![]() | |
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah |
|
Tujuan | Memecahkan sekatan Gaza, menyampaikan bantuan kemanusiaan |
Keanggotaan | lihat #Penglibatan |
Tapak web | www![]() ![]() ![]() ![]() |
Sejarah | |
Dibentuk | 25 Julai 2025 |
Gabungan | Flotila Sumud Global ![]() |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Pusat Perintah Sumud Nusantara, Gedung Utama MAPIM, Sepang, Selangor, Malaysia |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Sumud Nusantara ialah sebuah gerakan kebersamaan serantau di Asia Tenggara dan Asia Selatan yang dibentuk pada 2025 bertanggungjawab mewakili rantau tersebut terhadap usaha konvoi Flotila Sumud Dunia. Konvoi tersebut menyertai misi bantuan kamanusiaan yang diterajui masyarakat awam melalui laut untuk melepasi sekatan Israel terhadap Genting Gaza. Ia dianggotai oleh pertubuhan masyarakat sivil dan gerakan anak muda dari lapan buah negara.
Ia digerakkan sebagai "suara rakyat biasa yang enggan terus menjadi penonton kepada ribuan penduduk Gaza tidak bersalah yang secara perlahan-lahan berdepan kematian akibat kelaparan berikutan sekatan bantuan dan sempadan ditutup".[1]
Sumud Nusantara bersama-sama gerakan lain Global Movement to Gaza, Freedom Flotilla Coalition, dan Konvoi Sumud Maghreb membentuk jawatankuasa pemandu bagi Flotila Sumud Dunia.[2] Sumud Nusantara digerakkan oleh pertubuhan masyarakat awam dan gerakan anak muda, seperti MyAqsa Defenders dan Cinta Gaza Malaysia (CGM) dari Malaysia yang mengetuai rombongan, disokong oleh Kumpulan Kerja Aqsa dan pertubuhan lain di Indonesia.[3]
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) turut mengaktifkan Pusat Perintah Sumud Nusantara di Gedung Utama MAPIM, Sepang yang berperanan sebagai sebuah pusat penyelarasan komunikasi bagi misi Sumud Flotilla yang melibatkan pelbagai negara dan organisasi kemanusiaan serantau.[4]
Penamaan
Perkataan "Sumud Nusantara" membawa maksud “keteguhan dari Nusantara”.[1]
Penglibatan
Keanggotaan peserta konvoi tersebut terdiri daripada sembilan buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Filipina, Maldives,[1] dan Bhutan.[5]
Kegiatan
Sebaik dilancarkan, gerakan ini memulakan beberapa kegiatan di Nusantara sebelum menyertai misi kemanusiaan dunia di Eropah.
Konvoi di Nusantara
Konvoi itu akan merentas daratan dan lautan dari Nusantara ke Gaza. Ia dilancarkan dengan perhimpunan serentak melibatkan dua juta peserta di lima buah negara, membabitkan Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Maldives dan Filipina yang disiarkan secara langsung merentasi sempadan. Konvoi juga diteruskan melalui puluhan bandar dan desa di Indonesia, Thailand dan Malaysia sekali gus mengumpulkan ratusan ribu penyokong lain dalam gelombang solidariti rakyat.[1]
Negara terakhir berkonvoi sebelum berlepas ke Eropah ialah Malaysia[6]. Bermula di Kota Bharu, Kelantan pada 22 Ogos 2025[7] dan berarak selama lapan jam menuju Kuala Lumpur melibatkan lebih 121 kenderaan dengan penyertaan dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Sri Lanka, dan Maldives. Acara perhimpunan kemuncak diadakan di Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2025[8].
