Setiawangsa merupakan salah satu daerah dan kawasan parlimen di Kuala Lumpur. Taman Setiawangsa merupakan kawasan utama di kawasan ini. Kawasan perumahan di Taman Setiawangsa terbahagi kepada empat iaitu Taman Tiara Setiawangsa , Bukit Setiawangsa , Puncak Setiawangsa dan Taman Setiawangsa. Ia terletak di dalam Kuala Lumpur dan sesiapa boleh sampai ke kawasan ini melalui:
- Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 ,
- Jalan Jelatek
- Putra LRT - Taman Setiawangsa & Jelatek.
Kemudahan Rakyat
Terdapat beberapa buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Setiawangsa, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa dan Sekolah Menengah Kebangsaan Keramat Wangsa di kawasan ini. Terdapat juga universiti di sekitar Setiawangsa iaitu Universiti Geomatika Malaysia dan Brighton International School Kuala Lumpur Selain itu, terdapat juga tempat ibadah Islam iaitu Masjid Mu'adz bin Jabal, Surau An-Nur dan Surau As-Syakirin. Terdapat juga supermarket seperti 99 Speedmart, Giant, pasar raya seperti ST Rosyam Mart Sdn Bhd dan pusat beli belah seperti AEON Mall AU2. Rakyat juga boleh mengisi minyak dengan mudah kerana terdapat tempat isi minyak Petronas di Setiawangsa.
Rujukan
- Taman Setiawangsa Property
- Peta Sekolah Kebangsaan Setiawangsa
- Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa
- Universiti Geomatika Malaysia, Setiawangsa
- Brighton International School, Kuala Lumpur
- ST Rosyam Mart Sdn Bhd
- AEON MALL AU2 Setiawangsa
- Giant Setiawangsa