Senarai ini ialah senarai kuantiti fizik.
Jadual pertama menyenaraikan kuantiti asas yang digunakan dalam Sistem Unit Antarabangsa untuk mentakrifkan dimensi fizik bagi kuantiti fizik untuk analisis dimensi. Perhatikan bahawa sudut dan sudut padu disertakan dalam senarai ini tetapi sebenarnya merupakan kuantiti tidak berdimensi. Jadual kedua menyenaraikan kuantiti fizik lain.
Perhatikan:- kedua-dua nama atau simbol yang digunakan untuk kuantiti fizik merupakan piawaian antarbangsa. Sesetengah kuantiti dikenali dengan beberapa nama berbeza seperti medan-B magnet yang dikenali sebagai ketumpatan fluks magnet, aruhan magnet atau hanya dengan medan magnet bergantung pada konteks. Serupa, tegangan permukaan boleh ditandai dengan sama ada σ, γ atau T. Jadual biasanya menyenaraikan hanya satu nama dan simbol.
Lajur terakhir menyenaraikan sesetengah sifat khas yang dipunyai oleh sesetengah kuantiti seperti tingkah laku penskalaannya (sama ada kuantiti berkenaan intensif atau ekstensif), sifat transformasinya (iaitu sama ada kuantitinya skalar, vektor atau tensor) atau sama ada kuantiti berkenaan adalah abadi.
Kuantiti asas | Simbol | Perihal | Unit SI | Simbol untuk dimensi | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
Panjang | l | Takat sedimensi bagi objek. | meter (m) | L | |
Jisim | m | Amaun jirim di dalam objek. | kilogram (kg) | M | ekstensif |
Masa | t | Tempoh bagi peristiwa. | saat (s) | T | |
Arus elektrik | I | Kadar aliran cas elektrik. | ampere (A) | I | |
Suhu | T | Tenaga purata per darjah kebebasan bagi sistem. | kelvin (K) | Θ | instensif |
Amaun bahan | n | Bilangan zarah berbanding dengan bilangan atom di dalam 0.012 kg 12C. | mol (mol) | N | ektensif |
Keamatan berluminositi | L | Amaun tenaga yang dipancarkan oleh sumber cahaya di arah tertentu. | kandela (cd) | J |
Kuantiti terbitan | Simbol | Perihal | Unit SI | Dimensi | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
Aktiviti pemangkinan | Perubahan kadar tindak balas oleh sebab kehadiran mangkin. | katal (kat = mol s−1) | N T−1 | ||
Aktiviti (radioaktif) | A | Bilangan zarah yang mereput per unit masa. | becquerel (Bq = s−1) | T−1 | ekstensif |
Berat | w | Amaun daya gravitasi yang dikenakan terhadap objek. | newton (N = kg m s−2) | M L T−2 | |
Cas elektrik | Q | Amaun cas elektrik. | coulomb (C = A s) | I T | ekstensif, kuantiti abadi |
Daya | F→ | Penyebab pecutan, bertindak terhadap objek. | newton (N = kg m s−2) | M L T−2 | vektor |
Daya pengaliran terma | k | Unutk kesenangan mengukur bahan mengalirkan haba. | W m−1 K−1 | M L T−3 Θ−1 | intensif |
Dos (radioaktif) | D | Amaun tenaga yang diserap oleh tisu biologi daripada sinaran mengion per unit jisim. | gray (Gy = m2 s−2) | L2 T−2 | |
Dos setara | H | Ukuran untuk amaun sinaran yang diterima yang dilaraskan untuk kesan bagi jenis berlainan bahan sinaran terhadap tisu biologi. | sievert (Sv = m2 s−2) | L2 T−2 | |
Entropi | S | Ukuran untuk amaun keadaan tersedia untuk sistem. | J K−1 | M L2 T−2 Θ−1 | ekstensif, skalar |
Entropi molar | Amaun entropi yang hadir dalam sistem per unit amaun bahan. | J K−1 mol−1 | M L2 T−2 Θ−1 N−1 | intensif | |
Frekuensi | f | Bilangan kali sesuatu berlaku dalam tempoh masa. | hertz (Hz =s−1) | T−1 | |
Fluks berluminositi (atau kuasa berluminositi) | F | Kuasa terpersepsi bagi sumber cahaya. | lumen (lm = cd sr) | J | |
Fluks magnet | Φ | Ukuran kuantiti kemagnetan, mengambil kira kekuatan dan takat medan magnet. | weber (Wb = kg m2 A−1 s−2) | M L2 T−2 I−1 | skalar |
