Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki | |
---|---|
Kelahiran | Mohamad Abdul Karim bin Omar Al-Makki 29 Mac 1979 |
Pekerjaan | Pejabat Imam Besar |
Tahun aktif | 2008 |
Terkenal kerana | Upin & Ipin Iqra' Geng Ngaji Siaran Azan di TV3 & TV9 (Tahun 2025 menggunakan teknologi buatan AI) |
Pasangan | Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor |
Anak-anak | ? |
Ibu bapa | ? |
Saudara | ? |
Keluarga | ? |
Nama penuh Sheikh Abdul Karim Al-Makki adalah Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki. Nama "Al-Fatani" menunjukkan pertalian dengan Fatan (Thailand Selatan), manakala "Al-Makki" menunjukkan asal-usulnya yang berkait dengan Makkah. Beliau dilahirkan di Makkah pada 29 Mac 1979. Sheikh Abdul Karim adalah tokoh agama yang mempunyai darah kacukan Melayu dari Malaysia dan Thailand. Alhamdulillah dengan izin Allah kali pertama dipertemukan Allah SWT aku dengan insan hebat Sheikh Abdul Karim Omar Al Makki di majlis bersama pelajar Madrasah Tahfiz An-Nuur, Muar, Johor yang diadakan di Masjid Kesang Laut. Penuh masjid melempah ruah jemaah dari seluruh kampung bukan sahaja pelajar madrasah hingga ke jalan meraikan kedatang Sheikh Abdul Karim.
Sewaktu berusia 14 tahun, dia pernah menjadi Imam terawih di sebuah masjid di Toif, Mekah. Berkebolehan meniru lebih 15 suara bacaan ayat suci al-Quran, termasuk Sheikh Mishary bin Rashid Al-Afasy dan Sheikh Maher Al-Munaiqly.
Qari kepada di Raja Arab Saudi, jawatan yang belum pernah (ketika itu) disandang oleh orang Melayu. Pengiktirafan keatas bangsa melayu secara keseluruhan nya. Siapakah lelaki yang dimaksudkan?
Itulah; Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki, 29 Mac 1979 yang lahir dan dibesarkan di Kota Suci Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi.
Tidak pernah lupa dengan asal usulnya yang mempunya kacukan darah Melayu di Malaysia dan Thailand.
Pendidikan: Mendapat bimbingan agama dari ayahanda, sehingga mampu khatam Al-Quran beberapa kali sewaktu diusia muda.
Seusia 8 tahun, Sheikh Abdul Karim sering mengikut ayahnya mempelajari dan mendalami talaqqi dan tahfiz al-Quran di Masjidil Haram.
Melanjutkan pelajarannya di Masjid Abdullah bin Abbas di Taif, Mekkah.
Belajar di sekolah pondok di Pattani dan Thanawi di Maahad Darul Maarif, Thailand. Mempunyai diploma jurusan Syariah, Maahad 'Ali Li al-Dirasat al-Islamiyyah wal 'Arabiyyah (MADIWA), Perak.
Seusai tamat pembelajarannya dalam jurusan syariat Islam di Universiti al-Azhar di Mesir , beliau mendapat tawaran biasiswa melanjutkan sarjana mudanya di Universiti King Saudi, Arab Saudi dalam jurusan Pendidikan Tafsir dan Hadis .
Sheikh Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais, Imam besar Masjidil Haram ketika membuat kunjungan ke Kuala Lumpur, Sheikh Abdul Karim memperdengarkan bacaan Surah Al-Fatihah dan ayat-ayat suci al-Quran yang lain dihadapan As-Sudais.
Tertarik dengan bacaan nya itu, As-Sudais memberikan anugerah kepada Sheikh Abdul Karim sebagai As-Sudais kedua di Malaysia.
As-Sudais juga, pernah menawarkan Sheikh Abdul Karim menjadi imam di Masjidil Haram.
Wallahu'alam