| Sephia | |
|---|---|
| Genre | |
| Pencipta | Azlina Pa'wan | 
| Ditulis oleh | Azlina Pa'wan | 
| Pengarah | Zulkiflee R.Shad | 
Dibintangi oleh  | |
| Lagu pembukaan | "Berhenti Berharap" - Sheila On 7 | 
| Lagu penutup | "Berhenti Berharap" - Sheila On 7 | 
| Negara asal | Malaysia | 
| Bahasa | Melayu | 
| Bilangan musim | 1 | 
| Bilangan episod | 25 | 
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Jalena Rejab | 
| Penerbit | Ahmad Puad Onah | 
| Tempoh siaran | 20–23 minit (60 minit termasuk iklan) | 
Syarikat penerbitan  | Grand Brilliance | 
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 (Slot Samarinda) | 
| Siaran asal | 6 Mei 2004 – 6 Julai 2004 | 
| Mengikuti | Rindu Semakin Jauh | 
| Diikuti oleh | Mama Paparazzi | 
Sephia sebuah siri drama televisyen Malaysia 2004 arahan Zulkiflee R. Shad, dibintangi oleh Catriona Ross, Ako Mustapha, Hans Isaac dan Sabrina Ali. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 6 Mei 2004 menggantikan Rindu Semakin Jauh..[1]
Sinopsis
Keadaan syarikat yang hampir lumpuh menyebabkan Global Amity mengambil keputusan untuk membawa masuk seorang tenaga baru dengan harapan kehadirannya dapat memberikan nafas baru kepada syarikat tersebut.
Sephia (Catriona Ross) dipilih kerana kecekapannya. Tapi tak siapa menduga kecantikannya menyebabkan masalah dalaman Global Amity menjadi semakin parah.
Sephia menyintai Amir (Ako Mustapha) tetapi bila Amir terpaksa berkahwin dengan adik angkatnya, Haida (Sabrina Ali), Sephia telah mengambil keputusan untuk membalas dendam dengan mengahwini abang Amir, Haykal (Hans Isaac).
Haykal dipenjarakan sebaik sahaja bernikah dengan Sephia dan Haida pula meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya.
Maka tinggallah Sephia yang masih belum bercerai dengan Haykal dan Amir yang baru kematian isteri.
Waktu ini baru Sephia mengetahui yang Amir terpaksa berkahwin dengan Haida kerana Haida telah mengandung (setelah dirogol Haykal).
Cinta Amir pada Sephia kembali bertaut tetapi mereka umpama sepasang kekasih gelap kerana cinta mereka adalah cinta terlarang. Sephia masih lagi bergelar Pn. Haykal, mana mungkin dia mencintai atau dicintai Amir.
Haykal mati di tali gantung tetapi laluan untuk Amir dan Sephia untuk hidup bersama masih kabur apabila Amir mendapati dirinya menghidap AIDS.
Pelakon
Pelakon utama
- Catriona Ross sebagai Sephia
 - Ako Mustapha Sebagai Amir
 - Hans Isaac sebagai Haykal
 - Sabrina Ali Sebagai Haida
 
Pelakon Pembantu
- Jalil Hamid sebagai Ismail
 - Azizah Mahzan
 - Ismail Din
 - Rahim Razali
 - Izi Yahya
 - Nasir Bilal Khan
 - Maimon Mutalib
 - Emelda Rosmila
 - Jalil Hamid
 - Rosnah Mat Aris
 - Zulkifli Zain
 - Azean Irdawaty
 - Shaharuddin Thamby
 - Louisa Chong
 - Jaafar Onn
 - Ghazali Abu Noh
 - S. Sahlan
 - Syed Ahmad Nahar
 - Ridzuan Hashim
 - Shah Hassan
 - Lan Zailan
 - Izuan Mokhtar
 - Azman Ahmad
 - Halina Ali
 - Liza Zain
 - Ani Morat
 - Rosman Abdullah
 - Sulaiman Abd Jabar
 - Noreen Hadzim
 
Rujukan
- ^ "HANS ISAAC, CATRIONA ROSS - Mantapkan Sephia". Utusan Melayu. 19 Julai 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-08. Dicapai pada 2019-01-31.
 








