Sendi lesung | |
---|---|
Pengenalpastian | |
TA | A03.0.00.050 |
FMA | FMA:75301 |
Terminologi anatomi |
Sendi lesung (atau sendi sferoid, bahasa Inggeris: ball-and-socket joint ) adalah sejenis sendi sinovia di mana bertemunya permukaan cembung ("antan") dari sebatang tulang dengan permukaan cekung ("lesung") dari satu lagi tulang. Tulang distal (memucuk) mampu bergerak-gerak di sekeliling berbilang paksi yang berkongsi satu pusat. Ini membolehkan sendi bergerak ke pelbagai arah.
Enartrosis (enarthrosis ) adalah sejenis sendi sferoid khas di mana "lesung" mencakupi lebih separuh daripada permukaan "antan".[1]
Contoh
Antara contoh sendi ini termasuk:
- bahagian pinggul di mana hulu tulang femur (antan) terpasang dalam lekuk asetabulum (lesung) dalam pelvis;
- bahagian sendi bahu di mana hujung atas humerus (antan) terpasang dalam lekuk glenoid (lesung) dalam tulang belikat;
- bahagian falanks (jari kaki dan tangan). [2]
-
Pinggul
-
Bahu
-
Butiran sendi pinggul.
- Femur
- Leher femur
- Hulu femur
- Asetabulum
- Labrum asetabular
- Pelvis
Rujukan
Artikel ini menggabungkan teks di dalam domain awam daripada page 287 of edisi ke-20 Gray's Anatomy (1918)
- ^ Platzer, Werner (2008) Color Atlas of Human Anatomy, Volume 1, p.28
- ^ Introduction to Joints: Synovial Joints - Ball and Socket Joints Diarkibkan 2011-07-20 di Wayback Machine
Pautan luar
- Kategori berkenaan Sendi lesung di Wikimedia Commons