Umum | |
---|---|
Pengarang | Tidak diketahui |
Negara | Brunei |
Bahasa | Bahasa Melayu tulisan Jawi |
Genre | Syair |
Tarikh penerbitan | 1860 – 1899 |
Syair Baginda ialah syair Brunei abad ke-19 yang tidak berjudul dan ditulis oleh pengarang yang tidak diketahui. Syair ini dinamakan sempena watak utama dalam syair ini yang dirujuk sebagai (Jawi: بݢند ) "Baginda" iaitu Sultan Brunei, Sultan Abdul Momin. Syair ini mengisahkan pelayaran baginda ke Labuan, dengan penekanan terhadap persiapan adat sebelum berlayar iaitu chiri yang masih digunakan kini dalam istiadat menyampiri Manteri Brunei.[1]
Plot
"Baginda" iaitu Sultan Brunei Sultan Abdul Momin dan surinya berduka kerana tidak dikurniakan zuriat. Baginda mengambil keputusan untuk berangkat ke Sabah dengan membaca chiri terlebih dahulu.[2]
Naskhah
Naskhah syair ini, bernombor Or 14549, disimpan di Perpustakaan British setelah diperoleh pada 1990. Naskhah ini berformatkan 13 baris dua lajur berdakwat hitam dalam satu muka surat mendatar yang biasa dijumpai dalam naskhah Brunei. Naskhah ini dalam keadaan teruk terutamanya empat muka surat pertama rosak dengan teruk serta muka surat terakhir hilang.[3] Ortografinya juga menggambarkan bahasa Melayu yang digunakan di Brunei dengan menggunakan bunyi /a/ lebih banyak berbanding bunyi e pepet.
Rujukan
- ^ "Syair Baginda". Lembaga Perpustakaan Singapura. Dicapai pada 11 Jun 2019.
- ^ Ampuan Haji Brahim Ampuan Haji Tengah (Januari 2015). Syair Baginda. Researchgate. m/s. 150. Dicapai pada 11 Jun 2019.
- ^ "Or 14549". Perpustakaan British. Dicapai pada 11 Jun 2019.
Bacaan lanjut
- Ampuan Haji Brahim Ampuan Haji Tengah (Januari 2015). Syair Baginda & Syair Keberangkatan Sultan Muhammad Jamalul Alam. m/s. 150.