![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Indonesia. (Julai 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Umum | |
---|---|
Pengarang | Chugong |
Negara | Korea Selatan |
Bahasa | Korea |
Genre | Laga, Fantasi |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Tarikh penerbitan |
|
Jenis media | Novel |
Solo Leveling (tajuk antarabangsa dalam bahasa Inggeris, tajuk asal dalam Korea: 나 혼자만 레벨업, rumi: Na Honjaman Level Up, lit. '"Hanya Saya Sendiri yang Naik Tahap"') adalah novel berbahasa Korea asal Korea Selatan dikaryakan oleh Chugong. Novel ini awalnya diterbitkan dalam bentuk dalam talian di laman khidmat komik dan cereka digital KakaoPage milik syarikat Kakao pada tanggal 25 Julai 2016. Setelah itu, novel ini dibukucetakkan dalam bentuk novel ringan oleh D&C Media di bawah label dagang Papyrus pada tanggal 4 November 2016. Novel ini kemudian dilisensikan dalam bentuk novel web berbahasa Inggeris dengan judul Only I Level Up dalam format novel sesawang dan dalam bentuk novel cetak berbahasa Inggris oleh penerbit Yen On.
Novel ini diadaptasikan ke dalam bentuk komik berbahasa Korea dengan judul yang sama dan diilustrasikan oleh Dubu (nama asli: Jang Sung-rak; 장성락, Jang Seong-rak) dengan saduran oleh h-goon (nama asli: Hyun Goon; 현군, Hyeon Gun); manhwa ini pertama kali diterbitkan secara dalam talian di KakaoPage pada 4 Mac 2018. Musim pertama edaran manhwa ini berakhir pada tanggal 19 Mac 2020, sementara musim keduanya mula terbit pada tanggal 1 Ogos 2020. Manhwa ini tamat kemaskini ceritanya pada tanggal 29 Disember 2021 dengan berjumlah 179 buah bab keseluruhannya; setiap bab ini kemudian diterbitkan secara cetak oleh D&C Media menjadi tiga jilid pada bulan Julai 2020.
Permainan video berdasarkan novel tersebut saat ini sedang dikembangkan oleh syarikat Netmarble Corp. Adaptasi dramanya juga sedang dihasilkan pada ketika ini.[1] Pada 3 Julai 2022, sebuah adaptasi anime berbentuk siri televisyen dihasilkan A-1 Pictures diarahkan Shunsuke Nakashige dengan skrip nukilan Noboru Kimura, reka watak oleh Tomoko Sudo dan muzik gubahan Hiroyuki Sawano diumumkan Crunchyroll semasa acara Anime Expo 2022 yang diadakan di Los Angeles, California, Amerika Syarikat; adaptasi ini bakal dikeluarkan pada tahun 2023.[2]
Watak
- Sung Jin-woo
- Disuarakan oleh: Taito Ban[3] (Bahasa Jepun), Aleks Le[4] (Bahasa Inggeris)
- Nama Jepun: Shun Mizushino (水篠 旬, Mizushino Shun)
- Sung Jin-woo ialah protagonis siri ini. Pada awalnya seorang pemburu kelas E yang terkenal lemah, dia mendapat peluang seumur hidup selepas dipilih sebagai Pemain Sistem oleh The Architect (pengikut Ashborn) dan mampu berkembang dalam kekuatan tanpa had, berbeza dari pemburu lain.
- Mengambil kesempatan daripada kuasa baharunya, Jin-woo bangkit sebagai manusia paling kuat. Shadow Monarch sebelum dia, Ashborn, memilih dan melatihnya melalui Sistem dan dipersiapkan sebagai sang penerus.
Shadow Army
Ras yang dibangkitkan oleh kuasa sang Raja Bayangan, berasal pengekstrakan mana kedua-dua raksasa dan pemburu. Tidak seperti summon daripada pemburu lain, mereka mampu berkembang, dan berbicara.
- Igris
- Igris, Blood Red Commander, adalah seorang kesatria berpangkat tinggi dengan ilmu pedang yang luar biasa dan kesetiaan pada tuannya, memegang jawatan marshal yang menyaingi Beru tetapi pangkatnya berada di bawah Bellion. Igris pernah berkhidmat kepada Shadow Monarch yang lama, Ashborn semasa perangnya dengan Ruler berabad-abad dahulu. Sebelum Ashborn maut, dia diberi tugas untuk menguji penerusnya dalam pertarungab apabila telah tiba masanya. [5]
- Beru
- Beru ialah bayangan semut yang telah diekstrak daripada Raja Semut, monster kelas-S. Beru dengan mudahnya mengalahkan semua pemburu kelas-S, membunuh Goto Ryuji dan menyakiti Cha Hae-In, sebelum Jinwoo menjadikannya bawahan.
