Kawasan ramai penduduk | |
---|---|
Israel | 673,000-725,000 |
Perancis | 310,000-350,000 |
Amerika Syarikat | 50,000-80,000 |
Argentina | 37,500-60,000 |
Kanada | 30,000-60,000 |
Brazil | 20,000-60,000 |
Turki | 25,000-30,000 |
Sepanyol | 12,000 |
Greece | > 8,500 |
Maghribi | 5,500 |
Bulgaria | 5,000 |
Colombia | <5,000 |
Cuba | 3,500 |
Tunisia | 2,000 |
Guatemala | 1,200 |
Paraguay | 1,000 |
Belanda | 1,000 |
Portugal | 500 |
Bosnia dan Herzegovina | 500 |
Mesir | unknown |
Itali | unknown |
Mexico | 40,000 |
Venezuela | 35,375 |
Bahasa | |
Bahasa Ibrani, Ladino, Yahudi-Portugis, Catalan, Shuadit, bahasa-bahasa lokal | |
Agama | |
Yahudi | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Yahudi Ashkenazi, Yahudi Mizrahi, pembahagian etnik Yahudi lainnya, Arab, bangsa Sepanyol, Portugis. |
Sephardi (Ibrani: ספרדי, Standar Səfardi Tiberias Səp̄arədî; plural ספרדים, Standar Səfaradim Tiberias Səp̄arədîm) merupakan sebuah sub-kelompok Yahudi yang berasal dari Jazirah Iberia, yang biasanya dibezakan dengan Yahudi Ashkenazi.
Definisi
Sephardi merupakan bentuk plural dari "Sefard", yang bermaksud "Sepanyol". Kata ini digunakan untuk merujuk orang-orang Yahudi yang berasal dari Iberia (kini Portugal dan Sepanyol), termasuk keturunan mereka yang diperintahkan meninggalkan Sepanyol ketika penguasa Katolik Ferdinand dan Isabel I dari Castilla merebut kembali dari tangan orang Islam Arab dan Yahudi Afrika Utara yang menginvasi Sepanyol pada 711 M. (Finkelstein, hlm. 13) Perintah deportasi ini (dijadikan hukum dalam Dekrit Alhambra pada 1492), atau dari Portugal berdasarkan perintah Raja Manuel I pada 1497. Di zaman modern, istilah ini juga digunakan untuk orang-orang Yahudi yang mungkin tidak dilahirkan sebagai Sephardi (atau bahkan juga bukan Yahudi) tetapi menghadiri ibadah di sinagoga-sinagoga Sephardi dan mempraktikkan tradisi Sefardis. Kini ada sekitar 12,000 orang Yahudi di Sepanyol dan 500 di Portugal.[1]