Berangkat menghadiri majlis diraja yang diketuai Sultan BruneiSultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.[2] Baginda dikurniakan Darjah Kerabat Mahkota Brunei, sementara Raja Permaisuri Agong dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati. Yang di-Pertuan Agong pula menganugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara kepada isteri Sultan Brunei Raja Isteri Saleha. Menghadiri Majlis Santapan Malam bersama rakyat Malaysia di Brunei dan melawat beberapa tempat bersejarah dan pejabat kerajaan Bandar Seri Begawan, termasuk pejabat Majlis Ugama Islam Brunei.[3][4]
Berkenan berangkat atas jemputan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan ke perlumbaan Formula One Abu Dhabi bagi kejohanan Grand Prix 2019 serta malam pertemuan semula Akademi Tentera Diraja Stadhust anjurannya, di samping berangkat menghadiri majlis hari kebangsaan negara, taklimat perindustrian dan pertemuan dengan rakyat Malaysia. Sementara itu, Raja Permaisuri Agong turut menghadiri persidangan General Women's Union.[11][12]
Baginda berangkat melawat Stesen Kuasa Battersea, London yang kini dibangunkan syarikat Malaysia dan Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di Brickendonbury, Hertford. Baginda turut bertemu diaspora Malaysia di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Belgrave Square, dan The Shire, London. Baginda turut menghadiri jamuan makan malam alumni Akademi Tentera Diraja Sandhurst. Baginda juga menghadap Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan serta Ketua Staf Pertahanan Sir General Nicholas Patrick Carter.[18]
Berangkat untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Presiden Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan yang mangkat pada 13 Mei, serta menghadiri majlis pertabalan Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan sebagai Presiden baharu.[19]
Berangkat ke Singapura untuk memperkukuh hubungan dua hala & melawat antaranya ke Asian Civilasations Museum, Edible Garden City & Pusat Pelawat NEWater.
Berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan. Baginda juga menzahirkan penghargaan kesudian UAE terima sumbangan 42 tan barangan bantuan kemanusian untuk mangsa gempa bumi Syria.