| Senario Pemburu Emas Yamashita | |
|---|---|
| Pengarah | Aziz M. Osman |
| Penulis | Aziz M. Osman |
| Dihasilkan oleh | Ahmad Puad Onah |
| Dibintangi | |
| Disunting oleh | Aziz M. Osman |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 100 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bajet | RM1.49 juta |
| Pecah panggung | RM1 juta |
Senario Pemburu Emas Yamashita ialah sebuah filem komedi pengembaraan Malaysia 2006 arahan Aziz M. Osman. Filem ini merupakan filem terakhir bagi Kumpulan Senario bernaung di bawah Grand Brilliance. Francais filem Senario selepas ini diterbitkan oleh Metrowealth Pictures mulai siri Senario The Movie: Episode 1 dan Senario The Movie Episode 2: Beach Boys arahan Ahmad Idham.
Pelakon
Pelakon utama
- Azlee Jaafar sebagai Elie. Aboy "Boy",Bekas bouncer kelab malam dan bekas banduan.Boy dipenjarakan atas kesalahan mencederakan pelanggan tempat kerja dan masuk ke pusat mental kerana melakukan kekerasan terhadap pemandu kereta wanita kerana melanggar seekor kucing.
- Lan Pet Pet sebagai Seman Che Husin,Pemandu teksi yang meminati pakar motivasi dan suka berkongsi ilmu tapi beliau dimasukan ke pusat mental selepas pergaduhan kecurangan isterinya dengan idola Seman.
- Wahid Senario sebagai Niklah Saputra "Put",Pengikut tegar Black Metal,Skinhead kerap meludah
- Que Haidar sebagai Abdul Razali Abdul Rahim "Jali", Seorang juruukur tanah yang disyaki gila kerana bertemu askar Jepun meskipun dia waras dan pemegang skrol emas milik Jeneral Yamashita
- Nora Danish sebagai Dr. Lisa,Pakar terapi pusat mental
- Beego sebagai Dr. Murad, Kaunselor pusat mental (antagonist utama) yang mendera Seman,Boy,Put dan Jali dengan memakai batang renjatan elektrik.
- Hamdan Ramli sebagai Y.B. Nasir, wakil rakyat yang mempunyai niat jahat terhadap Tagaya serta penduduk Kampung Kemetot dan seorang mengamalkan rasuah
- Ilya Buang sebagai Tagaya,Ketua Kampung Kemetot
Pelakon pembantu
- Kamarool Haji Yusoff sebagai Labu
- Ben Kenobi sebagai Labi
Pelakon undangan
- Razak Ahmad sebagai Professor Hairi Fadzil Kamsani, pakar motivasi yang menjalinkan hubungan sulit dengan isteri Seman
- Hanny Harmi sebagai Isteri Seman, curang kerana menjalinkan hubungan sulit dengan Professor Hairi
- Pak Abas sebagai Tentera Jepun
- MD Azrin Sahab sebagai Tungau, ketua pembangkang Kampung Kemetot
- Nadia Danish sebagai Fatimah, Setiausaha kepada YB Nasir
- Sarip Nor sebagai Tauke Warong
- Kenchana Dewi sebagai Selvi Naruraja, Pegawai Kerajaan, kenalan lama Dr. Lisa
Sinopsis
Boy, Put, Seman dan Jali telah dihantar ke klinik mental diatas kelakuan yang tidak stabil. Tetapi, sebenarnya mereka ini waras pemikirannya, cuma dimasukkan ke dalam klinik tersebut diatas kelakuan mereka dimana Put gemar meludah dan pengikut kumpulan yang tidak bermoral, manakala Boy dan Seman memerlukan class mengawal panas baran dan Jali mengaku telah berjumpa dengan askar Jepun dalam hutan yang memberi satu peta kepada harta karun Jeneral Yamashita.
Trivia
- Meskipun ahli asal Senario, ini adalah filem pertama Senario menampikan Hamdan Ramli dan Ilya Buang.
- Apabila Seman (Mazlan) membuat mimik ' kita enjoy ' itu adalah trademark Nora Danish semasa dia berlakon sitkom Puteri arahan Aziz M. Osman yang ke udara setiap malam selasa di TV3. Beego yang juga pasangannya dalam sitkom itu turut berlakon sekali dalam Pemburu Emas Yamashita.
- Filem ini juga naskhah terakhir francais filem Senario arahan Aziz M. Osman
- Filem ini mengambil puluhan pelakon OKU kategori fizikal (Kerdil) sebagai pelakon Tambahan penduduk Kampung Kemetot
Sambutan
Filem ini dikeluarkan pada 18 Mei 2006 dengan kos RM 1.49 juta dan hanya mendapat kutipan sebanyak RM 1 juta.
Rujukan
Pautan luar
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.








