Sesuci Cinta Sofiya ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2007 arahan Along Kamarudin, dibintangi oleh Rosyam Nor dan Rozita Che Wan. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 4 Januari 2007.
Sesuci Cinta Sofiya | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Korporat Konflik |
Ditulis oleh | Sharifah Abu Salem |
Pengarah | Along Kamarudin |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Permaidani" oleh Aris Ariwatan |
Lagu penutup | "Permaidani" oleh Aris Ariwatan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 25 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit | Rosyam Nor Shamsuddin Runika Mohd. Yusof |
Tempoh siaran | 20–21 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 4 Januari 2007 – 1 Mac 2007 |
Mengikuti | Mitosastras |
Diikuti oleh | Kaizer |
Sinopsis
Sofiya seorang yang terpaksa menerima kenyataan bahawa dia anak kepada penari kelab malam. Walau bagaimanapun, Sofiya tidak seindah yang disangka namun munculnya seorang lelaki yang bernama Johan yang mempunyai kisah silam sering mempertahankan Sofiya. Di sebalik ujian cinta, cemburu, dan pengkhianatan, Sofiya berusaha mempertahankan rumah tangganya dengan ketabahan dan keikhlasan.
Namun, mampukah cinta yang suci bertahan dalam badai rahsia dan dugaan?
Pelakon
Pelakon utama
- Rosyam Nor sebagai Johan
- Rozita Che Wan sebagai Sofiya
Pelakon pembantu
- Aida Radzwill sebagai Suhana
- Ahmad Tamimi Siregar sebagai Suhaimi
- Rosnah Johari sebagai Marina
- Anne Abdullah sebagai Maisara
- Effa Naresha sebagai Haiza
- Zila Bakarin sebagai Lyana
- Azhan Rani sebagai Imran
- Ella Aziz sebagai Suhana Muda
- Abu Bakar Juah sebagai Husin
- Ramli Saleh sebagai Pak Tam
- Roslan Saleh sebagai Hj. Deraman
- Mak Jah sebagai Hajah. Maimunah
- Aripah Damanhuri sebagai Hajah Aishah
- Alias Yusof sebagai Hj. Ismail
- Zaefrul Nordin sebagai Hj. Hashim
Lagu tema
"Permaidani" oleh Aris Ariwatan