinggi | 2.23 m |
Krew | 3 |
Armor | Komposit keluli dan teras kuarza Komposit Keluli, plet refleksi dan perisai reaktif meletup untuk model T-72B dan seterusnya |
T-72 adalah sebuah Kereta Kebal Utama buatan Kesatuan Soviet yang dikeluarkan sejak tahun 1971. Kereta kebal ini merupakan hasil dari pembangunan lanjut yang dilakukan ke atas kereta kebal T-62[1]. Kereta kebal T-90 pula merupakan terbitan hasil pembangunan yang berterusan ke atas T-72. Baru-baru ini, reputasi T-72 tercalar ekoran keupayaannya yang mengecewakan semasa dalam pertempuran menentang kereta-kereta kebal moden buatan Barat seperti M1 Abrams dan Challenger 1 dalam Perang Teluk. Walaupun begitu, kekurangan latihan yang diberikan kepada krew kereta kebal T-72 juga harus diambil kira.
Spesifikasi (T-72A)
Data daripada inetres.com [2]
Ciri-ciri umum
- Berat= 41.5 tan
- Panjang= 9.53 m
- Lebar= 3.59 m
- Tinggi= 2.23 m
- Krew= 3
Persenjataan
- Perisai= 500 mm (20 in) perisai komposit
- Persenjaataan utama= Meriam laras licin 125mm 2A46
- Sistem kawalan tembakan= TPD-K1 pelaras tembakan laser
- Persenjataan sokonga= 7.62mm mesingan sepaksi PKT, 12.7mm mesingan anti pesawat NSVT
- Enjin= ChTZ V-46-6
- Kuasa enjin= 780 hp (582 kW)
- Kadar kuasa= 18.8 hp/tan
- Suspensi= Palang kilasan
- Kelegaan dari permukaan bumi= 0.49 m
- Muatan bahan api= 1200 liter
- Jarak operasi= 460 km, 700 km dengan tangki bahan api tambahan
- Kelajuan= 60 km/j
T-72B yang diarak oleh IRGC
Pengguna T-72 dan terbitannya

T-72 digunakan lebih daripada 40 buah negara di seluruh dunia. Ia juga telah dibina dengan kebenaran berlesen dan dibangunkan lebih lanjut oleh beberapa buah negara seperti di bawah:
- Singa Babylon, Iraq
- M-84, Yugoslavia
- M-95 Degman, Croatia
- M-2001, Serbia
- PT-91M "Pendekar", Malaysia - Gemas, Kor Armor Diraja
- PT-91 Twardy, Poland
- Tank EX, India
- TR-125, Romania
- T-90A, Rusia
- T-90M, Rusia
- Type 99/ZTZ-99, China
Lihat juga
- Kereta kebal setanding
- Artikel berkaitan
Rujukan
- ^ "Czołgi Świata" (Kereta kebal di dunia) majalah keluaran ke-19
- ^ "Rujukan kenderaan tempur oleh Gary"
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: T-72. |