Fail:Berlin 1936.jpg | |
Hos Bandar | Berlin, Jerman |
---|---|
Negara | 49 |
Atlet | 3,963 (3,632 lelaki, 331 wanita) |
Acara | 129 acara dalam 19 sukan |
Pembukaan | 1 Ogos 1936 |
Penutupan | 16 Ogos 1936 |
Dibuka oleh | |
Kawah Obor | |
Stadium | Olimpik Stadium |
Musim Panas Musim Sejuk |
Sukan Olimpik Musim Panas 1936 (jerman: Olympische Sommerspiele 1936), secara rasminya dikenali sebagai Sukan Olimpik ke-XI (jerman: Spiele der XI. Olympiade) dan secara rasmi dipasarkan sebagai Berlin 1936, merupakan acara sukan pelbagai disiplin peringkat antarabangsa yang diadakan dari 1 hingga 16 Ogos 1936 di Berlin, yang ketika itu merupakan ibu negara Jerman Nazi. Berlin memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik mengatasi Barcelona dalam Mesyuarat ke-29 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 26 April 1931. Sukan Olimpik 1936 menandakan kali kedua dan terakhir IOC bermesyuarat dan mengundi di bandar yang turut membida untuk menjadi tuan rumah temasya tersebut. Peraturan kemudiannya dipinda bagi melarang bandar yang menjadi lokasi pengundian bidaan daripada dianugerahkan hak penganjuran temasya itu.olimpik pada tahun ini merupakan olimpik pertama yang disiarkan di kaca televisyen
Untuk mengatasi Sukan Olimpik Los Angeles 1932, Canselor Adolf Hitler telah membina sebuah stadium olahraga baharu yang boleh memuatkan 100,000 penonton, serta enam gimnasium dan beberapa arena kecil yang lain. Sukan ini merupakan yang pertama disiarkan melalui televisyen, dengan siaran radio mencapai 41 buah negara. Pembikin filem Leni Riefenstahl telah diberi mandat oleh Jawatankuasa Olimpik Jerman untuk merakamkan Sukan tersebut dengan kos sebanyak $7 juta. Filemnya, yang bertajuk Olympia, telah mempelopori banyak teknik yang kini menjadi kebiasaan dalam penggambaran sukan.
Jadual Pingat
Jadual Pingat Sukan Olimpik Musim Panas 1936