Shah Brunei | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sultan dan Yang di-Pertuan | |||||||||
Sultan Brunei Ke - 8 | |||||||||
Pemerintahan | 1581 - 1582 | ||||||||
Kemahkotaan | Mangkat sebelum dipuspakan | ||||||||
Pemasyhuran | - | ||||||||
Didahului oleh | Sultan Saiful Rizal | ||||||||
Diikuti oleh | Sultan Muhammad Hasan | ||||||||
Pemangku raja | - | ||||||||
Keputeraan | - - | ||||||||
Kemangkatan | 1582 - | ||||||||
Pemakaman | - Tanah Perkuburan Islam Dagang, Jalan Residensi, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam | ||||||||
Pasangan | 1 Orang | ||||||||
Isteri |
| ||||||||
Anakanda | |||||||||
| |||||||||
Ayahanda | Sultan Saiful Rizal | ||||||||
Bonda | Raja Isteri Pengiran Putri Khairani | ||||||||
Agama | Islam Sunni | ||||||||
Pekerjaan | - | ||||||||
- |
Sultan Shah Brunei merupakan Senarai Sultan Brunei/Sultan Brunei ke 8 yang memerintah dari tahun 1581 hingga tahun 1582.
Baginda merupakan putera kepada Sultan Saiful Rijal. Baginda juga merupakan antara Sultan-Sultan Brunei yang tidak lama memerintah. Ketika hayatnya, baginda berperanan dalam pengenalan serta penggunakan bedil meriam sebagai senjata di Brunei. Baginda begitu mengambil berat tentang pembuatan bedil meriam, dan juga memperkukuh kubu pertahanan Brunei, dan menyediakan persiapan untuk menghadapi serangan semula Sepanyol, selepas kekalahan Sepanyol semasa perang Kastila pada tahun 1578. Adalah dikatakan bahawa semasa baginda naik takhta, usia baginda sudah pun lanjut, maka dari itu baginda pun hanya dapat memerintah Brunei lebih kurang satu tahun sahaja dan bahkan tidak sempat dipuspakan keatas takhta secara adat istiadat. Menurut catatan sejarahwan baginda tidak mempunyai putera, maka baginda digantikan oleh adinda baginda Pengiran Muda Hasan, yang naik takhta selepas kemangkatan baginda. Dan menurut riwayat yang didapati dari Sarawak(?), Sultan Shah Brunei berkahwin dengan Dayang Seri Bulan binti Datu Marpati (Raden Dipati) bin Raden Perbaita Seri (Raja Jura). Dayang Seri Bulan ini dalam perjalanannya menuju Brunei telah jatuh sakit gering ketika berada di Miri dan lindung di Miri lalu dimakamkan di Sungai Pujut Miri.
Pada tahun 1582, menurut pertuturan cerita lisan sebahagian orang-orang lama(?), ada menyatakan Sultan Shah Brunei menyerahkan takhta Kerajaan kepada adinda baginda sebelum baginda mangkat kepada Sultan Muhammad Hasan, baginda mangkat tidak lama selepas penyerahan takhta tersebut.
Jawatan Penyandang
Penyandang Terdahulu | Sultan Brunei 1581 – 1582 |
Penyandang Kemudian |
Saiful Rijal | Muhammad Hasan |