Tatanka Iyotake (dilahirkan sebagai Hunkesni, Slow, dan lebih terkenal sebagai Sitting Bull, c. 1831 - 15 Disember 1890) merupakan ketua Peribumi Amerika kumpulan Hunkpapa Sioux (lihat Lakota), yang mengetuai 3,500 pejuang Sioux dan Cheyenne menentang Pasukan berkuda US ke 7 ( US 7th Cavalry ) di bawah George Armstrong Custer dalam Pertempuran Tanduk Besar Kecil ( Battle of Little Bighorn ) pada 25 Jun 1876. Walaupun dia tidak terbabit secara langsung dalam pertempuran, ketua-ketua lain mendapat semangat dari mimpi yang dialami oleh Tatanka Iyotake di mana sekumpulan askar Amerika terserempak ke dalam kemnya.
Dituduh bersalah atas penyembelihan yang berlaku, Tatanka Iyotake mambawa kaumnya ke Kanada, di mana mereka tinggal sehingga tahun 1881, apabila pada Julai 20 dia membawa kumpulan pelarian terakhirnya untuk menyerah kepada tentera Amerika Syarikat di Fort Buford di Montana. Kerajaan AMerika Syarikat bagaimanapun memberikan dia pengampunan.
Pada akhir hidupnya, Tatanka Iyotake mengembara bersama Pertunjukan Liar Barat ( Wild West Show ) bersama Buffalo Bill Cody di mana dia merupakan tarikan ramai. Sering kali apabila disuruh berucap, dia sering menyumpah mereka dalam bahasa asli bahasa Lakota dengan diiringi tepukan gemuruh para penonton.
Pada penghujung hayatnya, Tatanka Iyotake tertarik kepada tarian Hantu mistik sebagai cara menghalau penjajah dari tanah kaumnya. Tindakannya di anggap sebagai ancaman oleh kerajaan Amerika Syarikat dan sekumpulan polis Indian di hantar untuk menahannya. Dalam pergelutan yang berlaku, Tatanka Iyotake dan anaknya Crow Foot dibunuh.