Simoi Peri | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi N23 Lingga | |
| Dalam jawatan 2006 – 3 November 2021 | |
| Didahului oleh | Kawasan Baru Ditubuhkan |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 1,870 (2006) 2,506 (2011) 2,943 (2016) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 20 Januari 1964 |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | Gabungan Parti Sarawak (2018-kini) |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
Yang Berbahagia Dato' Hajah Simoi Peri adalah Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kawasan N.23 Lingga (2006-2021). Beliau adalah Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) iaitu sebuah parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Sebelum dipilih sebagai wakil rakyat, beliau berkhidmat di Jabatan Agama Islam Negeri. Pada tahun 2006, beliau menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Beliau menewaskan Abang Othman Abang Gom daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memenangi kerusi Lingga dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Pada bulan Mac 2011, Peri mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding semula. Namun begitu, beliau kemudiannya dicalonkan semula atas permintaan pimpinan parti Barisan Nasional, dan akhirnya bertanding serta berjaya dipilih semula pada tahun 2011. Beliau sekali lagi menang pada pilihan raya negeri tahun 2016.
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua PBB Cawangan Lingga dan Ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB Sarawak.
Anugerah
Sarawak :
Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) - Dato' (2021)
Malaysia :
Kesatria Mangku Negara (KMN) (2015)
Pilihan raya 2011
Dalam pilihan raya 2011, beliau bertanding mewakili BN dan mendapat 3652 undi dengan majoriti 2506. Lawan beliau ialah Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan dari parti PR mendapat 1146 undi. Calon lain ialah Abang Othman Bin Abang Haji Gom-(SNAP-359) .
Dalam pilihan raya sebelum ini, kawasan ini dimenangi oleh Hajjah Simoi Peri (BN-PBB)
Pilihan raya 2016
Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 yang diadakan pada 7 Mei 2016, kerusi Dewan Undangan Negeri N.28 Lingga dimenangi oleh Simoi Peri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN). Beliau memperoleh 4,169 undi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendapat 1,226 undi serta seorang calon Bebas yang menerima 842 undi. Simoi Peri menang dengan majoriti sebanyak 2,943 undi, bersamaan 66.84 peratus undi, sekaligus mengekalkan Lingga sebagai kubu kuat Barisan Nasional pada ketika itu.
Rujukan
- ^ https://www.tvsarawak.my/2021/12/12/simon-peri-turun-padang-bantu-kempen-dayang-noorazah-di-dun-lingga/. Missing or empty
|title=(bantuan)









