EW12 DT14 Stesen MRT Bugis Bugis MRT Station 武吉士地铁站 பூகிஸ் | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Stesen Pertukaran | ||||||||||||||||
Lokasi | 220 Victoria Street Singapura 188022 (Laluan Timur Barat) 191 Rochor Road Singapura 188476 (Laluan Pusat Bandar) | |||||||||||||||
Koordinat | 1°18′01″N 103°51′22″E / 1.300194°N 103.85615°E | |||||||||||||||
Dimiliki oleh | Land Transport Authority (LTA) SMRT Corporation SBS Transit | |||||||||||||||
Laluan | ||||||||||||||||
Platform | Pulau | |||||||||||||||
Trek | 2 (Aktif) | |||||||||||||||
Sambungan | Bas, Teksi | |||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||
Jenis struktur | Bawah Tanah | |||||||||||||||
Tingkat platform | 3 (Aktif) | |||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||
Kod stesen | EW12 / DT14 | |||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||
Dibuka | 4 November 1989 (Laluan Timur Barat) 22 Disember 2013 (Laluan Pusat Bandar) | |||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||
Stesen MRT Bugis (EW12/DT14) merupakan salah sebuah stesen di Laluan MRT Timur Barat dan Laluan Pusat Bandar di Singapura.
Stesen ini terletak berdekatan pusat beli-belah Bugis Junction, berhubung dengan stesen melalui Exit C. Stesen ini sentiasa sibuk disebabkan banyak pusat beli-belah berdekatan stesen, termasuk Iluma, Sim Lim Square, Bugis Village, Bugis Junction, Perpustakaan Negara Singapura, Kampong Glam, Nanyang Academy of Fine Arts dan LASALLE College of the Arts.
Stesen ini dibuka pada 4 November 1989 di Laluan Timur Barat. Stesen ini menjadi stesen pertukaran apabila stesen ini mula beroperasi di Laluan Pusat Bandar pada 22 Disember 2013.
Perkhidmatan kereta api
Destinasi | Keretapi Pertama | Keretapi Terakhir | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Isnin - Sabtu | Ahad & Cuti Awam |
Setiap Hari | ||||
Laluan Timur Barat (East West) | ||||||
ke EW1 Pasir Ris | 6.01am | 6.28am | 12.10am | |||
ke EW29 Joo Koon | 5.52am | 6.18am | 11.47pm | |||
Laluan Pusat Bandar (Downtown) | ||||||
ke DT1 Bukit Panjang | - | - | - | |||
ke DT35 Expo | - | - | - | |||
ke DT19 Chinatown | - | - | - |
Reka letak stesen
L1 Jalanraya |
Aras Jalanraya | Bugis Junction, Golden Landmark, Hospital Raffles |
B1 Perhimpunan |
Perhimpunan | Pintu Bayaran, Mesin Tiket, Kawalan Stesen |
Kedai-kedai | Kedai Perubatan Guardian | |
B2 Platform |
Platform A | Laluan East West ke arah EW1 Pasir Ris (→) |
Platform B | Laluan East West ke arah EW29 Joo Koon (←) |
Laluan keluar
- A - Church of Our Lady of Lourdes, Fu Lu Shou Complex, OG Albert Complex, Sim Lim Square, Sim Lim Towers, Queen Street Bus Terminal, Sri Krishnan Temple, Stamford Arts Centre, The Bencoolen & tidak sesuai untuk kerusi roda
- B - Raffles Hospital, The Golden Landmark, Village Hotel Bugis & sesuai untuk kerusi roda
- C - Bugis Junction, Bugis+, Bugis Village, Hotel Inter-Continental Singapore, Ibis Singapore on Bencoolen, Mercure Singapore Bugis, National Design Centre, National Library, Saint Joseph’s Church & tidak sesuai untuk kerusi roda
- D - Istana Kampong Glam, Malay Heritage Centre, Pan Pacific Serviced Suites Beach Road, Parkroyal@Beach Road, Parkview Square, Shaw Tower, Sultan Mosque, The Concourse, The Gateway (East / West), The Plaza & sesuai untuk kerusi roda
- E - Andaz Singapore, Duo Residences, Duo Tower, Duo Galleria, Parkroyal@Beach Rd, Pan Pacific Serviced Suites Beach Rd, Shaw Towers, The Gateway (East/West), The Plaza, The Concourse & sesuai untuk kerusi roda
- F - Andaz Singapore, Duo Residences, Duo Tower, Duo Galleria, Parkroyal@Beach Rd, Pan Pacific Serviced Suites Beach Rd, Shaw Towers, The Gateway (East/West), The Plaza, The Concourse & sesuai untuk kerusi roda
Perkhidmatan bas
Perkhidmatan bas berikut melalui hentian bas di Victoria Street:
Kejadian
Kemalangan 2007
Pada 27 December 2007, kaki seorang remaja berumur 15 tahun bernama Teo Boon Hwee telah terperangkap di antara ruang platform dan gerabak tren. Hal ini menyebabkan perkhidmatan tren tergendala pada waktu puncak petang ke arah Joo Koon dari Aljunied ke Outram. Walau bagaimanapun, beliau tidak mendapat kecederaan yang serius dan telah dibawa ke Hospital Umum Singapura untuk rawatan lanjut.[1]
Gangguan Perkhidmatan Pada 2011
Pada 21 Januari 2011 jam 3.30p.m., kira-kira 630 penumpang dikehendaki turun dari tren di stesen MRT Bugis apabila salah satu gerabak tren berasap. Pihak SMRT berkata bahawa asap tersebut mungkin disebabkan oleh kebocoran gas dari pendingin hawa. Walau bagaimanapun asap tersebut tidak membahayakan.[2]
Rujukan
- ^ "Girl's leg caught in MRT platform gap". Channel NewsAsia. 2007-12-28.
- ^ "Some 630 alight from MRT train when smoke detected". Channel NewsAsia. 2011-01-21.