Moto | Ke Arah Melahirkan Atlet Pekak Yang Berdisiplin, Berdaya Saing Dan Bertaraf Dunia |
---|---|
Edisi pertama | 1985 di Kuala Lumpur |
Diadakan pada setiap | dua tahun |
Edisi terakhir | 2023 di Kuala Lumpur |
Kegunaan | Kejohanan pelbagai acara untuk warga pekak di Malaysia |
Laman sesawang | Persekutuan Sukan Orang Pekak Malaysia |
Sukan Orang Pekak Malaysia atau SOPMA merupakan satu temasya sukan yang dikhaskan untuk warga pekak di seluruh Malaysia. Temasya ini dimulakan pada tahun 1985 dengan nama Kejohanan Sukan Antara Kelab Pekak (KSAKP).
Melalui temasya ini, atlet-atlet pekak yang berbakat dalam sukan dipilih mewakili negara ke beberapa temasya orang pekak peringkat antarabangsa seperti Sukan Orang Pekak Asia Tenggara, Sukan Orang Pekak Asia Pasifik dan Sukan Deaflimpik.[1]
Perlaksanaan
Pada mulanya, temasya ini dikenali sebagai Kejohanan Sukan Antara Kelab Pekak (1985 hingga 1989) dan Sukan Kebangsaan Orang Pekak (1990 hingga 2006). Temasya ini juga pada mulanya diadakan setiap tahun. Bermula pada tahun 1993, temasya ini diadakan sekali dalam dua tahun. Namun, pada tahun 2003, temasya ini mula diadakan setiap tiga tahun. Pada tahun 2012, temasya ini kembali diadakan setiap dua tahun iaitu selepas Sukan Malaysia berakhir.
Objektif
- Satu medan Untuk atlet-atlet pekak mempamerkan bakat sukan mereka.
- Sebagai landasan kepada atlet-atlet pekak berbakat untuk mewakili negara ke sukan orang pekak peringkat antarabangsa.
- Menyahut seruan kerajaan "Sukan 1 Malaysia" melalui penganjuran sukan tersebut.
- Mengeratkan hubungan persahabatan dan persaudaraan antara warga pekak yang berbilang kaum, etnik dan agama.
Sukan yang dipertandingkan
Rujukan:[2]
Penyertaan
Temasya ini melibatkan semua negeri di Malaysia. Ketiga-tiga wilayah persekutuan membentuk satu pasukan. Nama bertulisan condong merupakan bekas pasukan yang pernah menyertai temasya ini.
|
Senarai edisi
Edisi | Tahun | Tuan rumah | Bilangan kontinjen | Bilangan peserta | Bilangan sukan | Kontinjen terbaik |
---|---|---|---|---|---|---|
KSAKP I | 1985 | ![]() |
4 | 127 | 2 | ![]() |
KSAKP II | 1986 | ![]() |
5 | 100 | 2 | ![]() |
KSAKP III | 1987 | ![]() |
4 | 111 | 3 | ![]() |
KSAKP IV | 1988 | ![]() |
4 | 80 | 3 | ![]() |
KSAKP V | 1989 | ![]() |
5 | 102 | 3 | ![]() |
SKOP VI | 1990 | ![]() |
10 | 250 | 5 | ![]() |
SKOP VII | 1991 | ![]() |
9 | 320 | 7 | ![]() |
SKOP VIII | 1992 | ![]() |
10 | 325 | 6 | ![]() |
SKOP IX | 1993 | ![]() |
7 | 313 | 4 | ![]() |
SKOP X | 1995 | ![]() |
9 | 450 | 5 | ![]() |
SKOP XI | 1997 | ![]() |
8 | 330 | 5 | ![]() |
SKOP XII | 1999 | ![]() |
8 | 410 | 4 | ![]() |
SKOP XIII | 2001 | ![]() |
12 | 560 | 7 | ![]() |
SKOP XIV | 2003 | ![]() |
13 | 620 | 7 | ![]() |
SKOP XV | 2006 | ![]() |
11 | 394 | 5 | ![]() |
SOPMA XVI | 2009 | ![]() |
11 | 243 | 4 | ![]() |
SOPMA XVII | 2012 | ![]() |
16 | 600 | 5 | ![]() |
SOPMA XVIII | 2014 | ![]() |
14 | 734 | 7 | ![]() |
SOPMA XIX | 2016 | ![]() |
12 | 980 | 4 | ![]() |
SOPMA XX | 2018 | ![]() |
14 | 1000 | 5 | ![]() |
- | 2020 | Dibatalkan akibat Pandemik COVID-19 | ||||
- | 2022 | Ditangguhkan | ||||
SOPMA XXI[3] | 2023 | ![]() |
14 | 1000 | 5 | ![]() |
Rujukan:[2]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Introduction SOPMA". Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ a b "SOPMA Games". msdeaf.org.my.
- ^ "SOPMA buka tirai 3 Disember ini". Berita RTM. 2023-12-23. Dicapai pada 2023-12-23.