Maklum balas
Malaysia
Kerajaan Malaysia menyatakan komitmen untuk membantu kesemua peserta Sumud Nusantara yang menyertai misi kemanusiaan tersebut, serta lebih 500 peserta rombongan dari pelbagai negara.[9] Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut menjadi penaung bagi gerakan rantau ini.[10] Seramai 34 orang[9] peserta dari Malaysia turut menyertai, antaranya: Muhammad Nadir al-Nuri, ahli jawatankuasa pemandu Flotila Sumud Dunia[11], Musa Nuwayri, pengasas Cinta Salam Malaysia[5], Iylia Balqis Suhaimi, sukarelawan Cinta Salam Malaysia[5], Sul Aidil, editor video CGM[5], Zizi Kirana, penyanyi dan aktivis kemanusiaan[5], PU Rahmat, atau Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, pendakwah[5], Muhd Haikal Luqman Zulkefli, eksekutif strategi CGM[12], Razali Awang, perunding Media AlKhair Malaysia[12], Ardell Aryana, pelakon dan aktivis kemanusiaan[12], Tuan Asri Tuan Hussein, pengarah media Muslim Care Malaysia[13], Zainal Rashid Ahmad, penulis dan pempengaruh media[13][14], Ilham Fansuri[13], Muhamad Abdullah atau Ustaz Mad Kecik[13][14], Nik Aziz, aktivis MAPIM[13][14], Norazman Ishak, Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia[13][15], Ahmad Safwan Ujar, setiausaha agung Muslim Care Malaysia,[16] Farah Lee, pempengaruh media[14], Zulfadhli Khiruddin, aktivis MAPIM[2], dan Rahim Azhari, pempengaruh media.[17]
Indonesia
Rombongan Indonesia dikenali sebagai Konvoi Keamanan Dunia Indonesia (IGPC) menjadi sebahagian daripada Sumud Nusantara dan dianggotai 26 orang relawan, aktivis, dan wartawan dalam misi kemanusian itu.[18] Antaranya ialah wartawan Republika, Bambang Noroyono, dan Thoudy Badai.[18] Timbalan Menteri Luar negeri Republik Indonesia, Anis Matta menyatakan dukungan terhadap semua bentuk kegiatan bagi kemerdekaan Palestin termasuk kegiatan IGPC.[19]
Brunei
Seorang wakil dari Brunei, Rezamaisalamah turut menyertai misi ini.[13]
Rujukan
- ^ a b c d Sani, Hidayah (2025-07-25). "Konvoi Sumud Nusantara: Lapan negara tuntut sekatan di Gaza dihentikan - The Merdeka Times" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ a b AsiaNews.it. "Sumud Nusantara: the "Asian flotilla" that wants to help the people of Gaza". www.asianews.it (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ "Ang Bayan Ngayon » Moros sail to Gaza as part of Sumud Nusantara Flotilla". PRWC | Philippine Revolution Web Central. Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ "MAPIM aktifkan SNCC, perkukuh komunikasi Misi Sumud Flotilla 2025". Astro Awani. 2025-09-25. Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ a b c d e f "Lima Sukarelawan Malaysia Sertai Misi Global Sumud Flotilla Selamat Tiba di Tunisia | Cats FM". www.catsfm.my. Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ editor, A. P. R. (2025-08-24). "Asia-Pacific activists ready to set sail with largest-ever Gaza aid flotilla | Asia Pacific Report" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-28.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ Salsabila, Farah (2025-08-22). "Hundreds of Vehicles Join Sumud Nusantara Break the Gaza Blockade Convoy from Kelantan". MINA News Agency (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ BERNAMA (2025-08-24). "Konvoi Sumud Nusantara tiba di Dataran Merdeka". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ a b "Global Sumud Flotilla 2025: Kerajaan komited hulur bantuan, gerak usaha diplomatik - Ahmad Zahid". Astro Awani. 2025-09-25. Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ Bernama (2025-09-23). "PM Anwar zahir doa tulus iringi misi Global Sumud Flotilla". TVS (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ HAIROM, NURHIDAYAH (2025-09-27). "Misi flotilla: Jong Melayu kapal baharu Sumud Nusantara sedia teruskan pelayaran menuju Gaza". Sinar Harian. Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ a b c KOSMO! (2025-09-08). "[VIDEO] Sumud Flotilla: Tiga lagi sukarelawan Malaysia tiba di Tunisia". Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ a b c d e f g Hussein, Daripada Tuan Asri Tuan (2025-09-24). "'Letupan kuat, cahaya terang itu berlaku di udara, betul-betul di atas bot disasarkan'". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ a b c d HAIROM, NURHIDAYAH (2025-09-14). "Farah Lee, ZRA termasuk 11 sukarelawan Malaysia mula belayar dari Italy menuju Gaza - Mapim". Sinar Harian. Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ HAMID, NURUL HIDAYAH (2025-09-19). "Pasukan Itali mulakan pelayaran fasa kedua menuju Gaza". Sinar Harian. Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ Izwan (2025-09-04). "Semangat 'Sumud' diterjemah jadi tindakan nyata". Harakahdaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ KOSMO! (2025-09-28). "Sumud Flotilla: Konvoi memasuki perairan antarabangsa, dron mula menghampiri". Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ a b kabartimur (2025-09-22). "Saat Gaza Satukan Perlawanan Semua Bangsa di Tunisia". Kabartimurnews.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-09-28.
- ^ Redaksi. "Kemenlu akan Lepas Enam Kapal Kemanusiaan untuk Tembus Blokade Gaza". sorotkabar.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-09-28.