SmartTAG (Jawi: سمرتتيݢ ) atau Sistem Membayar Automatik Rangkaian Tol (Jawi: سيستم ممباير اءوتوماتيک رڠکاين تول ) adalah alat pemancar data inframerah dan sistem pembayaran elektronik tambahan pandu terus dalam kenderaan yang berfungsi bersama Touch 'n Go, sistem pembayaran elektronik kad pintar tanpa sentuh. Ia digunakan secara khusus untuk pembayaran tambang tol di lebuh raya.[1]
Latar belakang
SmartTAG dibangunkan sepenuhnya oleh Teras Teknologi Sdn. Bhd. dan dipasarkan oleh Rangkaian Segar.
Sebelum pengenalan SmartTAG, terdapat pelbagai jenis sistem kutipan tol elektronik pandu terus seperti FasTrak, PLUS TAG dan Saga TAG. SmartTAG mula diperkenalkan pada 15 Mac 1999 apabila PLUS Expressways Berhad mengantikan sistem kutipan tol elektronik pandu terus PLUS TAG di lebih 20 buah plaza tol sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan kemudian diperluaskan ke 4 buah plaza tol Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah.
Pada bulan Disember 2003, kerajaan Malaysia telah mengarahkan semua pengendali lebuh raya bertol bertukar kepada kemudahan sistem pembayaran elektronik SmartTAG dan Touch 'n Go bagi mengantikan semua sistem kutipan tol elektronik pandu terus yang lain bagi memudahkan para pengguna. Keputusan tersebut secara tidak langsung menjadikan Rangkaian Segar Sdn. Bhd. satu-satunya pengendali kutipan tol elektronik di Malaysia pada Julai 2004.
Ciri-ciri SmartTAG
Kegunaan
Tambang tol
Kegunaan utama SmartTAG adalah untuk membayar tambang tol melalui sistem kutipan tol elektronik pandu terus. Di Malaysia, terdapat dua jenis sistem tol iaitu sistem tol tertutup dan terbuka.
Sistem tol tertutup
Sistem tol tertutup memerlukan pengguna lebuh raya mengambil tiket transit di plaza tol masuk dan membuat bayaran tambang tol di plaza tol keluar. Kadar bayaran tambang tol ditentukan mengikut jarak pemanduan pengguna di lebuh raya. Bagi pengguna lebuh raya yang menggunakan kemudahan SmartTAG, pengguna hanya perlu memandu masuk dan keluar di lorong pandu lalu SmartTAG di plaza-plaza tol yang berkenaan.
Panduan pembayaran
Berikut adalah panduan pembayaran tambang tol menggunakan SmartTAG di lebuh raya sistem tol tertutup.
- Plaza Tol Masuk
- Pastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi
- Pasangkan SmartTAG pada alat pendakap di bahagian tengah cermin hadapan kenderaan
- Pandu masuk ke lorong SmartTAG yang dibuka
- Pastikan jarak keselamatan minimum 2 meter dari kenderaan di hadapan
- Kurangkan kelajuan kenderaan pada sekitar 20 km/j sebelum menghampiri zon pengimbas
- Tunggu SmartTAG mengeluarkan bunyi "beeb"
- Baki kad dipaparkan di panel paparan tambang tol
- Penghadang tol automatik akan terbuka
- Teruskan perjalanan
- Plaza Tol Keluar
- Pandu masuk ke lorong SmartTAG yang dibuka
- Pastikan jarak keselamatan minimum 2 meter dari kenderaan di hadapan
- Kurangkan kelajuan kenderaan pada sekitar 20 km/j sebelum menghampiri zon pengimbas
- Tunggu SmartTAG mengeluarkan bunyi "beeb"
- Tambang tol dan baki kad baru dipaparkan di panel paparan tambang tol
- Penghadang tol automatik akan terbuka
- Teruskan perjalanan
Lebuh raya sistem tol tertutup
Berikut adalah senarai lebuh raya sistem tol tertutup yang menyediakan kemudahan SmartTAG.
- Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan Lebuhraya Utara-Selatan
- Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara Lebuhraya Baru Lembah Klang
- Lebuhraya Utara–Selatan Lingkaran Tengah Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah
- Lebuhraya Pantai Timur Lebuhraya Pantai Timur
Sistem tol terbuka
Sistem tol terbuka memerlukan pengguna lebuh raya membayar tambang tol di setiap plaza tol yang dilalui pengguna. Kadar tambang tol adalah kadar tetap yang ditentukan oleh pengendali lebuh raya. Bagi pengguna lebuh raya yang menggunakan kemudahan SmartTAG, pengguna hanya perlu memandu masuk dan keluar di lorong pandu lalu SmartTAG di setiap plaza tol yang dilalui.
Panduan pembayaran
Berikut adalah panduan pembayaran tambang tol menggunakan SmartTAG di lebuh raya sistem tol terbuka.
- Plaza Tol
- Pastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi
- Pasangkan SmartTAG pada alat pendakap di bahagian tengah cermin hadapan kenderaan
- Pandu masuk ke lorong SmartTAG yang dibuka
- Pastikan jarak keselamatan minimum 2 meter dari kenderaan di hadapan
- Kurangkan kelajuan kenderaan pada sekitar 20 km/j sebelum menghampiri zon pengimbas
- Tunggu SmartTAG mengeluarkan bunyi "beeb"
- Tambang tol dan baki kad baru dipaparkan di panel paparan tambang tol
- Penghadang tol otomatik akan terbuka
- Teruskan perjalanan
Lebuh raya sistem tol terbuka
Berikut adalah senarai lebuh raya sistem tol terbuka yang menyediakan kemudahan SmartTAG.
- Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara Jambatan Pulau Pinang
- Lebuhraya Hubungan Kedua Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura
- Lebuhraya Shah Alam Lebuhraya Shah Alam
- Lebuhraya Cheras–Kajang Lebuhraya Cheras-Kajang
- Lebuhraya Pantai Timur Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
- Lebuhraya Sungai Besi Lebuhraya Sungai Besi
- Lebuhraya Pantai Baharu Lebuhraya Pantai Baru
- Lebuhraya Damansara–Puchong Lebuhraya Damansara-Puchong
- Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur
- Lebuhraya Butterworth–Kulim Lebuhraya Butterworth-Kulim
- Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang
- Lebuhraya Sprint Lebuhraya Penyuraian Trafik KL Barat
- Lebuhraya Seremban–Port Dickson Lebuhraya Seremban-Port Dickson
- Lebuhraya Koridor Guthrie Lebuhraya Koridor Guthrie
- Terowong SMART Terowong SMART
Tambah nilai
SmartTAG berfungsi bersama dengan kad Touch 'n Go. Oleh yang demikian pengguna SmartTAG perlu memastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi bagi memastikan kelancaran sistem SmartTAG. Bagi kaedah tambah nilai kad Touch 'n Go, sila rujuk halaman Touch 'n Go.
Rujukan
Pautan luar
- (Bahasa Inggeris) - Laman rasmi Teras Teknologi Sdn Bhd Diarkibkan 2017-11-25 di Wayback Machine