TE15
Great World 大世界 கிரேட் வோர்ல்ட் Great World | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Stesen Sistem Pengangkutan Gerak Cepat | |||||||||||
Lokasi | 351 River Valley Road Singapore 238384 | ||||||||||
Koordinat | 1°17′42″N 103°50′01″E / 1.2950°N 103.8337°EKoordinat: 1°17′42″N 103°50′01″E / 1.2950°N 103.8337°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Penguasa Pengangkutan Darat | ||||||||||
Dikendalikan oleh | SMRT Trains (SMRT Corporation) | ||||||||||
Laluan | |||||||||||
Platform | 2 (1 platform tengah) | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bawah | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Ya | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Akan dibuka | 2022 | ||||||||||
Dielektrikkan | Yes | ||||||||||
Nama lama | Kim Seng, River Valley | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen MRT Great World ialah sebuah stesen Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) bawah tanah yang dimiliki sepenuhnya oleh SMRT Trains. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Laluan MRT Thomson-Pantai Timur dan ia terlertak di River Valley dan kawasan perancangan Sungai Singapura, Singapura. Nama stesen diambil dari pusat membeli-belah Great World di mana ia terletak berhampiran dengannya.[1]
Sejarah
Nama stesen ini mula diumumkan pada 29 Ogos 2012 sebagai sebahagian daripada jajaran laluan Thomson oleh Penguasa Pengangkutan Darat Singapura.[2] Pada 15 Ogos 2014, laluan Thomson dan Laluan Wilayah Timur telah digabungkan bersama-sama, lalu membentuk laluan MRT Thomson-Pantai Timur, dengan stesen MRT Great World kini adalah sebahagian daripada Fasa 3 yang terdiri daripada 13 stesen antara stesen Mount Pleasant dan Gardens by the Bay.[3][4] Kontrak untuk reka bentuk dan pembinaan stesen serta terowong yang berkaitan telah diberikan kepada Kontraktor Tiong Seng dan Kejuruteraan Geologi Dongah (cawangan Singapura) sebagai usaha sama pada jumlah S$316 juta pada Mei 2014 lalu. Pembinaan stesen dijangka akan siap pada tahun 2022.[5] Tiga nama telah dicadangkan untuk stesen ini iaitu; 'Great World', 'Kim Seng' dan 'River Valley'. Pada 27 Jun 2014, nama Great World telah disahkan sebagai nama stesen tersebut.[6]
Insiden
Pada 19 Disember 2015 kira-kira jam 5.30 petang Waktu Piawai Singapura, seorang pekerja binaan berwarganegara Bangladesh maut akibat baldi ekskavator itu tercabut dan menimpanya. Mangsa telah memandu ekskavator sebelum kemalangan itu. Dia telah dibawa ke Hospital Besar Singapura untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan meninggal dunia semasa ketibaan di sana.[7] Pada 11 Jun 2015 jam 10.40 pagi, penduduk di sekitar Bukit Merah, Outram, Tanjong Pagar dan Tiong Bahru terjejas akibat gangguan Internet yang disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan secara tidak sengaja merosakkan bahagian kabel gentian optik semasa menjalankan kerja-kerja cerucuk di Jalan Kim Seng. Gangguan itu berlarutan hingga lebih lapan jam dan menjejaskan semua penyedia perkhidmatan Internet utama di Singapura. Dalam satu kenyataan yang berasingan, Penguasa Pengangkutan Darat memohon maaf atas gangguan itu.[8]
Rujukan
- ^ "TSL System Map & Station Footprints". Land Transport Authority. Dicapai pada 29 Ogos 2012.
- ^ "Speech by Mr Lui Tuck Yew, Minister for Transport, at the Inspection of Downtown Line 1 Station and Announcement of Thomson Line alignment, 29 August 2012, 10.00am at Telok Ayer Station". Ministry of Transport. 29 Ogos 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2012. Dicapai pada 29 Ogos 2012.
- ^ "Joint News Release by the Land Transport Authority & Singapore Land Authority - Thomson-East Coast Line: New MRT Links in the East | Press Room | Land Transport Authority". 19 Ogos 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Ogos 2014. Dicapai pada 13 Februari 2020.
- ^ "LTA | Upcoming Projects | Rail Expansion | Thomson-East Coast Line". 13 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 February 2020. Dicapai pada 13 Februari 2020.
- ^ "LTA | News Room | News Releases | LTA Awards Four Contracts for Thomson Line's Orchard Boulevard, Great World, Outram Park and Shenton Way Stations". 13 February 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Februari 2020. Dicapai pada 13 February 2020.
- ^ "Thomson Line Station Names Finalised". www.lta.gov.sg. 27 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2020. Dicapai pada 7 Januari 2020.
- ^ "Worker dies after excavator bucket falls on him". The Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 December 2015. Dicapai pada 22 December 2015.
- ^ Kumar, Chitra (11 Jun 2015). "Singtel, StarHub, M1 and MyRepublic customers affected by NetLink Trust's fibre infrastructure damage". The Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
Pautan luar
- Kategori berkenaan Stesen MRT Great World di Wikimedia Commons