3°27′36″N 101°39′18″E / 3.4601368°N 101.6550138°E
Serendah سرنده | |
|---|---|
Bandar Industri Bernilai Tinggi | |
Lokasi Serendah di Semenanjung Malaysia | |
| Koordinat: 3°21′57″N 101°36′15″E / 3.36583°N 101.60417°E | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | Hulu Selangor |
| Pentadbiran | |
| • Pihak Berkuasa Tempatan | Majlis Perbandaran Hulu Selangor |
| Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
| • Musim panas (DST) | Tidak Dipakai |
| Poskod | 48200, 48300 |
Serendah ialah sebuah bandar di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Ia merupakan bandar satelit kepada Rawang, Selangor.Ia juga merupakan bandar ke tiga terpenting di daerah Hulu Selangor. Terletak 26 kilometer utara dari Kuala Lumpur, Serendah terdapat tempat yang menarik untuk dilawati, antaranya ialah Perigi Tujuh Serendah dan Air Terjun Serendah (atau Templer Kai).
Sejarah
Perigi Tujuh Serendah di bina pada zaman dahulu bertujuan untuk mencegah banjir yang besar dari berlaku di kawasan rendah di sini. Antara sebab mengapa serendah mendapat nama. Tempat yang rendah ini sering mengakibatkan bah atau banjir besar berlaku. Sehubungan dengan itu sebuat empangan kecil di bina oleh pihak pengusaha lombong bijih timah yang berada di bahagian rendah kawasan ini untuk mengelakkan banjir dari berlaku.
Ada yang berpendapat empangan ini di bina untuk menjadi kunci air utama kepada limpahan air sungai yang mengalir dari bahagian hulu dan terus bertakung di bahagian tasik buatan bahagian atas empangan kecil yang dinamakan Perigi tujuh ini.
Mitos pula menyatakan di mana, ada ketikanya empangan ini akan dikunjungi oleh puteri-puteri kayangan yang akan turun bersiram (mandi) di kawasan Perigi tujuh ini. biasa nya apabila pelangi kelihatan jatuh di kawasan Perigi tujuh ini dari kejauhan, dipercayai pada waktu itulah puteri-puteri kayangan ini akan turun bersiram (mandi).
Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah
Serendah sedang giat berkembang sebahagiannya disebabkan oleh kehadiran UMW Holdings di kawasan itu.Sebuah bandar perindustrian, bernama UMW High-Value Manufacturing Park sedang dibina yang kemudiannya akan menempatkan beberapa syarikat nasional dan multinasional yang tertumpu dalam pembuatan. Stesen Rel Pantai Timur atau ECRL yang dirancang untuk dibuka dalam jarak yang sama juga akan mempercepatkan lagi pertumbuhan ini dengan stesen keretapi baharu.
Beberapa alamat tempat di Serendah kini termasuk awalan 'Bandar' yang bermaksud bandar. Seperti alamat untuk UMW HVM Park dan kandungannya, yang memaparkan Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah dan bukannya 'Serendah' biasa.
Pembangunan
Stesen Komuter baharu, Stesen Komuter Serendah yang terletak kira-kira dua kilometer barat laut dari dan dinamakan sempena Serendah, dibuka pada 21 April 2007 bersama stesen Rasa dan Batang Kali.
Perodua, salah satu pengeluar kereta nasional terdapat beribu pejabat di Serendah.
UMW Holdings , salah satu perusahaan perindustrian negara yang terkemuka, sedang membangunkan sebuah bandar perindustrian dan telah memindahkan banyak ibu pejabat anak syarikat mereka ke pembangunan baharu. Seperti perpindahan UMW Equipment dan UMW Power Solutions dari Shah Alam ke Serendah pada tahun 2023.
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor , pemaju terkemuka di negeri ini, telah membangunkan komuniti terancang induk bernama Antara Gapi di bahagian lebih utara Serendah. Antara Gapi sedang meningkat pesat sebagai salah satu pusat bandar pinggir bandar di kawasan itu.
Lokasi
Kira-kira 7km dari bandar Rawang dan boleh diakses dengan melalui Jalan Kuala Lumpur-Tanjung Malim
LP 1, Dari Lebuhraya Utara-Selatan
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara
AH2 boleh dihubungi melalui Persimpangan Sungai Buaya EXIT 117 dan Bukit Beruntung EXIT 118 serta boleh diakses melalui Jalan Pintasan Rawang
LP 37.
Galeri
-
Pemandangan Bandar Serendah
-
Persimpangan Bukit Beruntung untuk ke Serendah
-
Persimpangan Sungai Buaya untuk ke Serendah
Pengangkutan
Bas berhenti-henti Kuala Lumpur-Tanjung Malim melalui pekan Serendah. Mulai 21 April 2007, perkhidmatan KTM Komuter yang sebelum itu berakhir di Rawang telah dilanjutkan ke Kuala Kubu Bharu melalui Stesen Keretapi Serendah.
Pelancongan
PELANCONGAN (REKREASI)
- Air Terjun Serendah
- Perigi Tujuh Serendah
PELANCONGAN (SEPERTI HOTEL & TARIKAN PENGUNJUNG)
- Tasik Kebun Serendah
- Sekeping Serendah
Kemudahan
- Balai Polis Serendah
- Klinik Kesihatan Serendah
- Pejabat Pos Serendah
- Stesen Komuter Serendah
- Masjid Nurul Iman Serendah
- Dewan Komuniti & Pusat Sukan Serendah
- Dewan Orang Ramai Serendah
- Pasar Awam Serendah
Sekolah
- SK Serendah
- SMK Serendah
- SJKC Serendah
- SRA Serendah
- SK Antara Gapi
- Sekolah Qira'ati & Tahfiz Al-Qur'an Serendah
- Maahad Tahfiz Nurul Iman
- Sekolah Islam Integrasi Temanku