Haba | Q | Amaun tenaga yang dipindahkan antara sistem oleh sebab perbezaan suhu. | J | M L2 T−2 | |
Halaju | v→ | Laju objek di arah terpilih. | m s−1 | L T−1 | vektor |
Impedans | Z | Ukuran untuk rintangan bagi litar elektrik melawan arus ulang-alik. | ohm (Ω = kg m2 A−2 s−3) | L2 M T−3 I−2 | skalar kompleks |
Impuls | p→ | Penyebab perubahan momentum, bertindak terhadap objek. | kg m s−1 | M L T−1 | vektor |
Indeks biasan | n | Faktor yang dengannya laju cahaya dikurangkan di dalam medium. | 1 | intensif | |
Induktans | L | Ukuran untuk amaun fluks magnet yang dijana selama larian arus tertentU melalui litar. | henry (H = kg m2 A−2 s−2) | M L2 T−2 I−2 | |
Iradians | E | Kuasa sinaran elektromagnet yang mengalir melalui permukaan per unit luas. | W m−2 | M T−2 | |
Isi padu | V | Takat tiga dimensi bagi objek. | m3 | L3 | ekstensif |
Isi padu tentu | v | Isi padu yang didiami oleh seunit jisim bahan (salingan ketumpatan). | m3 kg−1 | L3 M−1 | intensif |
Kadar dos terserap | Dos terserap yang diterima per unit masa. | Gy s−1 | L2 T−3 | ||
Kadar tindak balas | r | Ukuran untuk laju tindak balas kimia | mol m−3 s−1 | N L−3 T−1 | intensif |
Kapasitans | C | Ukuran untuk amaun cas tersimpan untuk keupayaan yang diberikan. | farad (F = A2 s4 kg−1 m−2) | I2 T4 M−1 L−2 | |
Keamatan radian | I | Kuasa bagi sinaran elektromagnet terpancar per sudut padu. | W sr−1 | M L2 T−3 | skalar |
Kebolehtelapan | μ | Ukuran untuk cara pemagnetan bahan dipengaruhi oleh penggunaan medan magnet luaran. | H m−1 | M L−1 I−2 | intensif |
Kecahayaan | Ev | Jumlah insidens fluks berluminositi kepada permukaan per unit luas. | lux (lx = cd sr m−2) | J L−2 | |
Kekonduksian elektrik | G | Ukuran untuk betapa mudah arus mengalir melalui bahan. | siemens (S = A2 s3 kg−1 m−2) | L−2 M−1 T3 I2 | skalar |
Kekuatan medan elektrik | E→ | Kekuatan medan elektrik. | V m−1 | M L T−3 I−1 | medan vektor |
Kekuatan medan magnet | H | Kekuatan medan magnet di dalam bahan. | A m−1 | I L−1 | medan vektor |
Kelikatan dinamik | η | Ukuran untuk rintangan bagi bendalir tidak boleh mampat untuk menegas. | Pa s | M L−1 T−1 | |
Kepekatan aktiviti pemangkinan | Perubahann kadar tindak balas oleh sebab kehadiran mangkin per unit isi padu bagi sistem. | kat m−3 | N L−3 T−1 | ||
Kepekatan molar | C | Amaun bahan per unit isi padu. | mol m−3 | N L−3 | intensif |
Kerja | W | Tenaga yang dilesapkan oleh daya yang bergerak di sepanjang jarak, hasil darah skalar bagi daya dan vektor pergerakan. | joule (J = kg m2 s−2) | M L2 T−2 | scalar |
Ketelusan | ε | Ukuran untuk cara pengutuban bahan dipengaruhi oleh penggunaan medan elektrik luaran. | F m−1 | I2 M−1 L−3 T4 | intensif |
Ketumpatan arus | J → | Amaun arus elektrik yang mengalir melalui permukaan. | A m−2 | I L−2 | vektor |
Ketumpatan cas elektrik | ρQ | Amaun cas elektrik per unit isi padu. | C m−3 | I T L−3 | intensif |
Ketumpatan fluks haba | ϕQ | Amaun haba yang mengalir melalui permukaan per unit luas. | W m−2 | M T−3 | |
Ketumpatan fluks magnet | B | Measure for the strength of the magnetic field. | tesla (T = kg A−1 s−2) | M T−2 I−1 | medan pseudovektor |
Ketumpatan jisim (ketumpatan isi padu) | ρ | Amaun jisim per unit isi padu bagi objek tiga dimensi. | kg m−3 | M L−3 | intensif |
Ketumpatan linear | ρl | Amaun jisim per unit panjang bagi objek sedimensi. | M L−1 | ||
Ketumpatan luas | ρA | Amaun jisim per unit luas bagi objek dua dimensi. | kg m−2 | M L−2 | |
Ketumpatan tenaga | ρE | Amaun tenaga per unit isi padu. | J m−3 | M L−1 T−2 | intensif |
