Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro (lahir 16 Julai 1984) merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia. Sekarang, beliau berjaya membuka francais SS Bubur Ayam & menubuhkan "Aku Budak Kluang" untuk golongan belia di Kluang, Johor.
Shahrol pernah berkahwin pada tahun 2008, namun berpisah selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak lelaki Muhd. Adam Danish.[1] Beliau kemudian telah mendirikan rumah tangga dengan Anna atau nama sebenarnya Nor Farhanah Syamimi, dengan mas kahwin senaskah kitab suci Al-Quran pada 17 March 2016.[2]