![]() | |
Lokasi | 7, avenue des Castelans 98000 Fontvieille, Monaco |
---|---|
Transit awam | ![]() Routes 600 dan 601, ZOU! Région Sud ![]() |
Pemilik | Monaco |
Pentadbir | Monaco |
Kapasiti | 16,360[1] |
Rekod kehadiran | 20,000 (AS Monaco vs U.C. Sampdoria, 3 April 1990) |
Saiz Padang | 105 × 68 metres (344 ft × 223 ft) |
Permukaan | Padang Hibrid |
Papan Markah | Ya |
Pembinaan | |
Dibina | May 1981 (current) |
Dibuka | 1939 (original) 25 January 1985 (current) |
Tuan rumah | |
AS Monaco (Ligue 1) (1985–Kini) | |
Laman sesawang | |
http://www.stadelouis2.mc/ |
Stade Louis II ( , har. Stadium Louis II ), atau ringkasnya Louis II ialah sebuah stadium pelbagai guna di yang terletak di daerah Fontvieille di Monaco. Stade Louis II digunakan untuk acara Olahraga dan bola sepak. Ia adalah stadium tuan rumah AS Monaco FC . Stadium ini terkenal dengan sembilan lengkungan tersendiri yang terletak di bahagian penonton lawan. [2] Arena ini juga digunakan untuk Herculis, iaitu kejohanan olahraga dalam Liga Diamond . S [3] Disebabkan keluasan Monaco yang kecil, stadium ini merupakan satu-satunya stadium bola sepak dan olahraga di negara tersebut.
Sejarah
Stade Louis II yang asal telah dibuka pada tahun 1939 sebagai tuhan rumah AS Monaco . Kemudian ia dirobohkan dan dibina semula. Kompleks yang baru ini telah dirasmikan pada 25 Januari 1985 oleh Rainier III.
Kemudahan
Stadium Tertutup Salle Gaston Medecin terletak di di bwah tempat duduk stadium bola sepak ini . Salle Gaston Médecin mampu menganjurkan permainan bola keranjang, bola tampar , bola baling, judo, lawan pedang, serta pertandingan angkat berat dan gimnastik . Ia mempunyai kapasiti tempat duduk 5,000 orang untuk permainan bola keranjang dan konsert .
Kompleks stadium ini, selain stadium bola sepak dan trek olahraga serta Salle Gaston Médecin,turut menepatkan pusat akuatik Prince Albert II, sebuah kompleks pejabat yang besar, serta Universiti Antarabangsa Monaco (IUM), yang memberi tumpuan dalam pendidikan perniagaan.
Galeri
-
Pandangan atas stadium
-
Lengkungan Stadium Louis II
-
exterior stadium
-
Stadium Tertutup Salle Gaston Medecin terletak di stadium ini
Rujukan
- ^ "Presentation of the Stade Louis-II". AS Monaco. Dicapai pada 14 January 2020.
- ^ "Monaco have plenty of money and ambition but not many supporters". The Guardian. 21 September 2013. Dicapai pada 9 May 2019.
- ^ "Prague celebrates 2013 Super Cup honour". UEFA. Dicapai pada 14 January 2020.