- Tusk
- Bayangan dari High Orc, sebelumnya ialah Kargalgan, monster kelas-A.
- Iron
- Iron adalah bayangan dari Kim Chul. Semasa Jinwoo bertarung dengan Barca/Barcelona, Kim Chul mencuba membunuh Jinwoo dari belakang.
- Bellion
- Bellion adalah bawahan paling kuat Ashborn dan dia memegang jawatan Grand Marshal.
- Ada 9 Monarch dalam Solo Leveling:
- Antares the Dragon Monarch
- Ashborn the Shadow Monarch
- Baran the Demon Monarch
- Rakan the Beast Monarch
- Silad the Frost Monarch
- Tarnak the White Flames Monarch
- Legia the Monarch of the Beginning
- Querehsha the Monarch of the Plagues
- Yogumunt the Monarch of Transfiguration
Solo Leveling: Ragnarok
Pada Mac 2023, Kakao mengumumkan bahawa sekuel bertajuk Solo Leveling: Ragnarok sedang dalam perancangan. Novel web itu mula diterbitkan oleh KakaoPage pada 10 April 2023.[6][7]
Sekuel mengambil cerita selepas perkahwinan Sung Jin-woo dan Chae Hae-in di Solo Leveling. Sung Su-ho, anak kepada Sung Jin-woo mewarisi kuasa bayangan bapanya sebagai Putera Mahkota Shadow Monarch. Namun, kuasa dan ingatannya dikunci semasa kecil. Su-ho menjalani hari-hari seperti anak lain yang normal. Tetapi apabila Gates yang telah tertutup kembali buka semula di seluruh dunia, Su-ho yang kini berumur 22 tahun tiba-tiba dipilih sebagai Pemain oleh Sistem misterius. Su-ho mesti menjadi seorang Pemburu untuk menghadapi ugutan baharu, dengan menghilangnya kedua orang tuanya, ia sendiri yang harus bersemuka.[8]
Novel web ini ditulis oleh Daul, yang mengganti peran Chugong, penulis novel web Solo Leveling yang asal. Chugong mendedahkan dia memutuskan untuk menyokong Daul, berkata dia masih mengalami emosi yang sama yang dia rasakan ketika mula-mula menulis siri novel web asal.[9] 105 bab pertama terbit di KakaoPage pada 10 April 2023.[7]
Adaptasi webtoon ditayangkan pada 1 Ogos 2024, dibangunkan oleh Redice Studio.
Rujukan
- ^ "Korea's webtoon Solo Leveling on path to be adapted to game, drama, film". Pulse by Maeil Business News (dalam bahasa Inggeris). 2021-04-14. Dicapai pada 2022-01-01.
- ^ Dong, Bamboo (July 3, 2022). "Crunchyroll Unveils Solo Leveling, Tomo-chan Is a Girl! Anime". Anime News Network. Dicapai pada July 3, 2022.
- ^ Cayanan, Joanna (July 4, 2023). "Solo Leveling Anime Reveals Main Cast". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada July 4, 2023. Dicapai pada July 4, 2023.
- ^ Mateo, Alex (November 17, 2023). "Crunchyroll Announces True Beauty Anime, Streams Delusional Monthly Magazine, Senpai wa Otokonoko, More Anime". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada November 17, 2023. Dicapai pada November 17, 2023.
- ^ Animepapa, Animepapa (March 14, 2024). "Sung Jin Woo vs Igris – Who Would Win?". Animepapa. Dicapai pada 14 March 2024.
- ^ Peters, Megan (April 2, 2023). "Solo Leveling Sequel Announced". ComicBook.com. Diarkibkan daripada yang asal pada April 5, 2023. Dicapai pada April 5, 2023.
- ^ a b Valdez, Nick (April 10, 2023). "Solo Leveling Sequel Debuts With 100+ Chapters". ComicBook.com. Diarkibkan daripada yang asal pada April 11, 2023. Dicapai pada April 11, 2023.
- ^ Sayyed, Rayan (April 3, 2023). "Solo Leveling Spin-Off Webtoon Announced, Here's Who It Will Focus On". IGN India. Diarkibkan daripada yang asal pada June 1, 2023. Dicapai pada April 7, 2023.
- ^ Leung, Hilary (April 10, 2023). "Solo Leveling Spinoff Featuring Jinwoo's Son Celebrates Release With Trailer". Comic Book Resources. Diarkibkan daripada yang asal pada September 20, 2023. Dicapai pada April 11, 2023.