Sultan Yahya Petra | |
---|---|
![]() | |
Sultan Kelantan ke-27 | |
Pemerintahan | 10 Julai 1960 – 29 Mac 1979 |
Didahului oleh | Sultan Ibrahim |
Diikuti oleh | Sultan Ismail Petra |
Pemangku raja | Tengku Ismail Petra |
Yang di-Pertuan Agong ke-6 | |
Pemerintahan | 21 September 1975 - 29 Mac 1979 |
Didahului oleh | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah |
Diikuti oleh | Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah |
Keputeraan | Tengku Yahya Petra ibni Sultan Ibrahim 10 Disember 1917 Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British |
Kemangkatan | 29 Mac 1979 Istana Negara, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 61)
Pemakaman | 30 Mac 1979 Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan |
Pasangan | Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra (k. 1939; m. 1979) Tengku Alexandria binti Tengku Yusof |
Anakanda |
|
Ayahanda | Sultan Ibrahim |
Bonda | Che Puan Besar Embong binti Daud |
Agama | Islam |
Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim (Jawi: سلطان يحيى ڤيترا ابن المرحوم سلطان إبراهيم; hidup 10 Disember 1917 - 29 Mac 1979) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-6 dan Sultan Kelantan ke-27.
Keputeraan كڤوترأن
Diputerakan pada jam 4:00 petang, Isnin 10 Disember 1917 di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan dan merupakan putera kedua bagi Sultan Ibrahim IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV dengan isteri ketiga baginda iaitu Che Puan Besar Embong binti Daud. Sultan Yahya Petra menerima pendidikan agama semasa zaman kanak-kanak ketika baginda dibesarkan oleh ayahanda saudara Baginda, Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV. Sultan Yahya Petra menerima pendidikan awal di Sekolah Francis Light, Pulau Pinang ketika berusia 14 tahun. Selepas empat tahun menuntut di sekolah ini, Almarhum Sultan Ismail menghantar baginda menuntut di England pada 1934.
Baginda berkahwin dengan Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra ketika berusia 22 tahun pada tahun 1939. Pasangan diraja ini dikurniakan seorang putera dan empat puteri. Putera tunggal Sultan Yahya Petra dan Tengku Zainab ialah Sultan Kelantan ke-28, Sultan Ismail Petra. Empat orang puteri Baginda ialah Tengku Merjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani. Baginda juga berkahwin dengan Tengku Alexandria binti Tengku Yusuf dan dikurniakan seorang putera iaitu Tengku Muhammad Petra.
Kerjaya كرجاي
Sultan Yahya Petra dianugerahkan gelaran Tengku Temenggong Kelantan dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) oleh Almarhum Sultan Ismail pada 21 Julai 1939. Untuk membiasakan diri, baginda dengan hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran, Sultan Yahya Petra telah dilantik untuk memegang pelbagai jawatan utama dalam kerajaan negeri. Baginda ialah Timbalan Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan antara 1941 hingga 1947. Pada 2 April 1944, S.P.B. dilantik sebagai Penolong Ketua Pegawai Kewangan Negeri dan pada 6 Februari 1945, Baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah Kota Bharu. Pada 1945 S.P.B. Sultan Yahya Petra dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan oleh ayahanda baginda, Sultan Ibrahim. Sultan Yahya Petra menjadi Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu pada 1 Januari 1948 hingga 31 Disember 1953.
Semasa menjadi Tengku Mahkota Kelantan, baginda turut terlibat sama dalam hal ehwal kerajaan negeri dan mengambil berat kebajikan rakyat. Semasa pemerintahan baginda (1948 - 1960), negeri Kelantan berada dalam keadaan darurat dan baginda tetap memberanikan diri dengan melawat kampung-kampung di kawasan pedalaman Kelantan.
Naik takhta ناءيق تخت
Sultan Yahya Petra ditabalkan sebagai Sultan Kelantan pada, 17 Julai 1961, dengan gelaran Sultan Yahya Petra, untuk menggantikan ayahanda baginda, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Muhammad IV. Pada 6 Oktober 1966, Sultan Yahya Petra menjadi Kolonel Panglima Briged Artileri Malaysia.
