Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
![]() |
Surah At-Tahrim (Arab: سورة التحريم ) ialah surah ke-66 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surat Madaniyah yang terdiri atas 12 ayat. Dinamakan At-Tahrim kerana pada awal surah ini terdapat kata "tuharrim" yang berasal dari at-Tahrim yang bererti mengharamkan.
Isi kandungan
Keimanan
- Kesempatan bertaubat itu hanyalah di dunia saja,
- segala amal perbuatan manusia di dunia akan dibalas di akhirat.
Hukum
- Larangan mengharamkan apa-apa yang dibolehkan Allah SWT
- Kewajiban membebaskan diri dari sumpah yang diucapkan untuk mengharamkan yang halal dengan membayar kaffarat
- Kewajiban memelihara diri dan keluarga dari api neraka
- Perintah memerangi orang-orang kafir dan munafik dan berlaku keras terhadap mereka di waktu perang.
Lain-lain
- Iman dan perbuatan baik atau buruk seseorang tidak tergantung kepada iman dan perbuatan orang lain walaupun antara suami isteri, seperti isteri Nabi Luth a.s., isteri Nabi Nuh a.s., isteri Fir'aun, dan Maryam.
Pautan Luar
Surah Sebelumnya: Surah At-Talaq |
Al Quran (القــرآن الكـــريم) | Surah Berikutnya: Surah Al-Mulk |
Surah 66 |