
Sigma Replacement Band ialah sebuah kugiran rock dari Masjid Tanah, Melaka, Malaysia. Kumpulan ini ditubuhkan dengan gabungan pemain pemuzik berpengalaman dan generasi baharu. Nama "Replacement" merujuk kepada konsep pertukaran posisi ahli mengikut kepelbagaian kemahiran mereka dalam memainkan pelbagai alat muzik. Kumpulan ini di bawah syarikat Legasi Sigma Sdn. Bhd.
Sejarah
Kumpulan ini dilahirkan pada tahun 2023 melalui pelancaran album sulung Selembut Suara Kirana. Menurut laporan media, kumpulan ini mengekalkan semangat muzik rock kapak era 1980-an dan menggabungkan unsur moden melalui karya mereka.[1][2]
Anggota
- Amy Sigma – gitar kedua; anggota asal kumpulan Sigma.
- Muhammad Baihaqi Hakimi ("Bai") – gitar utama; juga pelajar di Sekolah Seni Malaysia Johor.
- Pejal Seroja – vokalis; bekas ahli kumpulan Seroja dan anak kepada pemain dram kumpulan SOFEA.
- Jaydell – pemain bass; berpengalaman dalam pertandingan Battle of the Bands, Rentak Juara RTM dan Asean Beat.
- Akim Analogi – dram dan gitar; bekas ahli Analogi Band serta vokalis untuk lagu Selembut Suara Kirana.
Diskografi
- Album studio
- Selembut Suara Kirana (2023)
- Single terpilih
- "Selembut Suara Kirana"
- "Putar"
- "Kasih Suci" (bonus track)
Rujukan
- ^ Sigma Replacement Band imbau rock kapak – Melaka Hari Ini.
- ^ Dua dalam satu – Harian Metro.