Keupayaan elektrik | V | Amaun kerja yang diperlukan untuk membawa seunit cas ke dalam medan elektrik dari ketidakterhinggaan. | volt (V = kg m2 A−1 s−3) | L2 M T−3 I−1 | skalar |
Keupayaan kimia | μ | Amaun tenaga yang diperlUkan untuk menambahkan zarah kepada sistem. | J mol−1 | M L2 T−2 N−1 | intensif |
Kuasa | P | Kadar perubahan tenaga per unit masa. | watt (W) | M L2 T−3 | ekstensif |
Laju | v | Kadar perubahan kedudukan objek. | m s−1 | L T−1 | skalar |
Laju sudut (atau halaju sudut) | ω | Sudut yang ditambahkan pada satah dengan tembereng yang menghubungkan objek dengan titik rujukan. | rad s−1 | T−1 | skalar atau pseudovector |
Luas | A | Takat dua dimensi bagi objek. | m2 | L2 | |
Masa hayat min | τ | Masa purata yang diperlukan untuk zarah mereput. | s | T | intensif |
Momen inersia | I | Inersia bagi objek dengan kaitan dengan pecutan sudut. | kg m2 | M L2 | tensor |
Momentum | p→ | Hasil darab jisim dan halaju objek. | N s | M L T−1 | vektor, ekstensif |
Momentum sudut | L | Ukuran takat dan arah dan objek berputar pada titik rujukan. | kg m2 s−1 | M L2 T−1 | kuantiti abadi, pseudovektor |
Muatan haba | Cp | Amaun tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan suhu bagi sistem sebanyak satu darjah. | J K−1 | M L2 T−2 Θ−1 | ekstensif |
Muatan haba molar | c | Muatan haba bagI bahan per unit amaun bahan. | J K−1 mol−1 | M L2 T−2 N−1 | intensif |
Muatan haba tentu | c | Muatan haba per unit jisim. | J kg−1 K−1 | L2 T−2 Θ−1 | intensif |
Nombor gelombang | k | Salingan bagi panjang gelombang. | m−1 | L−1 | |
Panjang gelombang | λ | Jarak di antara unit berulang-ulang bagi gelombang merambat. | m | L | |
Pecahan jisim | x | Jisim bahan sebagai pecahan bagi jumlah jisim. | kg/kg | 1 | intensif |
Pecutan | a→ | Kadar perubahan laju atau halaju bagi objek. | m s−2 | L T−2 | Vektor |
Pecutan sudut | α | Kadar perubahan laju atau halaju sudut. | rad s−2 | T−2 | |
Pemagnetan | M | Amaun momen magnet per unit isi padu. | A m−1 | I L−1 | medan vektor |
Radians | L | Kuasa bagi sinaran elektromagnet terpancar per sudut padu dan per luas sumber terunjur. | W m−2 sr−1 | M T−3 | |
Rintangan elektrik | R | Darjah yang kepadanya objek menentang laluan bagi arus elektrik. | ohm (Ω = kg m2 A−2 s−3) | L2 M T−3 I−2 | skalar |
Separuh hayat | t1/2 | Masa yang diperlukan untuk suatu kuantiti untuk mereput kepada separuh nilai aslinya. | s | T | |
Sesaran elektrik | D | Kekuatan sesaran elektrik. | C m−2 | I T L−2 | medan vektor |
Sudut padu | Ω | Ukuran saiz objek seperti diunjurkan pada sfera. | steradian (sr) | 1 | |
Sudut satah | θ | Ukuran perubahan arah atau orientasi. | radian (rad) | 1 | |
Spin | S | Sifat intrinsik bagi zarah, kasar-kasar ditafsirkan sebagai momentum sudut intrinsik bagi zarah. | kg m2 s−1 | M L2 T−1 | |
Tegasan | σ | Amaun daya yang dikenakan per luas permukaan. | Pa | M L−1 T−2 | 2-tensor. (atau skalar) |
Tekanan | p | Amaun daya per unit luas. | pascal (Pa = kg m−1 s−2) | M L−1 T−2 | intensif |
Tenaga | E | Muat bagi jasad atau sistem untuk melakukan kerja. | joule (J = kg m2 s−2) | M L2 T−2 | ekstensif, skalar, kuantiti abadi |
Tenaga molar | Amaun tenaga yang hadir dalam sistem per unit amaun bahan. | J mol−1 | M L2 T−2 N−1 | intensif | |
Tenaga tentu | Amaun tenaga yang hadir per unit jisim. | J kg−1 | L2 T−2 | intensif | |
Tegangan permukaan | γ | Amaun kerja yang diperlukan untuk mengubah permukaan cecair sebanyak seunit luas permukaan. | N m−1 or J m−2 | M T−2 | |
Tork (momen bagi daya) | τ | Hasil darah bagi daya dan jarak berserenjang bagi daya dari titik yang padanya ia dikenakan. | N m | M L2 T−2 | pseudovektor |