Semarak api | |
---|---|
![]() | |
Pokok semarak api di Johor, Malaysia. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | D. regia
|
Nama binomial | |
Delonix regia | |
Sinonim[1] | |
|
Semarak api (nama botani: Delonix regia)[2] merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Fabaceae yang tumbuh asli di hutan-hutan kering utara dan barat pulau Madagaskar.[3]:455 Secara liar ia terancam, tetapi ia ditanam secara meluas di tempat-tempat tropika dan subtropika lain seluruh dunia untuk tujuan hiasan serta sebagai pokok teduh berguna di kawasan tropika.
Botani
Pokoknya sederhana, ia tumbuh sehingga 10 meter. Kulit kayunya berwarna perang cair. Ranting-rantingnya berkedut dan mempunyai liang udara.[4] Batang daunnya jenis pelepah kembar terdiri daripada lebih 8-25 pasang pelepah anak daun kecil. Sehelai anak daun berbentuk bujur dengan ukuran 4-12 milimeter panjang, permukaan atas yang kusam dan permukaan bawah yang pucat dan kelabuan; 30-60 anak daun disusun bertentangan pada tulang pelepah batang daun.[3]:466-467 Pokok-pokok yang tumbuh di kawasan beriklim kering menggugurkan dedaunnya pada musim kemarau, pokok di kawasan-kawasan lain hampir malar hijau.
Bunga dan buah
Bunga-bunganya kembang dari tangkai-tangkai panjang yang disusun seperti cawan di hujung dahan, sekuntum bunga terdiri daripada empat kelopak merah terang membentuk diameter 8–11 sentimeter dan sehelai kelopak menegak yang bertompok kuning dan putih.[3]:466-467
-
Pokok yang berbunga dan berbuah lebat di Gordonvale, Queensland, Australia
-
Bunga, daun & buah di Kolkata, Bengal Barat, India.
-
Depan, sisi dan belakang kuntum bunga
Lenggai-lenggai buahnya berwarna hijau dan lembik ketika muda dan menjadi keras macam kayu dan berwarna perang gelap.[5]
Rujukan
- ^ "Delonix regia (Bojer ex Hook.) Raf". World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2025. Dicapai pada 8 Februari 2025.
- ^ Adnan Mohamad (2003). Pokok-pokok untuk tanaman bandar. Kuala Lumpur, Malaysia: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. m/s. 108. ISBN 983-2181-51-8.
- ^ a b c Puy, David J. Du; Phillipson, Peter B.; Rabevohitra, Raymond (1995). "The Genus Delonix (Leguminosae: Caesalpinioideae: Caesalpinieae) in Madagascar". Kew Bulletin. 50 (3): 445–475. Bibcode:1995KewBu..50..445P. doi:10.2307/4110322. JSTOR 4110322.
- ^ Krishen, P. (2006). Trees of Delhi: A Field Guide. Delhi, India: Dorling Kindersley (India). m/s. 296–297. ISBN 978-0-14400-070-8.
- ^ "Economic importance of Delonix regia". Clean Green Guide. 25 Julai 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2015. Dicapai pada 14 Jun 2015.
Pautan luar
- Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- Profil spesies di Flora and Fauna Web Lembaga Taman Negara Singapura
- http://kedforestry0.tripod.com/semarak.htm