Bandar tuan rumah | Melaka |
---|---|
Penyertaan pasukan | 15 |
Penyertaan atlet | 1,368 |
Sukan | 16 |
Acara | 314 |
Upacara pembukaan | 21 November 2010 |
Upacara penutupan | 26 November 2010 |
Pembukaan dirasmikan oleh | Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan |
Tempat upacara | Stadium Hang Jebat |
Sukan Paralimpiad Malaysia 2010 merupakan sebuah temasya sukan yang telah diadakan di Melaka dari 21 hingga 26 November 2010. Temasya ini merupakan temasya Sukan Paralimpiad Malaysia yang ke-15. Temasya ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shabery Cheek pada 21 Disember di Stadium Hang Jebat.[1]
Gelaran olahragawan terbaik dimenangi oleh Muhammad Ziyad Zolkefli dari Kuala Lumpur manakala gelaran olahragawati terbaik dimenangi oleh Nur Suhana Ramlan dari Johor.[2]
Pembangunan dan persiapan
Setiap tempat pertandingan bagi temasya ini terletak di sekitar daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah, Melaka;[3]
Daerah | Tempat | Sukan |
---|---|---|
Melaka Tengah | Stadium Hang Jebat | Boling padang, goalball, olahraga, renang |
Stadium Mini Bistari, Ayer Keroh | Boccia | |
Gelanggang Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah | Bola keranjang kerusi roda | |
Pusat Boling Antarabangsa Melaka | Boling | |
Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh | Futsal, Powerlifting | |
Melaka Marina and Harbour | Lumba layar | |
Taman Perbandaran Bukit Serindit | Lumba basikal | |
Arena Petanque Hang Jebat, Kampung Gelam | Petanque | |
Sekolah Tinggi Seri Kota, Ayer Leleh | Ping pong | |
Dewan Bestari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah | Badminton | |
Kompleks Tenis Hang Tuah Jaya | Tenis kerusi roda | |
Alor Gajah | Universiti Teknologi Mara | Catur |
Pemasaran
Logo
Logo memaparkan perkataan “Paralimpiad Malaysia” dan dimantapkan lagi dengan logo rasmi Paralimpik yang menunjukkan komitmen Majlis Paralimpik Malaysia didalam merealisasikan peranan melalui acara sukan setiap dua tahun. Logo ini melambangkan kekuatannya dan keazaman pergerakan Paralimpik di peringkat global, bagi membantu menyebarkan semangat dan idea Paralimpik kepada rakan dan taulan, jauh dan dekat. Nombor siri menunjukkan rekod cemerlang lebih dua dekad sejak 1982 menunjukkan konsistensi, kestabilan, kekuatan dan keazaman serta kesediaan Paralimpiad Malaysia untuk memainkan peranan lebih besar dan mencabar dialaf baru ini.[4]
Maskot
Maskot temasya ini merupakan seekor kancil dinamakan sebagai “JANTAN”, nama timangan remaja lelaki yang popular di Melaka. Sang kancil merupakan binatang lagenda kecil Malaysia yang terkenal dengan ketangkasan fizikal dan kecerdasan mindanya. Sang kancil merupakan lagenda dalam cerita rakyat yang memaparkan karakternya yang arif, bijaksana dan pantas berfikir untuk meloloskan dirinya daripada pelbagai situasi merbahaya, terutama ketika menghadapi ancaman musuh. Sama seperti atlet lain yang cergas sepenuhnya, atlet Paralimpik juga memiliki apa jua yang diperlukan untuk menghadapi segala cabaran. [4]
Penyertaan
Sebanyak 15 pasukan yang menyertai temasya ini melibatkan pasukan dari 13 negeri dan dua wilayah persekutuan. Kontinjen dari WP Putrajaya bertanding dalam kontinjen WP Kuala Lumpur.
Acara sukan
Terdapat 16 sukan dipertandingkan dalam temasya ini;[3]
- Badminton ( )
- Boccia ( )
- Bola keranjang kerusi roda ( )
- Boling ( )
- Boling padang ( )
- Catur ( )
- Futsal ( )
- Goalball ( )
- Lumba basikal ( )
- Lumba layar ( )
- Olahraga ( )
- Petanque ( )
- Ping pong ( )
- Powerlifting ( )
- Renang ( )
- Tenis kerusi roda ( )
Pungutan pingat
Sarawak kekal menjadi juara keseluruhan temasya diikuti Johor dan Kuala Lumpur.[2] * Tuan rumah (Melaka)
Kedudukan | Negeri | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Sarawak | 68 | 91 | 74 | 233 |
2 | Johor | 54 | 28 | 28 | 110 |
3 | Kuala Lumpur | 41 | 35 | 46 | 122 |
4 | Selangor | 31 | 25 | 28 | 84 |
5 | Melaka* | 23 | 33 | 33 | 89 |
6 | Pulau Pinang | 16 | 20 | 23 | 59 |
7 | Negeri Sembilan | 16 | 14 | 22 | 52 |
8 | Terengganu | 15 | 10 | 12 | 37 |
9 | Sabah | 11 | 7 | 7 | 25 |
10 | Kedah | 10 | 9 | 11 | 30 |
11 | Kelantan | 9 | 12 | 14 | 35 |
12 | Pahang | 7 | 5 | 8 | 20 |
13 | Perak | 5 | 8 | 10 | 23 |
14 | Labuan | 5 | 7 | 6 | 18 |
15 | Perlis | 3 | 7 | 6 | 16 |
Jumlah (15 negeri) | 314 | 311 | 328 | 953 |
Rujukan
- ^ "Majlis Perasmian Pembukaan". Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2010. Dicapai pada 18 Februari 2023.
- ^ a b https://www.nsc.gov.my/wp-content/uploads/2020/11/Buletin-MSN-Edisi-3.pdf
- ^ a b http://paralampiad.blogspot.com/2010/
- ^ a b "Logo & Maskot". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2010. Dicapai pada 18 Februari 2023.