Pekan Semporna سمڤورنا | |
---|---|
![]() Pekan Semporna | |
![]() | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Bahagian | Bahagian Tawau, Sabah |
Daerah | Daerah Semporna |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Daerah Semporna |
• MP | Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal (WARISAN) (Semporna) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 35,301 |
Nombor pendaftaran kenderaan | SS (1980-2018) SM (2018-) SD |
Laman sesawang | www.sabah.gov.my/md.sprn www.sabah.gov.my/pd.sprn |
Semporna ialah sebuah pekan yang terletak di Daerah Semporna, dalam Bahagian Tawau di tenggara negeri Sabah, Malaysia. Pekan ini berfungsi sebagai pusat pentadbiran bagi daerah tersebut.[1] Secara geografi, Semporna terletak di semenanjung yang dihubungkan ke daratan utama melalui Jambatan Pegagau, dengan Sungai Pegagau memisahkan kawasan ini dari bahagian lain di daratan. Daerah Semporna merangkumi beberapa pulau yang terkenal, termasuk Pulau Bum Bum, Pulau Sipadan, dan Pulau Mabul, yang merupakan destinasi popular untuk aktiviti selam skuba dan pelancongan marin.[2][3][4] Semporna termasuk dalam pentadbiran Bahagian Tawau.
Asal-usul nama

Nama Semporna berasal daripada perkataan Simporna yang bermaksud 'tempat untuk berehat'. Nama Simporna ini diberi oleh seorang Gabenor Inggeris, iaitu W.M Crocker apabila beliau dan beberapa orang rakannya termasuklah seorang pedagang China yang bernama Toonah menemui daerah tersebut pada pertengahan tahun 1887 (Tabrett 1999).
Pada zaman dahulu kala, Semporna dikenali sebagai Tong Talun yang bererti "hujung hutan" dalam bahasa Bajau. Nama Tong Talun ini diberi oleh masyarakat Bajau Kubang yang merupakan suku kaum utama di kawasan Semporna. Semporna juga mempunyai banyak pulau-pulau di antaranya pulau terbesar iaitu Pulau Bum-bum. Pulau Omadal adalah sebuah pulau yang di diami oleh suku kaum Kubang.Bajau Asli Tongtalun Sebelum era penerokaian tanah besar Semporna pada abad ke 18. Semporna dahulu nya ialah wilayah bebas menjadi pusat persinggahan perdagangan antara laut sulu dan Laut Sulawesi

Demografi

Masyarakat di Semporna berbilang kaum, bangsa dan agama. Namun kaum yang mendominasi di daerah Semporna ini adalah suku kaum Bajau yang ada di Semporna berpecah kepada pelbagai sub etnik. Etnik Bajau yang mendominasi daerah ini adalah dari etnik suku Bajau Kubang. Etnik bajau Kubang adalah etnik penduduk asal daerah ini walaupun di daerah ini adanya etnik Bajau lain seperti Ubian, Simunul, Balangingi, Ubian, Simunul, Balangingi, Mapun, Jomo Sama dan sebagainya.[5]<ref>Semporna, News (2010-07-22). "NEWS SEMPORNA: Early History Semporna". NEWS SEMPORNA. Dicapai pada 2025-05-24.
Kebudayaan
Semporna juga terkenal sebagai tuan rumah acara lumba dayung Regatta Lepa (lumba perahu kecil) yang dijalankan pada April setiap tahun dan juga tarian tradisional masyarakat Bajau iaitu tarian Igal-Ιgal, Βolak-Βolak dan Ďaling-Ďaling masyarakat Βajau di daerah ini.
Makanan tradisional orang Bajau Semporna adalah seperti Sagul, Putu Ubi, Egang, Kima, Latok, Tayum dan Tehek-Tehek.
Rujukan
- ^ "Laman Web Rasmi Majlis Daerah Semporna".
- ^ "Pulau Bum Bum – PulauMabul.com" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-24.
- ^ "Sipadan Island - Top Destinations & Places to Visit in Sabah, Malaysia". www.amazingborneo.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-24.
- ^ "Mabul Island". Sabah Tourism Board (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-24.
- ^ Semporna, News (2010-07-22). "NEWS SEMPORNA: Early History Semporna". NEWS SEMPORNA. Dicapai pada 2025-05-24.