Pada 22 Julai 1970, Sultan Yahya Petra dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja. Istiadat mengangkat sumpah diadakan pada 21 September 1970. Kemudian pada 19 Jun 1975, Majlis Raja-Raja memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Semasa pemerintahan Baginda sebagai Yang di Pertuan Agong, anakanda Baginda, Tengku Ismail Petra menjadi Pemangku Raja.
Anakanda انقندا
Sultan Yahya Petra mengahwini Tengku Zainab pada 4 Jun 1939 di Kota Bharu, Kelantan dan dikurniakan seorang putera dan enam orang puteri. Namun, dua orang puteri baginda mangkat ketika masih kecil. Baginda juga mengahwini Tengku Alexandria dan dikurniakan seorang putera dan seorang puteri.[1]
Nama | Tarikh Keputeraan | Tempat Keputeraan | Tarikh Kemangkatan | Tempat Kemangkatan | Tarikh Berkahwin | Pasangan Diraja | Anakanda Mereka | Cucunda Mereka |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
YBM Dato' Tengku Merjan binti Almarhum Sultan Yahya Petra (Tengku Puan Sri Utama Raja) | 23 Februari 1940 | Tiada maklumat | 15 Oktober 2020 | (umur 80)Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan | 22 Januari 1960 | YBM Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah (Tengku Sri Utama Raja) | YBM Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam (Tengku Temenggong Kelantan) YM Datin Tengku Ramizan YM Tengku Mohamad Rizal YM Datuk Tengku Mohamad Ridzman |
9 orang cucunda |
YBM Dato' Tengku Rozan binti Almarhum Sultan Yahya Petra | 25 Disember 1942 | Tiada maklumat | Tiada | Tiada | 23 April 1969 - bercerai | YM Tengku Mohamed Nasrun bin Tengku Yusof | YBM Dato' Tengku Rozanna Petri YM Dato' Tengku Rozlynda Petri |
3 orang cucunda |
YBM Dato' Tengku Salwani binti Almarhum Sultan Yahya Petra | 26 Ogos 1944 | Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan | Tiada | Tiada | 20 Oktober 1966 - bercerai | YM Raja Aman Shah bin Raja Shahar Shah (Tengku Sri Kelana D’Raja) | YM Raja Amir Saifuddin Shah | Tiada |
YAM Tengku Rohani binti Almarhum Sultan Yahya Petra | 14 Oktober 1947 | Tiada maklumat | 31 Disember 2021 | (umur 74)Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan | Tiada | Tiada | Tiada | Tiada |
DYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra | 11 November 1949 | Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan | 28 September 2019 | (umur 69)Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan | 4 Disember 1968 | YMM Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid | KDYMM Tengku Muhammad Faris Petra (Sultan Muhammad V) YTM Tengku Muhammad Faiz Petra (Tengku Mahkota Kelantan) YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra (Tengku Bendahara Kelantan) YAM Tengku Amalin A'ishah Putri (Tengku Maharani Putri) |
5 orang cucunda |
YM Tengku Mohamed ibni Almarhum Sultan Yahya Petra | 1967 | Kota Bharu, Kelantan | 8 Jun 2025 | (umur 57–58)Kota Bharu, Kelantan | Tiada maklumat | Tiada maklumat | Tiada maklumat | Tiada maklumat |
Kemangkatan كمڠكتن
Sultan Yahya Petra mangkat akibat serangan jantung pada pukul 3:45 petang, hari Khamis 29 Mac 1979 dalam usia 61 tahun, di Istana Negara Kuala Lumpur. Baginda mangkat selepas santapan tengahari dan ketika sedang berahat bersama keluarga di Istana Negara. Jenazah Baginda telah diterbangkan ke negeri keputeraanya, Kelantan Darul Naim dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu.
