Sungai Sepinang | |
---|---|
Sungei Sepinang, Sg. Sepinang | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sibu |
Daerah | Selangau |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | Bukit Jatan |
• lokasi | dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau |
• ketinggian | di antara 180 dan 200 meter (590.6 dan 656.2 ka) |
Muara | Batang Mukah |
• lokasi | kira-kira 860 meter ke tenggara dari Rumah Sli, Daerah Selangau |
• koordinat | 2°18′48″N 112°31′59″E / 2.31341°N 112.53305°EKoordinat: 2°18′48″N 112°31′59″E / 2.31341°N 112.53305°E |
• ketinggian | di antara 50 dan 60 meter (164.0 dan 196.9 ka) |
Panjang | 3.6 kilometer (2.2 bt)[1][2] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Batang Mukah[2][3] |
Anak sungai | |
• kiri | anak sungai tanpa nama |
• kanan | anak sungai tanpa nama |
Sungai Sepinang (Jawi: سوڠاي سڤينڠ ) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sejarah
Sungei Sepinang merupakan ejaan lampau bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu, Sungai Sepinang yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Sepinang dicatatkan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Sepinang yang telah direkodkan terletak di 2°19′N 112°32′E / 2.317°N 112.533°E.[5][6] Sungai Sepinang dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1744568.[4]
Bentuk fizikal
Sungai Sepinang berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit di kira-kira 2.32 kilometer (1.4 bt) ke bahagian timur laut dari Rumah Sli dalam Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Sepinang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills. Sungai Sepinang mengalir ke arahbarat daya dahulu di peringkat hulu kemudian berkelok ke selatan menuju ke utara. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Sepinang dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Cantuman ini terletak di kira-kira 860 meter ke tenggara dari Rumah Sli.[1][2]
Sungai Sepinang mengalir sepanjang kira-kira 3.6 kilometer (2.2 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Sepinang terletak di ketinggian di antara 180 dan 200 meter (590.6 dan 656.2 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Sepinang pula terletak di ketinggian di antara 50 dan 60 meter (164.0 dan 196.9 ka) dari atas paras laut.[1][2]
Bentuk lembangan
Sungai Sepinang merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Sepulau dan Sungai Salasing.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Sepinang.[7] Kawasan lembah Sungai Sepinang dilitupi dengan kawasan perhutanan.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Sepinang ialah Rumah Sli dan Rumah Rasin.[1][2] Dalam peta topografi cetakan tidak terhad siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sungai Jugam mempunyai dua batang anak sungai yang tak bernama.[2]
Lihat juga
- Sungai Sepulau, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Salusing, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
- ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c d e f g h Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201. Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 1992–2010.
- ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ a b c d "Sungai Sepinang, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.