Kolej Vokasional Bintulu | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Teknik, Kolej Vokasional, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6086251436 |
Kod sekolah | YKE9101 |
Faks | 6086253136 |
Kolej Vokasional Bintulu atau nama ringkasnya KV Bintulu, dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Bintulu atau SMT Bintulu, merupakan sebuah Kolej Vokasional yang terletak di Km. 12, Jalan Tanjung Kidurong.
Pada 2009, KV Bintulu memiliki 278 pelajar lelaki dan 160 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 438 orang. Ia mempunyai seramai 106 orang guru.2009
Sekolah Menengah Teknik Bintulu pada asalnya adalah Sekolah Menengah Vokasional Bintulu. Pada tahun 1984, JPN Sarawak telah mengambil seramai 60 orang murid dari seluruh negeri Sarawak, termasuk seorang dari negeri Sabah. Walau bagainanapun, 3 orang murid telah memilih untuk kembali ke sekolah asal setelah seminggu sesi persekolahan di SMT. Dua kelas aliran Kejuruteraan, Civil Engineering dan Mechanical Engineering. Sesi pembelajaran sangat menyeronokan bermula dari pukul 8 pagi dan berakhir pukul 4 petang. Pada 1985, kumpulan pelajar ini telah menduduki SPM dan telah mendapat keputusan yang sangat memberangsangkan. Beberapa pelajar telah ditawarkan untuk mengambil A level dan ditaja oleh JPA ke luar negara untuk pendidikan peringkat tertiary. Sebahagian pelajar juga telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UTM. Beberapa alumni pengambilan pertama ini mengambil kerjaya dalam bidang Kejuruteraan dalam sektor awam.
Pencapaian
Alamat
- Kolej Vokasional Bintulu
- Km. 12, Jalan Tanjung Kidurong
- 97000, Bintulu
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = 6086251436
- Fax = 6086253136