Anugerah انوڬره
Honours of Kelantan
Recipient (21 July 1939) and Grand Master (1960–1979) of the Royal Family Order of Kelantan or "Star of Yunus" (DK)
Knight Grand Commander (SPMK, 9 August 1950) and Grand Master (1960–1979) of the Order of the Crown of Kelantan or "Star of Muhammad"
Knight Grand Commander (SJMK, 9 August 1959) and Grand Master (1960–1979) of the Order of the Life of the Crown of Kelantan or "Star of Ismail"
Founding Grand Master and Knight Grand Commander of the Order of the Loyalty to the Crown of Kelantan or "Star of Ibrahim" (SPSK, 10 December 1967 – 29 March 1979)
Grand Master of the Order of the Most Distinguished and Most Valiant Warrior (PYGP, 9 July 1960 – 29 March 1979)
Honours of Malaysia
Malaysia:
Recipient of Order of the Royal House of Malaysia (DKM) (1975-1979)
Recipient (17 July 1961) and Grand Master (1975-1979) of the Order of the Crown of the Realm (DMN)
- Grand Master (1975–1979) of the Order of the Defender of the Realm
Grand Master (1975–1979) of the Order of Loyalty to the Crown of Malaysia
Grand Master (1975–1979) of the Order of Merit of Malaysia
Grand Master (1979–1979) of the Order of the Royal Household of Malaysia
Grand Commander of the Order of the Defender of the Realm (SMN) – Tun (31 August 1958)[2]
Recipient of the Malaysian Commemorative Medal (Gold) (PPM) (1965)
Kedah:
Member of the Royal Family Order of Kedah (DK) (5 July 1969)
Pahang:
Member 1st class of the Family Order of the Crown of Indra of Pahang (DK I)
Perlis:
Recipient of the Perlis Family Order of the Gallant Prince Syed Putra Jamalullail (DK) (13 February 1978)
Selangor:
First Class of the Royal Family Order of Selangor (DK I) (21 July 1966)[3]
Terengganu:
Member first class of the Family Order of Terengganu (DK I) (23 June 1964)
Sarawak:
Knight Grand Commander of the Order of the Star of Hornbill Sarawak (DP) – Datuk Patinggi
Foreign
Brunei:
United Kingdom:
Honorary Companion of the Order of St Michael and St George (CMG) (1952)
Recipient of the Queen Elizabeth II Coronation Medal (1953)
Honorary Knight Grand Cross of the Order of St Michael and St George (GCMG) (1972)
Places named after him
Several places were named after him, including:
- Petra Jaya, a suburb in Kuching, Sarawak
- Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur (formerly Jalan Semarak/Jalan Henry Gurney)
- Jalan Tuanku Yahya Petra, the main road on Penang Hill
- Jalan Sultan Yahya Petra in Kota Bharu, Kelantan
- Sultan Yahya Petra Mosque in Machang, Kelantan
- SK Sultan Yahya Petra (1), a primary school in Kuala Krai, Kelantan
- SK Sultan Yahya Petra (2), a primary school in Kuala Krai, Kelantan
- SMK Sultan Yahya Petra 1, a secondary school in Kuala Krai, Kelantan
- SMK Sultan Yahya Petra 2, a secondary school in Kuala Krai, Kelantan
- Sultan Yahya Petra Bridge in Kota Bharu, Kelantan
- Sultan Yahya Petra Second Bridge in Kota Bharu, Kelantan
Lihat juga ليهت جوݢ
Rujukan
Penyandang Terdahulu | Yang di-Pertuan Agong Malaysia | Penyandang Kemudian |
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni al-Marhum Sultan Badlishah | Sultan Ahmad Shah al-Musta'in Billah ibni al-Marhum Sultan Abu Bakar |
Penyandang Terdahulu | Sultan Kelantan | Penyandang Kemudian |
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Muhammad IV | Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra |
- Penerima Seri Maharaja Mangku Negara
- Tengku Mahkota Kelantan
- Yang di-Pertuan Agong ke-6
- Sultan dan pemerintah Kelantan – Wangsa Long Yunus
- Kelahiran 1917
- Kematian 1979
- Penerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara
- Penerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia
- Sultan Kelantan abad ke-20
- Penerima Pingat Peringatan Malaysia (Emas)
- Yang di-Pertuan Agong