| Syed Zainol Anwar | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Yang Amat Mulia Tengku Syarif Panglima Perlis | |||||
| Keputeraan | Syed Zainol Anwar ibni Syed Putra Jamalullail 23 Februari 1952 Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | ||||
| Pasangan | YAM Tengku Puan Panglima Perlis Tengku Puteri Nor Zehan binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj | ||||
| Anakanda | Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail Syed Jufri Dhiauddin Putra Jamalullail Sharifah Eliza Cornelia Putri Jamalullail | ||||
| |||||
| Kerabat | Jamalullail | ||||
| Ayahanda | Tuanku Syed Putra Jamalullail | ||||
| Bonda | Tengku Budriah | ||||
| Agama | Sunni Islam | ||||
|
|
YAM Tengku Syarif Bendahara
|
|
YAM Tengku Syarif Temenggong
|
|
YAM Tengku Syarif Laksamana
|
|
YAM Tengku Syarif Panglima
|
| YAM Dato’ Seri Syed Zainal Rashid |
|
YAM Dato’ Seri Syed Azni Jamalullail
|
|
YAM Dato’ Seri Syed Badlishah Jamalullail
|
Yang Amat Mulia Tan Sri Dato' Seri Diraja Syed Zainol Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail atau lebih dikenali sebagai Syed Anwar Jamalullail (lahir 23 Februari 1952) ialah seorang ahli perniagaan dan ahli kerabat diraja Perlis. Beliau merupakan adinda kepada DYMM Raja Perlis yang ke-8, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan adinda ipar kepada DYMM Sultan Selangor yang ke-9, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.
Kehidupan awal dan pendidikan
Syed Zainol Anwar diputerakan pada 23 Februari 1952. Beliau merupakan anakanda kepada Raja Perlis yang ke-7 Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tengku Budriah.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Perakaunan dari Universiti Macquarie, Sydney, Australia, setelah berkelayakan pada tahun 1974. Beliau juga merupakan seorang Akauntan Bertauliah, Akauntan Bertauliah (Australia) dan ahli Institut Akauntan Malaysia.[1]
Kerjaya
Syed Zainol Anwar memulakan kerjayanya bersama Malaysian Airlines System Berhad pada tahun 1975 sebagai seorang Akauntan Kewangan sebelum berpindah untuk memegang jawatan kanan eksekutif dalam pelbagai syarikat. Jawatan terakhirnya adalah sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Capital Partners Berhad.
Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Investment Panel, Cahaya Mata Sarawak Berhad, Malaysian Airport Holdings Berhad, Media Prima Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad, DRB-Hicom Berhad, Malakoff Corporation Berhad, EON Bank Berhad, Uni Asia Life Assurance Berhad, Uni Asia General Insurance Berhad, Radicare (M) Sdn Bhd, Realmild (M) Sdn Bhd dan Nestle (Malaysia) Berhad. Beliau juga sebelum ini merupakan Pengarah Bebas Maxis Communications Berhad, Bangkok Bank Berhad, dan Urusan Kempulan Amanah Capital Partners Berhad.
Pada ketika ini, beliau merupakan Pengerusi SP Setia Berhad, Kenanga Investment Bank Berhad dan Lembaga Zakat Selangor. Beliau juga merupakan Canselor Universiti SEGI.[2]
Kehidupan peribadi
Pada 7 April 1979, Syed Zainol Anwar telah berkahwin dengan Tengku Puteri Nor Zehan iaitu anakanda bongsu kepada Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Almarhumah Tengku Ampuan Rahimah.[3]
Mereka dikurniakan 2 orang putera dan seorang puteri: Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamallulail, Syed Jufri Dhiauddin Putra Jamallulail dan Sharifah Eliza Cornelia Putri Jamallulail.
Darjah kebesaran
Beliau telah dikurniakan:
Perlis
Perlis :
- Darjah Setia Tuanku Syed Putra Jamalullail (SSPJ) -- Dato' Seri Diraja (1999)[4]
Darjah Kebesaran Mahkota Perlis Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) -- Dato' Seri (1995)[4]
Malaysia
Malaysia :
Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua, Panglima Setia Mahkota (PSM) -- Tan Sri (2006)[5]
Selangor :
Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati Kelas Kedua, Darjah Kerabat Selangor Kelas Kedua (DK II) (2015)[4]
Darjah Kebesaran Sultan Sharafuddin Idris Shah Kelas Pertama, Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) -- Dato’ Setia (2003)[4]
Rujukan
- ^ YAM TAN SRI DATO' SERI SYED ANWAR JAMALULLAIL
- ^ Tan Sri Syed Anwar Jamalullail
- ^ [1]
- ^ a b c d "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".
- ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia).








