Sultan Alaeddin Suleiman Shah | |
---|---|
Paduka Seri Al-Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Selangor Darul Ehsan Ke V | |
Sultan Selangor | |
Pemerintahan | 17 Februari 1898 - 31 Mac 1938 |
Kemahkotaan | - |
Pemasyhuran | - |
Didahului oleh | Sultan Sir Abdul Samad Shah |
Diikuti oleh | Sultan Hisamuddin Alam Shah |
Raja Muda Selangor | |
Pemerintahan | - |
Kemahkotaan | - |
Didahului oleh | Raja Musshar Asshain Shah I |
Diikuti oleh | Raja Laut |
Pemangku raja | - |
Anakanda | Tengku Musauddin Shah II Tengku Alam Shah Tengku Zahara, Tengku Permaisuri Langkat Tengku Raihani, Tengku Ampuan Brunei |
Kerabat | - |
Ayahanda | Raja Muda Raja Haji Musa Shah I ibni Almarhum Sultan Sir Abdul Samad |
Bonda | Raja Buntal Raimah binti Almarhum Raja Barkat |
Agama | Islam |
Tandatangan |
Almarhum Sultan Sir Alauddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Raja Haji Musa merupakan Sultan yang memerintah negeri Selangor, Malaysia pada tahun 1898 hingga 1938.
[1][2] Baginda adalah putera kepada Raja Muda Selangor Raja Haji Musa dan dilahirkan pada tahun 1866 di Kuala Selangor.
Semasa mudanya, baginda pernah belajar di Raffles School, Singapura dan Raja School di Kuala Lumpur.[3] Baginda telah dilantik menjadi Raja Muda pada tahun 1887 bagi mengisi kekosongan jawatan setelah kemangkatan ayahanda baginda pada tahun 1884.[4]
Keluarga
Sultan Suleiman mempunyai lima orang adinda iaitu Raja Yahya Sani, Raja 'Abdu'l Murad, Raja Muhammad Tahir, Raja Taksiah dan Raja Chik.
Baginda telah melangsungkan perkahwinan seperti berikut:-
- Mac 1891 - berkahwin dengan sepupu baginda Tunku Maharum puteri Tunku Kudin, Kedah dan Raja Arfah, puteri Sultan Abdul Samad. Hasil dari perkahwinan ini baginda dikurniakan dua orang putera, iaitu Tunku Musa'eddin, dan 4 orang puteri[5].
- 1910 - berkahwin dengan Raja Zabedah binti Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Mukhtaram Shah .[6]
- Berkahwin dengan Cik Puan Hasnah binti Pilong Makam Bandar, orang kebanyakan. Dikurniakan dua orang putera, iaitu Tengku Alam Shah, Tengku Badar Shah dan dua orang puteri.
- Berkahwin dengan Raja Fatimah binti Sultan Idris Mursyidul Azzam Shah.
Nota kaki
- ^ J.M Gullick, 2004, m/s 225
- ^ "Sultan Sulaiman Selangor : Sultan yang mengasihi ulama". Wan Mohd Shaghir Abdullah. 2005. Dicapai pada 2010-1-8.
Sultan Sulaiman lahir pada 19 Rabiul Akhir 1282 Hijrah/11 September 1865 Masihi dan mangkat pada 30 Muharam 1357 Hijrah/31 Mac 1938 Masihi. Baginda Sultan Sulaiman merupakan Sultan Selangor ke-5, yang bertahta pada tahun 1898 Masihi - 1938 Masihi, memerintah dalam masa lebih kurang 40 tahun.
line feed character in|quote=
at position 141 (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ J.M Gillick, 2004, ms 163
- ^ J.M Gillick, 2004, ms 158
- ^ J.M Gullick, 2004, ms 167 - 168
- ^ J.M Gullick, 2004, ms 174
Rujukan
- J M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9679948102.
Penyandang Terdahulu | Sultan Selangor 1898 – 1938 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Sir Abdul Samad | Sultan Hisamuddin Alam Shah |