Sinan Ismail | |
---|---|
Kelahiran | Sinan bin Che Ismail 11 Ogos 1981 |
Pendidikan | Ijazah Jurusan Matematik |
Pusat pendidikan | Universiti Sains Malaysia (USM) |
Pekerjaan | Juruanimasi, pengarah |
Tahun aktif | 2004–kini |
Karya terkenal | |
Pasangan | Nuown Zainal |
Anak-anak | 2 |
Sinan Che Ismail (lahir 11 Ogos 1981) ialah seorang juruanimasi Malaysia. Beliau ialah pengasas bersama syarikat animasi Digital Durian, yang terkenal dengan siri animasi Didi & Friends dan Omar & Hana. Beliau juga ialah pengasas Durioo, pemula teknologi yang berfokus kepada kandungan berunsur Islam.[1]
Pada Mac 2021, Sinan memperoleh kawalan penuh ke atas Digital Durian dan membeli saham 50% milik rakan pengasasnya, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian. Sebulan kemudian, Hairulfaizalizwan meninggalkan Digital Durian.
Kehidupan awal
Sinan dibesarkan oleh ibu bapanya yang merupakan warga pendidik.[2] Beliau merupakan pemegang ijazah jurusan Matematik di Universiti Sains Malaysia (USM).[3]
Kerjaya
Pada tahun 2008, Sinan bersama-sama dengan rakannya, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian menubuhkan Digital Durian pada mulanya hanya memfokuskan kepada perkhidmatan multimedia, yang mana permintaan klien ialah penerbitan karya digital seperti kandungan e-Learning, video multimedia, animasi 3D untuk industri korporat dan sebagainya.[3] Kemudian, mereka menerokai pasaran perniagaan kepada pengguna dengan Durian Kahwin, platform dagangan perkahwinan sehenti untuk kad jemputan, hadiah pintu dan perkahwinan yang bergaya.
Namun, Sinan dan dan rakannya, Hairul menyedari bahawa ini bukan minat mereka. Pada tahun 2012, kedua-duanya dianugerahkan geran RM50,000 selepas mengambil bahagian dalam Cabaran Pencipta Harta Intelek (IPCC) anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Nasib ternyata menyebelahi mereka apabila Didi & Friends The Science Explorers terpilih sebagai pemenang.[3]
Sinan ialah antara usahawan yang mendapat manfaat IPCC seterusnya menjadikannya antara peserta industri kandungan kreatif dan animasi dilihat yang terus menjadi penyumbang penting kepada ekonomi digital negara apabila merekodkan pertumbuhan jualan eksport sebanyak RM1.42 bilion berdasarkan prestasi inisiatif MSC Malaysia pada tahun 2017.[4]
Pada November 2021, Sinan mengumumkan bahawa Digital Durian telah melepaskan hak pemilikan terhadap Didi & Friends dan menjualnya kepada Warnakala Studios, yang diasaskan oleh Hairulfaizalizwan.[5] Meskipun telah melepaskan pegangannya terhadap francais Didi & Friends, Sinan bersama Zainul Wahab terus diberikan kredit "berdasarkan watak ciptaan" dalam francais Didi & Friends di bawah terbitan Warnakala Studios.
Kehidupan peribadi
Sinan telah berkahwin dengan Nuown Zainal dan mempunyai seorang anak lelaki, Qays[3] dan seorang anak perempuan, Melur.
Filemografi
Tahun | Tajuk | Pencipta | Pengarah | Penulis | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2012–2021 | Didi & Friends | Ya | Tidak | Tidak | Musim 1-5 |
2017–2021 | Omar & Hana | Ya | Tidak | Tidak |
Rujukan
- ^ Joycelyn Tan (14 Disember 2021). After 8 years of Didi & Friends, his new goal is to make a Disney & Netflix for Muslim kids Vulcan Post. Dicapai pada 6 Januari 2022.
- ^ "Di sebalik Didi & Friends". Utusan Malaysia. 27 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2017. Dicapai pada 4 April 2018.
- ^ a b c d Nur Zarina Othman (13 Ogos 2018). Winning the hearts of children New Straits Times. Dicapai pada 28 September 2018.
- ^ Afiq Hanif (21 Jun 2018). Persediaan bawa nama Malaysia Harian Metro. Dicapai pada 6 Januari 2022.
- ^ Zeanaaima Mohd Yusof (1 Disember 2021). Selamat tinggal ‘Didi & Friends’, selamat datang ‘Little Ammar’ Free Malaysia Today. Dicapai pada 6 Januari 2022.
Pautan luar
- Sinan Ismail di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Sinan Ismail di Facebook
- Profil rasmi di Tatler Asia