Seoul Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 terbitan Country & Universal Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Nizam Zakaria. Ia dibintangi oleh Fitri Farok, Siti Khadijah Halim, Cahaya Nilam dan Muaz Zabir. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 pada 31 Oktober hingga 18 November 2025 menggantikan Takdir Cinta Terlarang.
| Seoul Cinta | |
|---|---|
| Genre | |
| Ditulis oleh | Raja Azidah Raja Jaafar |
| Pengarah | Nizam Zakaria |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Masih Cinta" - Idayu & Yuka Kharisma |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Bilangan episod | 13 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Syawal Aiman |
| Penerbit | Jalena Rejab |
| Penyunting | Senarai
|
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Country & Universal Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 31 Oktober 2025 – 18 November 2025 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Takdir Cinta Terlarang |
| Diikuti oleh | Sumpah Ibuku |
Siri ini juga turut ditayangkan menerusi penstriman Tonton pada 24 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.
Sinopsis
Daniel Khalil (Fitri Farok) seorang usahawan muda yang tampan, berkarisma dan berprinsip tinggi soal cinta. Di sebalik kejayaannya, Daniel berpegang pada impian untuk mencari pasangan sempurna yang sepadan dengan dirinya. Dalam diam, dia menjadi pengikut setia seorang pempengaruh masakan terkenal bernama Kiki, tanpa menyedari bahawa wanita yang sering menginspirasikannya itu sebenarnya adalah Azra.
Azra (Siti Khadijah Halim), gadis sederhana yang bekerja di sebuah hotel kucing dan juga penjaga kepada kucing kesayangannya. Azra menyembunyikan identitinya sebagai Kiki kerana kurang yakin dengan dirinya sendiri dan takut dianggap tidak cukup sempurna untuk lelaki seperti Daniel.
Namun, ujian sebenar bermula apabila Daniel menjalinkan hubungan bersama Raisha (Cahaya Nilam), seorang selebriti glamor yang penuh dengan sikap diva, sementara Azra ditekan untuk menerima pinangan Lukman (Muaz Zabir), lelaki yang telah lama menyimpan perasaan terhadapnya. Pergolakan hati, rahsia yang tersimpan dan perjalanan mereka ke Seoul membuka lembaran baharu yang penuh liku dan emosi.
Adakah Daniel mampu melihat cinta sejati yang selama ini berada di hadapan matanya, atau dia akan terus terperangkap dalam ilusi kesempurnaan yang diciptanya sendiri?
Pelakon
Pelakon utama
- Fitri Farok sebagai Daniel Khalil
- Siti Khadijah Halim sebagai Azra / Kiki
- Cahaya Nilam sebagai Raisha
- Muaz Zabir sebagai Lukman
Pelakon pembantu
- Haidar Hasanudin sebagai Joe
- Marc Syahmie sebagai Adam
- Ryliana Azizan sebagai Sarah
- Musyi Mohtar sebagai May
Pelakon jemputan
- Anne Abdullah sebagai Aisyah
- Nadia Kesumawati sebagai Fatimah
- Rahim Jailani sebagai Razak
- Zalfa Zin sebagai Hanna
- Dina Allysha sebagai Dhiya
Pelakon tambahan
- Zakry Shazryl sebagai Faisal
- Haz Jamal sebagai Hacker
- Muhaiminul Aimi sebagai Photographer
Pautan luar
| TV3: Slot Akasia, Isnin-Jumaat, 7:00 malam | ||
|---|---|---|
| Sebelumnya | Seoul Cinta | Berikutnya |
| Takdir Cinta Terlarang | Sumpah Ibuku | |








