Sevenwords | |
---|---|
Asal | Kuala Lumpur ![]() ![]() |
Genre |
|
Tahun aktif | 1998 ![]() |
Pautan berkaitan | |
Pautan lain | ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Sevenwords merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia, ditubuhkan pada 1998. Kumpulan ini mula menandatangani kontrak bersama LIFE Records dan merakamkan album studio pertama, Tra.G.D Real.T yang memuatkan lagu "Fantasi" sebagai single pertama.[1] Mereka dikenali kerana mengetengahkan lagu-lagu yang meluahan perasaan yang beremosi dan energetik berserta komposisi muzik yang bermelodi.
Ahli kumpulan
- (Abe Watanabe) Mohd Shahrul Nazri Bin Mohd Shaari - vokalis
- (ATENG) Mohd Shahril Bin Dzulkiflee - vokalis
- (Dan) Rosdan Bin Mohd Zin - gitaris
- (Jai) Noorfaezal Bin Romli - gitaris
- (Jay D) Mohammad Zaidi Bin Kamarudin - bes
- (Man) Rizman Bin Amran - dram
- (Dj Murdoc) Salehudin Hadi Bin Jamali - meja pusing
Gaya muzik
Sevenwords memperjuangkan muzik 'new-age rock' atau 'new metal' iaitu hasil daripada pelbagai gabungan muzik antaranya 'hardcore', 'indie', metal dan semestinya 'rock & roll'. Elemen- elemen 'pop' dan 'hip hop' adalah unsur- unsur terpenting dalam melodi vocal mereka.
Pemilihan SEVENWORDS sebagai nama kumpulan adalah berteraskan tujuh ahli anggota kumpulan. Selain daripada itu, tujuh perkara terpenting dalam penubuhan kumpulan ini adalah:
- Radikal - dari segi idea dalam penciptaan lirik
- Mesej - dari segi motif lirik
- Emosi - dari segi tonal/ bentuk penyampaian vocal
- Kreatif - dari segi idea penggubahan muzik
- Melodi - unsur dan elemen terpenting dalam setiap penggubahan lagu
- Ekspresif - dari segi tenaga yang diserapkan dalam muzik
- Energetik - dari segi tenaga dalam persembahan
Diskografi
Album studio
- Tra.G.D Real.T (2002)
Album kompilasi
- Blasting into 2002 (2002)
Rujukan
- ^ Siti Athirah Dzulkifly (20 Disember 2015). "Seven Words belum berkubur". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-21. Dicapai pada 3 Januari 2016.
Membawakan genre muzik eksperimental new age rock, Sevenwords juga pernah menerbitkan album sulung mereka berjudul Tragedi Realiti yang menyaksikan mereka bernaung di bawah syarikat rakaman Life Records.
Pautan luar
- Laman web rasmi
- https://ms-my.facebook.com/Sevenwords-262983899749/
- http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2013/02/23/pekin-tunggu-reaksi-bersama-grup-seven-world/ Diarkibkan 2018-09-06 di Wayback Machine
- http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2011/10/13/konsep-rock-sufisme-pilihan-pekin-ibrahim/