EW2 DT32 Stesen MRT Tampines Tampines MRT Station 淡滨尼地铁站 தெம்பினிஸ் | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Stesen Biasa | ||||||||||||||||
Lokasi | 20 Tampines Central 1 Singapura 529538 (Laluan Timur Laut) 15 Tampines Central 1 Singapura 529544 (Laluan Pusat Bandar) | |||||||||||||||
Koordinat | 1°21′9.10″N 103°56′43.16″E / 1.3525278°N 103.9453222°E | |||||||||||||||
Dimiliki oleh | Land Transport Authority (LTA) SMRT Corporation SBS Transit | |||||||||||||||
Laluan | ||||||||||||||||
Platform | Pulau | |||||||||||||||
Trek | 2 (Aktif) | |||||||||||||||
Sambungan | Bas, Teksi | |||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||
Jenis struktur | Diangkatkan (Laluan Timur Barat) Bawah Tanah (Laluan Pusat Bandar) | |||||||||||||||
Tingkat platform | 2 (Aktif) | |||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||
Kod stesen | EW2 / DT32 | |||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||
Dibuka | 16 Disember 1989 (Laluan Timur Barat) 21 Oktober 2017 (Laluan Pusat Bandar) | |||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||
Stesen MRT Tampines (EW2/DT32) ialah sebuah stesen Sistem Pengangkutan Gerak Cepat di Singapura. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 1989. Stesen ini merupakan salah satu stesen daripada Laluan Timur Barat. Stesen ini melayani kawasan Tampines dan berdekatan dengan beberapa pusat membeli-belah seperti Tampines Mall, Century Square dan Tampines 1.
Stesen ini berpertukaran dengan Laluan Pusat Bandar pada 21 Oktober 2017.
Stesen MRT Tampines merupakan salah satu stesen yang dipaparkan di dalam permainan Monopoly Edisi Singapura.
Perkhidmatan Keretapi
Destinasi | Keretapi Pertama | Keretapi Terakhir | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Isnin - Sabtu | Ahad & Cuti Awam |
Setiap Hari | ||||
Laluan Timur Barat (East West) | ||||||
ke EW1 Pasir Ris | 5.21am | 5.47am | 12.32am | |||
ke EW29 Joo Koon | 5.30am | 5.57am | 11.26pm | |||
Laluan Bandar (Downtown) | ||||||
ke DT1 Bukit Panjang | - | - | - | |||
ke DT35 Expo | - | - | - |
Reka Letak Stesen
L2 Platform |
Platform A | Laluan East West ke arah EW1 Pasir Ris (→) |
Platform B | Laluan East West ke arah EW29 Joo Koon (←) | |
L1 Perhimpunan |
Perhimpunan | Pintu Bayaran, Mesin Tiket, Kawalan Stesen |
Kedai-kedai | Tampines Xchange | |
Aras Jalanraya | Tampines Mall, Century Square, Tampines 1, Pertukaran Bas Tampines |
Perkhidmatan Bas
Perkhidmatan-perkhidmatan bas berikut disediakan di Pertukaran Bas Tampines dan beberapa perkhidmatan bas melalui perhentian-perhentian bas pada Tampines Ave 4:
Kejadian
Kegangguan Perkhidmatan 2003
Pada 8 Ogos 2003, sebuah keretapi ke arah Boon Lay mengalami keputusan elektrik pada 10.13pm dan berhenti di landasan antara Pasir Ris dan Tampines. Keretapi yang kosong digunakan untuk menarik keretapi tersebut ke stesen Tampines dan perkhidmatan bermula semula pada 10.35pm.
21 minit nanti, elektrik diputuskan lagi, sekarang di bentangan sama, tetapi di kedua-dua arah. Pekerja-pekerja boleh sahaja membaiki landasan untuk perkhidmatan ke Pasir Ris sebelum stesen ditutup. 73 penumpang terperangkap di keretapi ke barat.
Pada kedua-dua kelewatan, perkhidmatan ke timur berhenti di Tampines.
Kegangguan Perkhidmatan 2007
Kira-kira 8:58am pada 19 April 2007, sebahagian landasan dari Tampines ke Pasir Ris tidak berfungsi dengan betul. Apabila masalah tersebut sedang diperbaikikan, pekerja-pekerja SMRT terpaksa mengosongkan stesen Pasir Ris. Sebagai kesan, semua keretapi ke timur hendaklah berhenti perkhidmatan di Tampines dan berpusing balik ke Boon Lay. Penumpang-penumpang yang dilibatkan boleh mengambil perbayaran mereka balik di kaunter-kaunter TransitLink dalam masa 3 hari. Perkhidmatan biasa menyambung pada 9.28am.
Kecederaan 2007
Pada 11.00am 7 Mei 2007, seorang lelaki berumur kira-kira 50 tahun terketuk kepalanya di keretapi yand sedang datang dan dapat kakinya terperangkap di dalam jurang antara platform dan keretapi. Perkhidmatan ke barat ditangguh untuk 8 minit.[1]
Kematian 2007
Pada 7 Ogos 2007, seorang lelaki Cina yang berumur 48 tahun terjatuh ke atas landasan ke barat. Dia telah diumumkan mati pada 6.45pm.
Kegangguan Perkhidmatan 2008
Pada 21 Januari 2008, sebuah keretapi digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang memperbaiki landasan dari Tampines ke Simei berosak, menyebabkan ketangguhan perkhidmatan dari Pasir Ris ke Tanah Merah dari 5.28am sehingga 12.45pm ke kedua-dua arah, terlibatkan 57,000 komuter.[2]
Rujukan
- ^ "Man's feet caught in platform gap at Tampines MRT Station". Channel NewsAsia. 7 May 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-09. Dicapai pada 2011-10-11.
- ^ "57,000 affected by seven-hour MRT train disruption". Channel NewsAsia. 21 January 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-22. Dicapai pada 2011-10-11.