Syahrin Samsir (lahir 11 Februari 1986) ialah seorang pejawat awam bagi negeri Sabah, Malaysia yang berketurunan Dusun beragama Islam dari daerah Ranau.
Pendidikan
Syahrin Samsir telah melanjutkan pengajian di Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengambil dalam bidang Sains dan Pengurusan Sumber Tumbuhan. Beliau telah menamatkan pengajian dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian. Beliau merupakan graduan Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Kerjaya Perkhidmatan Awam
Syahrin Samsir memulakan kerjaya sebagai penjawat awam dengan menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir di Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Ketua Menteri Sabah dari tahun 2008 sehingga 2013. Mulai dari tahun 2013, beliau telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Telupid (Bahagian Pentadbiran) dan berkhidmat memegang jawatan ini selama dua tahun sehingga 2015.
Pada 31 Oktober 2015, beliau dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pembangunan) dan menjawat jawatan tersebut sehingga tahun 2018.[1][2][3]
Selepas berkhidmat di Daerah Telupid, Syahrin Samsir kemudiannya dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (KPP) di Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah pada tahun 2018 sehingga 2020.
Pada 18 Disember 2020, Syahrin Samsir telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Ranau.[4][5][6] Atas komitmen dan tanggungjawab beliau sepanjang menangani pandemik Covid-19 serta mengurus pentadbiran daerah Ranau dengan efektif, beliau kemudiannya diberi kepercayaan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah iaitu Datuk Jahid Jahim untuk menjawat jawatan sebagai Pegawai Daerah Tuaran.[7][8][9]
Syahrin Samsir juga merupakan Pengerusi Majlis Daerah Tuaran dari 2022 sehingga 2023.[10][11] Pada tahun 2023, Syahrin Samsir telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kerja Raya Sabah, dan kemudiannya bertukar ke Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah pada tahun yang sama.
Penyelidikan
Syahrin Samsir merupakan anggota agensi kerajaan yang menjayakan Program Latihan Negara Ketiga pada tahun 2013 di mana program berikut merupakan anjuran bersama Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Universiti Malaysia Sabah (IBTP UMS), Pejabat Sumber Asli (NRO) dan Kerajaan Negeri Sabah serta di bawah kerjasama agensi Kerajaan Negeri Sabah iaitu Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC), Jabatan Perhutanan Sabah, Taman Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah.[12][13] Program tersebut merupakan usahasama Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun di bawah Program Borneo Biodiversity and Ecosystem Conservation (BBEC) Project.
Beliau juga pernah berkhidmat di Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) dengan menjawat Jawatan sebagai Pegawai Pentadbiran Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC).[14]
Penglibatan persatuan
Syahrin Samsir aktif dalam program kebajikan dan kemasyarakatan seperti berikut semasa berkhidmat sebagai seorang pegawai daerah di kampung kelahirannya, Ranau serta di Tuaran;
- Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Tuaran[15]
- Pengerusi Penganjur Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Ranau 2021[18]
- Pengerusi Penganjur Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Ranau 2021[19]
- Pengerusi Majlis Gerakan Pengguna Daerah Tuaran
Anugerah
Sabah :
Ahli Darjah Kinabalu (ADK) - (2021)[20]
Rujukan
- ^ "Suasana Kerja Baru". www.pustakaalghazali.wordpress.com.
- ^ "Perpaduan kaum wajib dipertahankan: Ronald". www.pressreader.com.
- ^ "JKR menang Anugerah Premis Merdeka IPS Telupid kekal Juara Perbarisan". www.pressreader.com.
- ^ "Syahrin Samsir, Pegawai Daerah Ranau baharu, Yassin Ibrahim dilantik Pengarah INSAN". www.borneodailybulletin.com.
- ^ "Kakitangan Urusetia Pejabat Dearah Ranau sedia terima suntikan Vaksin Covid - 19 Amalkan norma bahru dalam kehidupan". www.pressreader.com.
- ^ "Sembilan KKM ditubuhkan di Ranau". wartaoriental.com.
- ^ "Jumain Abdul Ghani Pegawai Daerah Ranau yang Baharu". www.borneodailybulletin.com.
- ^ "Pemimpin Kampung Digesa Untuk Sentiasa Berhubung Jabatan Kerajaan". sabahnews.com.my.
- ^ "Pelancaran Program PICKids Tuaran Galak Pemberian Vaksin Kanak-Kanak". malaysiaaktif.my.
- ^ "Pengerusi Majlis Daerah Tuaran". portalosc.kpkt.gov.my.
- ^ "Carta Organisasi Majlis Daerah Tuaran". mdtuaran.sabah.gov.my.
- ^ "Committee of Third Country Training Programme (TCTP Sabah)". sites.google.com.
- ^ "Feasibility Assessment of Marine Protected Areas (MPA) Sustainable Financing Mechanisms for the multi-national seascape of the Sulu Sulawesi Seas Marine Ecoregion (SSME)" (PDF). wwfeu.awsassets.panda.org.
- ^ "Wakil Kampung Buayan temui pegawai Sabah Bio-Diversity Centre". cj.my.
- ^ "Mesyuarat Agung Tahunan Ke - 25 PUSPANITA Cawangan Tuaran". online.anyflip.com.
- ^ "Hajiji ingatkan pemimpin terus turun padang, jaga telinga untuk rakyat". www.utusanborneo.com.my.
- ^ "10 finalis akan berentap pada Pertandingan Sugandoi Kaamatan Tuaran 2022". wartaoriental.com.
- ^ "Sambutan Pesta Kaamatan Ranau, 1Mei depan". www.borneodailybulletin.com.
- ^ "Masidi nasihat penduduk Ranau patuh SOP". www.utusanborneo.com.my.
- ^ "SENARAI NAMA PENERIMA PINGAT DARJAH KEBESARAN SEMPENA HARI JADI RASMI KE-68 TYT SABAH". sabahnews.com.my.